Arman PERKASA Kurang Ajar - kata Yusmadi

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PKR mengecam Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah yang mengatakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai "pelacur politik."

Arman membuat kenyataan tersebut ekoran ucapan Dr Wan Azizah dalam kongres PKR di Petaling Jaya Sabtu lalu yang mahu orang Melayu meninggalkan konsep Ketuanan Melayu kerana ia hanya menguntungkan segelintir kroni sahaja.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, kenyataan Arman Azhar itu berupa kurang ajar dan tidak mencerminkan budaya orang Melayu.

"Arman adalah anak muda yang dayus kerana menghina seorang pemimpin wanita yang banyak berjuang untuk rakyat sejak tahun 1999.


"Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada konsep Ketuanan Melayu. Yang ada hanyalah keistimewaan Melayu.

Tiada Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan

"Arman tolong jelaskan adakah ada konsep Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail.

Yusmadi mencabar Arman untuk mengadakan debat terbuka mengenai masa depan orang Melayu pada tahun baru ini.

"Jangan jadi dayus hanya berani kepada wanita. Dia (Arman) tidak tahu dalam Perlembagaan tidak ada Ketuanan Melayu," tambahnya.

Zuraidah yang juga ahli Parlimen Ampang pula berkata, kenyatan Arman itu menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pengetahuan beliau.

Katanya, Arman juga cuba mengaitkan Ketuanan Melayu dengan Raja-raja Melayu seolah-olah dia mahu berselindung di sebalik Raja-raja Melayu.

Manakala Azan mencadangkan Perkasa memecat Arman kerana telah merosakkan imej pertubuhan itu.

"Jangan menggunakan perkataan yang tidak menentu kerana boleh merosakkan imej pertubuhan," katanya.


Free Malaysia Today

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Macam lah tak tau yang si Arman Perkasa tu memang dari dulu pun kurang ajar, kalau sekarang baru nak attack dengan kata dia kurang ajar, dah terlambat, dia dah terlalu ego, dichop kurang ajar lagi lah dia suka. Tapi yang dia takut ialah bila dia kurang ajar, PKR ada senjata untuk ajar dia. Tapi mana senjata PKR tu? Itulah sebabnya si Arman berani kurang ajar sebab PKR dalam keadaan lemah kerana pergeseran dalaman yang tak habis2.....

    Hanya musuh yang kuat saja akan direspek oleh lawannya....Israel mana takut nak respek Palestin!!!

    ReplyDelete
  2. bangang punya Perkasa.....

    Pemimpin yg sejati adalah pemimpin yg sanggup mengharungi segala kesusahan dan cabaran utk memperjuangan hak rakyat...

    bukan pemimpin yg bila tiba nak PRU je nampak muka...yg ckp berdegar-dengar tapi satu sen habuk tak guna...hidup serba mewah sepanjang masa...itu pemimpin syok sendiri....

    bagi contoh sape pemimpin UMNGOK yg pernah kena turun berdemo dijalanraya utk perjuang nasib rakyat...sape!!!!macai2 dia je yg turun berdemo ada la...

    Perkasa nak bodeh je tu...mulut busuk punya olang!!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post