Bayar RM250 salah.. ni bayar RM20 tak salah ke? (Video Inside)

Dalam beberapa siri Pilihanraya yang telah aku lalui di Permatang Pauh ini baik Pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil yang telah meletakkan jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Permatang Pauh berada dihadapan dari segi pengalaman, perkara yang dikatakan menjadi kesalahan oleh SPR itu iaitu membayar saguhati kepada pengundi dari luar untuk pulang mengundi sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh kedua-dua belah pihak.

Baik dipihak UMNO/BN mahupun dipihak Pakatan Rakyat, contohnya ialah semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Pihak yang bertanding ialah PKR mewakili Pakatan Rakyat dan UMNO pula mewakili Barisan Nasional.

Sebagai menghargai kesudian para pengundi luar yang sudi untuk pulang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, segala kos untuk mereka pulang mengundi dibiayai oleh parti yang bertanding ketika itu.

PKR yang kita tahu sebagai sebuah parti yang sengkek (kekurangan dana depa kata) hanya mampu membayar tambang pergi dan balik para pengundi luar berdasarkan harga tiket bas bukan kapalterbang yang dibawa oleh para pengundi luar sebagai bukti untuk tuntutan dan ianya terhad sehingga jumlah tertentu sahaja.


Begitu juga dengan pihak UMNO, mereka juga membayar kos tambang para pengundi luar itu dan dengan sedikit lagi tambahan yang nilainya aku sudah lupa..

Ada pengundi yang bijak, mereka mengemukakan tuntutan kepada kedua-dua pihak yang bertanding.. rezeki depa la tu..

Ketika itu tidak kedengaran pula SPR mengatakan tindakan membiayai kos perjalanan pengundi luar itu satu kesalahan..

Tetapi kini ianya telahdikatakan menjadi kesalahan bilamana PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

Tetapi bagaimana pula dengan tindakan pihak UMNO melalui Wanita mereka pada malam semalam di Batu Sapi yang telah secara terang membayar RM20 kepada setiap individu yang mendaftarkan nama mereka kepada pihak pengurusan majlis?

Tindakan mereka ini telah dirakam oleh Malaysiakin yang menerima maklumat mengenai pengagihan wang tersebut dalam majlis makan malam di SMK Agama Sandakan, terletak di Taman Mawar, Batu Sapi.




Berita berkaitan.

Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR
Oleh Syed Mu’az Syed Putra


GUA MUSANG, 31 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.

Halim berkata, pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah, sebaliknya insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Selain Halim, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, ia sudah menjadi amalan biasa dalam parti itu untuk menarik minat pengundi supaya pulang untuk menjalankan kewajiban.

Pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.

“Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka,” katanya Wan Rahim.

Tambah Wan Ahmad, SPR bagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menjelaskan ia terserah kepada parti lawan.

“SPR tidak akan mengambil sebarang tindakan ia terpulang kepada kepada parti lawan.

“Kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang, PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya atas perbuatan itu.

“Kalau ada bukti parti lawan boleh buat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apa-apa pun terserah kepada parti dan calon yang bertanding,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, banyak cara boleh dilakukan untuk membawa pulang pengundi luar kawasan seperti penyediaan pengangkutan kepada mereka bukan memberikan wang.

“Kalau nak bawa pengundi luar balik parti bertanding boleh gunakan pengangkutan dengan ambil dan hantar mereka, bukan dengan wang.

“Ini namanya perkhimatan, PAS, Barisan Nasional (BN) pun boleh buat tapi bukan dengan bagi wang,” katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.

DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.- The Malaysian Insider

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. strategi pas amat bijak untuk gunakan pendekatan seperti BN, Yg mana bila BN buat semua Boleh, walau pun melanggar Peraturan Pilihan Raya... Then Bila Pas buat, Sepantas Kilat Timbalan Pengerusi SPR bersuara.. Then lepas ni PAS ada modal nak fire Balik... erkk apa citer dgn " wa tolong lu, Lu tolong gua"

    ReplyDelete
  2. Sebenar semua parti2 dah buat camtu dari dulu lagi...yang bezakan ada yang beri lebih...dan ada yang bagi kurang...utk pengundi2 yang tinggal luar kawasan, hanya kali ini PAS aje nak hebohkan...nak cari modal la konon...nak hentam balik..dah tak ada modal dah la tu, modal basi la kawan...ingat orang/parti lain bodoh macam PAS ke!!!! masing2 ada ada otak...bukan macam PR (Pakatan Ranjau)

    Ranjau maksud (loghat utara) adalah penipu..

    ReplyDelete
  3. Salam!Tu la SPR ni kalu PAS yang bagi kata tak boleh(RASUAH) tapi bila mai tang UMNOGOK tak pa bukan rasuah tapi(ROSWAH) Ada akai ka,aku pun tak paham ngan SPR ni.Tapi apa boleh buat SPR ni salah satu sayap umNOgok.Makuk sabun la SPR ni.Apa2 pun kita teruihkan perjuangan kita.Wsalam!

    ReplyDelete
  4. merentasi persepsi memperlihatkan kedangkalan. kedangkalan menjurus kepada pemikiran yang tak wearas.

    ReplyDelete
  5. PENULIS JAM 11:19AM :-jangan dok buat maksud baru pula... ranjau BUKAN bermaksud penipu.... aku ANAK jadi penang... kalau pasal bELAH utara, negeri mana aku tak dok... pasal aku ni pesara polis... pi buat cite kat orang lain.... maksud ranjau ialah tak tentu arah.... bukannya penipu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post