Bersaralah Anwar.... biar Aku bertanding pula..

Oleh kerana sudah banyak rentak tari politiknya yang makin kelihatan tidak ‘seimbang’, Dr. Maza menasihatkan Anwar Ibrahim agar bersara dari arena politik..

Itu yang tersurat mungkin ini yang tersirat sebenarnya.. "Bersaralah Anwar dari politik, berilah muka-muka baru pula peluang untuk menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh tu.. selagi hang dok jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh tu.. macam mana aku nak bertanding pula.. bukan hang tak tau aku pun anak Permatang Pauh juga.. rumah aku kat IKBN tu saja.. Hang patut tau yang la ni pengikut aku semakin ramai di Mengkuang tu.. Ahli-ahli PKR pun ramai yang ikut aku di situ.. tak percaya tanya Ketua Pemuda hang yang duduk di Mengkuang tu.." boleh jadi macam tu kot..

Asri minta Anwar bersara, Pakatan perlu jadi pembangkang kualiti

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi “nafas baru” atas alasan banyak “rentak tari politiknya makin tidak seimbang.”

Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti.

“Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’,” kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai “penggerak ketiga” dalam arena politik semasa.


“Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi.

“Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama,” kata Asri lagi.

PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno.

Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan.

“Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi.

“Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar,” kata tokoh agama ini.

“Maaf atas pandangan ini,” kata Asri (gambar) sambil menambah, beliau tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan ini.

“Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.

“Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik,” kata Asri dalam pandangan ini ketika parti itu sedang melangsungkan pemilihan pucuk kepimpinan.

Pertengahan tahun lalu, Asri pernah dilaporkan akan menyertai Umno tetapi beliau menafikannya dengan menegaskan akan kekal seperti sekarang.

Selain itu, PKR mewakili Pakatan Rakyat menurunkan calonnya di kerusi Parlimen Batu Sapi.

Asri juga berkata, politik negara ini juga memerlukan nafas baru tidak kira parti politik.

“Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama.

“Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti,” katanya sambil menambah, “sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini.”

Oleh itu kata Asri, jangan lupa bahawa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen.

“Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara,” katanya.

Malah menurut beliau, negara perlukan politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

“Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

“Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi,” katanya.

Justeru, katanya, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas.

“Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-amanah (amanah).

“Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh.

“Maka, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat,” katanya sambil menambah, sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan.

“Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.

“Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat.

“Jika Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata (penganalisis politik) Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula,” katanya.


The Malaysian Insider

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. bedirinya seorang pemimpin adalah daripada sokongan rakyat. selagi pemimpin itu mempunyai objektif perjuangan yang jelas dan mampu untuk mencapainya.... kami sebagi rakyat akan menyokongnya walaupun sehingga umurnya 100 tahun.

    ReplyDelete
  2. Aku sokong 100% x 1000...DSAI memang kena blah...selagi ada dia lah banyak rakyat dok merapu...

    ReplyDelete
  3. SYABAS ATAS KEBERANIAN MAZA MEMPERKATA APA YANG DIRASA BANYAK PIHAK TAPI APA YANG TIDAK BERANI DISUARAKAN OLEH MEREKA. MAKIN LAMA KEHEBATAN ANWAR MAKIN LUNTUR DAN KEPERIBADIANNYA MAKIN SUSPEK. KINI MAKIN RAMAI MULA MERAGUI SAMA ADA ANWAR BENAR-BENAR BUKAN GAY.

    ReplyDelete
  4. aku rasa lebih baiklah dr asri nasihatkan secara terbuka dan lantang pemimpin-pemimpin UMNO & BN yang ramai lagi tak relevan pada zaman sekarang. Ada berani ke Dr Asri?

    ReplyDelete
  5. Aku rasa adalah lebih baik Dr Asri membuat kenyataan terbuka dan lantang tentang pemimpin-pemimpin BN & UMNO yg ramai lagi tidak relevan pada zaman sekarang. Tapi aku percaya bekas mufti tu tak akan berani berbuat demikian.

    ReplyDelete
  6. Saya merasakan keterlaluan MAZA menyatakan macam tu....beliau harus sedar, beliau tu kepimpinan dalam Islam, Islam tidak pernah pun menghalang seseorang untuk memimpin dalam gerakan Islam...kalaulah MAZA ni dilahirkan dizaman Rasulullah, saya rasa beliaulah orang yang pertama akan mengherdik Rasullullah menyuruh Rasullulah berhenti dari menjadi pemimpin ketika itu(mungkin masa tu bersama dengan Abu Jahal)...maaf MAZA ,disebabkan sdr ni kurang ajar...kita pun akan nak mengajar orang yang kurang ajar..semoga beliau baca tulisan ini

    ReplyDelete
  7. Dia baru dapat Prof Madya kut komen pun dah tak selari dengan cara islam. Habuan dunia.

    ReplyDelete
  8. Asri, hang terjun lah kedalam bidang politik,baru hang boleh tau takat mana tempat hang.
    Takat dok suruh orang undur,sedangkan keliling hang yang hang dok jilat (mcm Shahidan Kassim,Pak Lah,Tok Det,Najib dan ramai lagi)tak pernah pun hang kata mcm tu,,

    ReplyDelete
  9. Dr Asri cari publishsiti kot.hanya yg bodoh saja ikut,dia nak cari makan mcm ulama2 umno,baik kau masuk politik,kami pun dpt ukur kebolehan hang,siapa lebih popular,jaguh ceramah tak sama jaguh politik,baik Dr Asri lwn Bung moktar di kinabatangan

    ReplyDelete
  10. Asri hang ada cita2 nak jadi calon Be End kot kat Pmtg Pauh?Ada berani hang cuba la.. nak tengok hang sepak tong ka..atau lepas hang buka cermin keta penuh ngan duit syiling..macam Imam duit tu.

    ReplyDelete
  11. nak suruh boleh, tapi ada ke calon sesuai ganti wahai maza? mungkin hang boleh diketengahkan tetapi sesuai ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post