Beruk-beruk berdemo lagi...

Aku cuma meminjam kata Khairy yang telah menyifatkan penyokong PR sebagai beruk kerana membuat berdemo..



Sekumpulan kira-kira 100 orang yang mewakili peniaga di Komtar dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.

Mereka membantah kenaikan tarif air dan isu pengambilan tanah di Balik Pulau. Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.


Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan.

DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam.

Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.

Tidak kurang juga yang membawa sepanduk dan kain rentang yang mencaci kerajaan Pakatan rakyat. Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!”

Azian Ariffin, yang mewakili pemilik tanah di Balik Pulau, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.

Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya.

Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambilalih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi.

Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka.


Malaysiakini

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hang punya suka nak panggil apa pun...tapi janji mereka ada otak waras..tak macam hang dan sewaktu dgnnya...

    Soalan pertama, kenapa kena ambil tanah Melayu?...sedangkan hang dah tahu tanah untuk orang Melayu hanya tinggal 20% aje...kalau ambil lagi dan lagi akan tinggal tanah kubur aje...kenapa tak ambil tanah bukan Melayu??? sedangkan tanah bukan Melayu ada 80%!!!

    Soalan kedua, kenapa tarif air dinaikkan sedang P.Pinang tiada masalah air, kerana rekod tadahan air hujan mengikut keperluan rakyat setiap masa mencukupi...takan dah beri air percuma, lepas tu nak korek balik..buruk siku kata orang2 tua dulu...tapi orang tua sekarang kata lain...meludah ke langit...jatuh kemulut balik dan telan semula...eerrr..geli aku...

    Member kg pertama

    ReplyDelete
  2. Beruk yang merantai diri di pintu pagar tu masih ada di situ ke? Kalau ada aku nak bawa trip perlancongan tengok beruk berkepala hitam tu. Mana tau kalau ada commercial value untuk tarikan perlancongan di Pulau Mutiara.

    * sorry la kena gelar beruk sebab Ketua Pemuda UMNO sekarang yang start beri gelar ini dulu.

    ReplyDelete
  3. ASD FOR YOUR FRIEND AT KG PERTAMA. PERSEPSI MERENTASI LOJIKAL MEMPERLIHATKAN KEDANGKALAN BERFIKIR.KEDANGKALAN BERFIKIR MENJURUS KEPADA KETIDAK SEIMBANGAN PERCAMBAHAN MINDA. SIASAT DULU SEBELUM BERKATA-KATA. LIHAT DULU SEBELUM BERTANYA.TIDAK MELIHAT BUKANNYA BUTA DAN TIDAK MENDENGAR BUKANNYA PEKAK.

    PEKAK TIDAK BUTA PUN TIDAK, KENAPA MANUSIA JADI BEGINI.YANG JAUH DITANDANG, YANG DEKAT DISAPA YANG DISISI PEDULINYA TIDAK.

    ReplyDelete
  4. Adusss!! Ayat hang Anonymous 7:48.. membuatkan hamba terpinga-pinga..

    ReplyDelete
  5. Siapa sebenarnya yg perdajal tanah2 melayu kat penang selama ni.. DAP yg baru perintah 2 tahun atau UMNO yg bersekongkol dengan Gerakan sejak merdeka? Takkan la tiba2 tanah org melayu kurang sehingga tinggal 20%.. ada akal kaaa..?
    Tanah yg ada sekarang ni pon bukan milik kerjaan negeri tapi milik swasta. Sebab tu kerjaan negeri tak dapat buat apa2 sebab kalau bawk mahkamah sure kalah. Tapi kerajaan negeri hanya dapat tangguhkan sementara sahaja.. sampai bila tak tahu.
    Masalah bil air naik adlah kerana hutang2 yg ditinggalkan kerjaaan BN dahulu yg menaiktaraf sistem tapi tak pernah membayar balik.. kalau kes ni di bawak ke mahkamah sure kerjaan negeri boleh diistihar bangkrap.. Angkara Siapa?.. Angkara UMNO-BN yang lebih banyak berpolitik dari membela nasib rakyat..sudahnya, hutang pun liat nak bayar..

    Sedarlah sikit beruk2 UMNO oii..

    ReplyDelete
  6. ARIF MAMAK KUDIS,

    tanah dah dilelong oleh kerajaan dahulu 50thn tak ada yg sapakan ,sebab dia UMNO/GERAKAN,inilah kawan bila DAP berkuasa mcm2 cari bau busuk kerajaan,yg bawa busuk najis tu kaki kencing manis bau tak tertahan sehingga atas komtar pun boleh ciumm,aku tak sokong mana2 parti,jgn ikut telunjuk umno/gerakan yg baik punya kerajaan kita sokonglah,ni org bagi nasi bungkus pun sanggup tinggal anak isteri utk berdemooooo....toloq

    ReplyDelete
  7. Aku tak tahulah apa sebenarnya yg dah berlaku selama BN perintah penang.. Naik pening aku dibuatnya.. cuma aku terfikir perkara yg hampir sama berlaku di negeri2 yg PR baru ambilalih.. Rakyat buat demo membantah pengambilalihan tanah, rumah dan sebagainya. Semua berlaku selepas PR ambilalih. Tapi bila disiasat rupanya kisah dah bermula berpuluh tahun dan selama ini orang2 kampung disumbat mulut mereka dengan duit.. Bila mereka nnak bersuara agen2 UMNO akan datang bawak macam2 bantuan kewangan dan janji macam2.. maka mereka tak jadi nak berdemo. Tapi bila PR perintah dan isu sama dilaungkan, PR yg selama ini perangi rasuah tak dapat nak sumbat mulut mereka dengan duit dan apa2 janji. Sebabnya meeka tak ada 'Link' dengan kontraktor atau pemilik tanah.. Sebab tu banyak demo berlaku.. Selama ini rasuah telah berjaya menahan mereka daripada berdemo. kejayaan buat BN

    Danie

    ReplyDelete
  8. rilek lh kawan2.. PR baru je nk stat korek2 sane sini hak org melayu, tp BN dah lame dah buat, dh kenyang perut pun, dh 50 tahun pun..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post