Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard hari ini mengakui pihaknya ada menghantar bantahan rasmi kepada Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut Chegu Bard, beliau telah mengemukakan dokumen bantahan rasmi kepada Ibu Pejabat PKR yang didedahkan oleh individu misteri kepada FMT sebelum ini, kira-kira dua minggu lalu sebelum bermulanya pemilihan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
"Aduan rasmi itu sebenarnya dah lama dihantar, semasa pemilihan MPP belum mula lagi, tetapi sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil.
"Pihak kami juga tidak menerima sebarang maklum balas dari JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) berhubung status aduan itu".
Demikian beritahu beliau kepada FMT ketika diminta mengulas pendedahan dokumen bantahan rasmi yang didedahkan kepada FMT oleh sumber yang mendakwa dirinya sebagai kakitangan Ibu Pejabat PKR.
Ketika ditanya kemungkinan beliau mengenali individu yang membocorkan dokumen terbabit, beliau memberitahu sehingga kini beliau tidak dapat memikirkan mana-mana individu yang berkemungkinan.
"Saya belum dapat gambaran jelas tentang apa yang anda beritahu ini. Tadi, saya cuma mengetahui perkara ini apabila diberitahu oleh seorang teman yang menghubungi saya tetapi masih belum sempat baca laporan yang disiarkan itu," kata beliau lagi.
Beliau juga memberitahu sehingga kini pihaknya tidak bercadang untuk mendedahkan kepada media berhubung bantahan-bantahan yang telah dibuat pihaknya.
Sedia dokumen bantahan
Sementara itu, calon ahli AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim turut mengakui beliau bertanggungjawab menyediakan dokumen bantahan tersebut untuk dimajukan kepada ibu pejabat parti.
Beliau yang namanya ditulis dalam surat tersebut sebagai Ketua Penyelaras Kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi turut tidak dapat menjangka mana-mana individu dari Ibu Pejabat PKR yang mendedahkan dokumen bantahan tersebut.
"Saya tidak dapat mengesyaki sesiapa di HQ (ibu pejabat). Tak semua kakitangan di sana saya kenal. Tetapi nampak jelas yang dia melihat kepincangan berlaku dalam pemilihan parti.
"Mungkin untuk langkah berjaga-jaga, jadi sebab itulah dia mahu merahsiakan indentitinya," ulas Zulkifli lagi.
Sebelum ini, FMT telah menerima satu dokumen bantahan rasmi yang didakwa tiada tindakan diambil oleh JPP dalam Pemilihan PKR daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai kakitangan Ibu Pejabat PKR.
Free Malaysia Today

hantarlah beratus bantahan seklaipun. asalkan calon2 pilihan Anwar terutama Azmin dan Shamsul menang, apa JPP peduli. JPP sudah dikawal rapi oleh Azmin. Pengarah JPP Molly pun ibarat patung mainan Azmin. Kami dah tak keruan, dah nampak jelas. Mana mungkin di satu cabang di Sabah yang hadir mesyuarat 80 orang yang mengundi Azmin 800 orang hampir mengalahkan pilihanraya kecil jumlah undi Azmin.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!