Oleh Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, 29 Nov – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia akan berhadapan dengan situasi bekalan hartanah berlebihan ekoran pembinaan menara 100 tingkat – Warisan Merdeka di ibu negara.
Sehubungan itu, Dr Mahathir (gambar) berkata negara mesti belajar daripada krisis kredit dialami Dubai ekoran bekalan hartanah berlebihan.
“Mereka boleh membina tetapi kemudian, bukannya sekarang,” kata Dr Mahathir pada syarahan mengimbas kembali Wawasan 2020 di sini hari ini.
Idea membina menara itu juga mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak.
Sebelum ini, Dr Mahathir ada memberitahu bahawa kerajaan seharusnya mendapatkan pandangan ramai sebelum meneruskan langkah membina menara paling tinggi itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011.
Sayap pelaburan kerajaan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) mempertahankan projek itu dengan berkata langkah itu tidak akan membabtikan dana pendeposit ataupun awam.
Ketika ditanya pandangan beliau tentang krisis di Dubai di mana projek-projek pembinaan bernilai AS$582 bilion dibatalkan ataupun ditangguhkan, Dr Mahathir berpendapat bahawa negara kemungkinan menuju ke arah itu.
“Kita juga perlu berhati-hati. Sekarang kita boleh melihat begitu banyak kren di Kuala Lumpur. Kebanyakan pembeli adalah mereka yang membuat spekulasi, mereka membeli dengan harapan mereka akan membuat duit daripada kenaikan harga,” katanya.
“Sama ada kita akan sampai di sana atau tidak, saya tidak pasti, tetapi kita semakin menghampiri,” kata Dr Mahathir.
Beliau juga menekankan persekitaran di mana banyak hartanah komersial kosong kini diiklankan untuk jualan atau untuk disewa.
The Malaysian Insider

Faham2 ajelah kenapa Che Dead cakap camtu sebab yang dia harap2 sangat dibina sekarang ialah JBB (Jembatan Bengkang Bengkuk), tapi memang betul pun apa yang Che Dead tu cakap, kita dah ada dua menara yang pernah jadi menara tertinggi didunia satu masa dulu (masa era Che Dead). Ni yang nak bina Menara Warisan bukannya nak mengatasi menara tertinggi didunia pun tapi hanya kerana kegilaan nak bina menara sebagai satu mercutanda untuk era Najib pulak. Betul lah diaorang ni macam Firaun, masing2 nak bina piramid sebagai tanda keagungan pemerintahan mereka.
ReplyDeletesebenarnya che det jeles dengan najib ni. Bimbang menara tu lebih tinggi dari menara KLCC Ka..kah..kah
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!