F5E : Bukan diculik la.. tapi ditahan kerana lari dari tugas..

SHAH ALAM: Sarjan Tentera Udara Malaysia (TUDM), N. Tharmendran yang didakwa bersubahat mencuri dua enjin pesawat milik TUDM ditangkap semula di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah di sini, Khamis.

Tangkapan dibuat oleh lima pegawai Jabatan Arah Provos Marsyal TUDM berpakaian seragam yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Razif Ramli atas dakwaan meninggalkan tugas.


Sarjan N. Tharmendran (kanan) dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang menghadapi tuduhan mencuri dua enjin pesawat F5, mendengar penerangan anggota TUDM, sebelum ditahan semula atas kesalahan meninggalkan tugas sejak 6 Sept lepas. - Foto BERNAMA

Penahanan dibuat semasa Tharmendran berada dalam kereta sedang bersiap mahu pulang selepas prosiding mahkamah terhadapnya tamat.

Tharmendran yang pada mulanya enggan menyerah diri mula menghubungi peguamnya, N. Surendran untuk datang ke tempat letak kereta.


Surendran yang datang mula mempersoalkan penahanan itu kerana menurutnya dibuat secara salah kerana mendakwa Tharmendran bukan lagi berkhidmat untuk TUDM.

Sementara Surendran dan Mohd Razif 'bersoal-jawab', Tharmendran duduk di dalam kereta bersama ayahnya.

Tharmendran juga cuba untuk berunding dengan menyatakan ayahnya mahu membatalkan jaminan.

Bagaimanapun Mohd Razif tetap menegaskan bahawa tugasnya adalah untuk membawa Tharmendran pergi.

Bagaimanapun Tharmendran yang kemudiannya membuat panggilan telefon dan menyerahkan barangan peribadi seperti dompet, jam tangan dan wang RM50 kepada ayahnya sebelum keluar menyerahkan diri.

Surendran menyatakan, penyerahan itu dibuat dalam keadaan protes.

Mohd Razif memberitahu, Tharmendran akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa ke Pusat Tahanan Tentera, Batu Kentomen, Kuala Lumpur yang merupakan prosedur biasa.

Mohd Razif juga memberi jaminan bahawa Surendran akan mendapat peluang untuk berjumpa Tharmendran.

Jaminan juga diberikan bahawa Tharmendran tidak akan diberikan kepada 2 pegawai tentera yg didakwa membuat penyeksaan fizikal terhadapnya.


mStar

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Itu penculik lah nama nya YOB!
    Lt Kol Razif pegawai TUDM nak cepat naik pankat Full Kol TUDM dan sanggup jadi pak turut Panglima Angkatan Tentera. Silap haribulan dia jadi Fool Kolonel.
    Ada muslihat nampak nya? Bontot siapa yang nak mereka tutup sebab akhir nya nanti terbongkar juga hahahahahhaha mana Panglima Angkatan Tentera kenapa diam je takut pecah rahsia ke?

    ReplyDelete
  2. Betul kata Anon tu culik lah namanya tapi dibuat dengan alasan bodoh kononnya atas sebab AWOL (Absent Without Official Leave) padahal mamat tu dah ditamatkan perkhidmatan. Patutnya ikut undang2 tentera, mamat tu waktu AWOL dulu ditangkap dulu lepas tu baru dijatuhkan hukuman dan kemudiannya diberhentikan. Ni pegawai tentera yang berhentikan mamat ni patut diambil tindakan kerana tindakannya yang bodoh tu. Tapi aku rasa Mindef bukan tak tau tapi saja nak gunakan apa jua alasan walau sebodoh mana pun asalkan ada alasan nak kurung mamat ni untuk tujuan tertentu, yang lain belakang kira. Loyer dia patut cepat2 bertindak sebelum terlambat sebab ni dah boleh dikelaskan sebagai Unlawful Arrest. Loyar jugak aku ni ye...hehe...

    ReplyDelete
  3. sarjan dan lasykar aje ke yg curi enjin jet tu?? hebatnya!!!

    pegawai peemrintah yg mesti ditahan dan disalahkan kerana cuai jaga benda besau mcm tu dpd kena curi.

    imigresyen dan kastam juga kena tipu kalau betul enjin tu dibawa ke luar negara.

    lemah sungguh TUDM atau memang kospirasi puak jahat perompak dalaman yg berpangkat besar.

    kepada konspirator,

    anda semua berdosa kalau zalimi anggota sendiri utk tutup kejahatan anda, kalau benar begitu.

    semuga anda dn keturunan anda dihukum Allah dan didedahkan kejahatan anda itu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post