Indahnya Bahasa Ustaz UMNO ni... (Video Inside)

Korang nilaikanlah sendiri.. lihat gaya dia bercakap dalam video diakhir entry ini..

"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan...dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan," akui Mohd Nor.

Mohd Nor Idris: 'Tangan Nik Aziz tangan syaitan'

Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Nor Idris membuat pengakuan bahawa dia memang tidak mahu bersalam dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila salam dihulurkan kepadanya kerana menganggap ia tangan syaitan, lapor HarakahDaily.

"Saya tak mahu jamah tangan syaitan...ana tak akan jabat tangan hari ini selagi anta kawan dengan DAP," kata Mohd Nor dalam video yang dirakamkan oleh jentera kempen BN di Galas.

Pengakuan Mohd Nor ini dibuat di video (lihat dibawah) yang dinamakan jawapan beliau terhadap laporan Harakahdaily baru-baru ini yang bertajuk "Bekas calon BN maki Tok Guru".


Dalam laporan itu, Mohd Nor dilaporkan memaki MB Kelantan itu ketika beliau dan rombongannya menziarahi rumah bekas ADUN Galas, Omar Muhamad di Sungai Terah baru-baru ini.

Mohd Nor yang kebetulan berada di atas rumah itu telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Aziz kononnya tangan Nik Aziz umpama tangan syaitan kerana bekerjasama dengan DAP.

Mohd Nor, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya pada awal 1980an adalah ahli PAS dan sering memberikan ceramah atas pentas PAS. Namun pendekatannya sentiasa keras terhadap Umno dan antaranya sering memaki dan mengkafirkan Umno.

Beliau kemudiannya keluar PAS bersama dengan Wan Ismail dan menubuhkan kumpulan Islah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

(Wan Ismail lebih dikenali dengan nama Wan Ismail Jirat kerana sering menggunakan perkata jirat iaitu tanah perkuburan Cina apabila merujuk kepada kubur yang bakal didiami apabila pemimpin Umno mati nanti.)

Selepas itu, Mohd Nor bersama rakannya Mustafa Kadir menyertai Umno pula sehingga kini walaupun Umno adalah sasaran utama mereka ketika berada dalam PAS.

Dalam video 7 minit 35 saat yang dikeluarkan jentera kempen BN itu, Mohd Nor berkata, beliau tidak menghormati Nik Aziz kerana cuba menggulingkan kerajaan Islam pimpinan Umno dan boleh dikira sebagai musuh negara dan musuh umat Islam di Malaysia.

"Mereka ini bertopengkan Islam dan berkubukan demokrasi dan biasanya mereka ini cuba merompak umat Islam di Malaysia. Dengan sebab itu kedatangan mereka ke sini sebagai satu senjata musuh yang diperalatkan oleh syaitan sedunia terutamanya syaitan dan iblis kawan Nik Aziz.

"Nik Aziz itu sendiri seolah-olahnya apabila dia datang tidak dengan rupa dia yang asal...dia datang seolah-olah telah dirasuk hantu di rasuk jin," katanya dalam video itu.

"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan...dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan," akui Mohd Nor dalam video yang dikeluarkan BN itu.

Sejak itulah, katanya, berlaku kata mengata antara dia dan Nik Aziz dalam insiden itu.





Berita : Malaysiakini
Video dari yang tertera kat video tu la..

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ini luahan sebenar rakyat yang di aniaya..hang tau apa kurang ustaz2 PAS, hang saja buat pekak..pekak telinga..butakan mata...tutup mulut...hang ingat rakyat buta dan pekak macam hang dan sekutu hang ke...porrah...

    ReplyDelete
  2. Tak hilang akal...
    dia ni hilang kewarasan...

    ReplyDelete
  3. Getul tu sunsnake.. yang menyokong dia pun aku rasa hilang akal juga..

    ReplyDelete
  4. sekadar renungan.. org berilmu takkan cakap macam tu...

    ReplyDelete
  5. ustaz apa nama?!!
    Mengaibkan orang.....menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai ?
    kalau nak menentang prinsip , kena lah saluran tertentu. bukan dgn cara kebudakkan. Cara orang tua2 lah.

    ReplyDelete
  6. ustaz gilo. dalam hati penuh dengan kebencian.taubatlah kamu sebelum mampus.inilah natijahnya jika hidup bertuankan unmo.mulut saje pandai menyebut ayat alquran, tapi hati, fikiran lebih dari kafir

    ReplyDelete
  7. lawak betul ustaz ni , boleh jadi adun tanjung rambutan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,Saudara..

    Kalaulah Mat Nor ini ahli PAS dan insiden berlaku yang serupa, guna ayat2 yang sama,berlaku pula dgn pemimpin BN, maka lain pulak pandangan mereka, maka akan keluar ayat2 tersebut..

    "Ini pemimpin yg kita hendak..."

    "Inilah sebenar rupa pejuang..."

    "Padan muka, baru kena buku dgn ruas"

    Berbagai ayat2 hindiran akan keluar pada musuh mereka dan pujian pada si Mat Nor akan keluar...

    Ini adalah sifat orang2 munafik. Jika mereka lakukan yang perkara haram akan dikata halal,kalau bukan sekutu mereka maka sebaliknya.

    ReplyDelete
  9. kasyaf ustaz kepiah senget ni... kagum aku...

    ReplyDelete
  10. DPA = Kafir, MCA = ?.
    Nabi pun ada buat perjanjiah Hudibiah. Apa la ustaz nie....?

    ReplyDelete
  11. Kau nampak dia ni macam ustaz ke..... aku nampak macam kambing aje

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post