Kalau korang tengok berita kat TV3 pukul 1.30 tadi ada satu slot yang menyiarkan demo depan ibu pejabat PKR..dikepalai oleh Jenapala.
Jenapala dikatakan telah dipecat dari PKR oleh Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution.. apahal yang dia menyibuk lagi ni?
Tajuk berita TV3 itu memang nampak jahat.. Kecelaruan dalam Parti Keadilan Rakyat, PKR bertambah parah. atau dimana Keadilan.. yang mana satu lupa pulak dah..
Kalau tajuk dah nampak jahat... Skrip sudah tentu lebih jahat.. Satu demonstrasi diadakan di hadapan ibu pejabat parti itu pagi tadi, membantah proses pemilihan yang didakwa paling kotor dalam sejarah.Pembabitan gangsterisme dan penipuan kertas undi antara mencetus kemarahan anggota parti yang mengadakan tunjuk perasaan itu.
Demonstrasi yang bermula kira-kira 11:30 pagi itu disertai lebih 200 anggota parti.Mereka membawa sepanduk antaranya tertera 'Anwar dan Azmin Penipu' dan 'Di Mana Keadilan?'
Pemilihan parti yang diadakan didakwa tidak telus dan pucuk pimpinan PKR tidak mengambil sebarang tindakan menanganinya.Mereka juga mahu pemilihan parti yang berlangsung sekarang dihentikan dan diadakan semula.
100 berdemo depan ibu pejabat PKR
Kira-kira seratus orang bersama kanak-kanak berhimpun di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini untuk 'protes' singkat 30 minit mendesak parti itu menghentikan pemilihannya yang sedang berlangsung.
Bagaimanapun, sebahagian besar daripada 'penunjuk perasaan' yang hingar bingar yang dibawa datang dengan tiga bas itu nampaknya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Penganjurnya P Jenapala mendakwa sekumpulan anggota PKR hadir ke situ bagi membantah "sangat tidak gembira"terhadap dakwaan salah laku dalam perjalanan pemilihan parti itu.
Bagaimanapun ketika ditanya oleh pemberita, kumpulan itu dilihat tidak berapa pasti berhubung perkara itu dan status keanggotaan mereka dalam PKR.
Kamisah Arippin, 75, sambil menunjuk kepada seseorang, berkata beliau datang selepas dijemput untuk 'acara' 30 minit.
Kawannya, Kamariah Bapu, 70, dan Zaleka Mohd Ashin, 72, mengakui mereka bukan anggota PKR dan hanya mengecam Jenapala yang pernah dilihat mereka beberapa kali di kaca televisyen.
Bagaimanapun, menurut Jenapala, kesemua mereka anggota PKR yang "sangat sedih dengan pemilihan parti".
"Tetapi saya tidak nafikan sebahagian kecil daripada mereka mungkin dibayar untuk terlibat dalam program ini untuk sabotaj saya," dakwanya.
Malaysiakini
Jenapala dikatakan telah dipecat dari PKR oleh Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution.. apahal yang dia menyibuk lagi ni?

Kalau tajuk dah nampak jahat... Skrip sudah tentu lebih jahat.. Satu demonstrasi diadakan di hadapan ibu pejabat parti itu pagi tadi, membantah proses pemilihan yang didakwa paling kotor dalam sejarah.Pembabitan gangsterisme dan penipuan kertas undi antara mencetus kemarahan anggota parti yang mengadakan tunjuk perasaan itu.
Demonstrasi yang bermula kira-kira 11:30 pagi itu disertai lebih 200 anggota parti.Mereka membawa sepanduk antaranya tertera 'Anwar dan Azmin Penipu' dan 'Di Mana Keadilan?'
Pemilihan parti yang diadakan didakwa tidak telus dan pucuk pimpinan PKR tidak mengambil sebarang tindakan menanganinya.Mereka juga mahu pemilihan parti yang berlangsung sekarang dihentikan dan diadakan semula.
100 berdemo depan ibu pejabat PKR

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada 'penunjuk perasaan' yang hingar bingar yang dibawa datang dengan tiga bas itu nampaknya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Penganjurnya P Jenapala mendakwa sekumpulan anggota PKR hadir ke situ bagi membantah "sangat tidak gembira"terhadap dakwaan salah laku dalam perjalanan pemilihan parti itu.
Bagaimanapun ketika ditanya oleh pemberita, kumpulan itu dilihat tidak berapa pasti berhubung perkara itu dan status keanggotaan mereka dalam PKR.
Kamisah Arippin, 75, sambil menunjuk kepada seseorang, berkata beliau datang selepas dijemput untuk 'acara' 30 minit.
Kawannya, Kamariah Bapu, 70, dan Zaleka Mohd Ashin, 72, mengakui mereka bukan anggota PKR dan hanya mengecam Jenapala yang pernah dilihat mereka beberapa kali di kaca televisyen.
Bagaimanapun, menurut Jenapala, kesemua mereka anggota PKR yang "sangat sedih dengan pemilihan parti".
"Tetapi saya tidak nafikan sebahagian kecil daripada mereka mungkin dibayar untuk terlibat dalam program ini untuk sabotaj saya," dakwanya.
Malaysiakini
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!