Kami Letak Jawatan....

Akar nibung meresap
Akar mati dalam perahu
Terbakar kampong kelihatan asap
Terbakar hati siapa yang tahu


Ini adalah tindakan susulan yang telah diambil oleh hampir seluruh AJK PKR Cabang Kuala Nerus setelah mereka melahirkan kekesalan mereka terhadap tindakan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail serta pihak JPP dan Jawatankuasa Disiplin yang dikatakan sengaja mengkhianati mereka.

Sebelum ini mereka telah mendakwa Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail telah mengambil alih mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Jawatankuasa Disiplin PKR yang asalnya diketuai oleh Dr. Molly Cheah dan beliau membuat keputusan untuk mengadakan semula Pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) di Cabang Kuala Nerus dengan memasukkan semula nama calon Ketua Cabang iaitu Muzafeq yang mana sejak dari mula lagi telah dibatalkan oleh JPP.sepenuhnya sila baca di SINI

Mereka-mereka ini bukanlah Barua-barua UMNO atau telah dibeli oleh UMNO tetapi Ahli-ahli PKR yang kecewa…


Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. dah keluar PKR ni nanti join la Pas ek jgn la join umno pulak ...ehehe kalau join umno lebih baik duduk aja dalam pkr tu....

    ReplyDelete
  2. pasti mereka ini x akan join umno kerna mereka ini adalah team reformasi 1998 dulu lg ape yg sy tahu mereka ini pasti akan tlg pas d semua tempat d k.nerus hubungan mereka dg pas dan dap teganu amat rapat skali

    ReplyDelete
  3. Anony...3:16pm,

    Aku setuju cadangan tu, tadi Zaid Ibrahim dah pun blah juga...kepada kawan2 mau dok blah,tunggu apa lagi..lagi lama lagi dok merapu...silap2 masuk tanjung rambutan.

    ReplyDelete
  4. Yang PKR ni giler sangat2 nak buat pemilihan sampai berpecah belah parti tiba2 datang PRU 13 yang mengejut habis jahanam PKR. Apa gunanya kalau menang pemilihan parti tapi kalah pilihanraya umun, yang menang dapat abu, yang kalah dah tentu dapat arang.

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih Keadilan Kuala Nerus..

    Yang pasti ramai Reformis yang tidak berpuas hati dengan cara Pemilihan ini dijalankan..

    Banyak aduan telah dikemukakan oleh banyak pihak.. hanya penafian yang kita dengar hingga kini..

    ReplyDelete
  6. Ye ler .. tak kan ler nak kuar terus
    perbaiki ler keadaan yg ada
    kuar tu cerminkan xde pendirian
    sikit2 kuar ..tak puas ati kuar
    ceh .. mmng ler de kelamahan
    ambik ler suara majoriti
    perbaiki keadaan
    boring ler asyik dengar citer
    camne ..org xde intigriti

    ReplyDelete
  7. Tak keluar lagi tu Datuk.. baru letak jawatan..

    ReplyDelete
  8. Salaam bro,

    Kalau dengan segala permasalahan ini, DSAI masih alpa,
    saya nak hempok dia kau-kau lepas ni.

    Kita semua bagi peringatan, bagi komen,
    sebab kita sayangkan parti, tapi
    DSAI kekadang mamai.

    ReplyDelete
  9. kepada ASD...

    aku suka dengan kenyataan dan sokongan hang kepada keadilan kuala nerus,

    kepada kerajaan rakyat...

    hang memang hebat, nak hempok kepala anwar jika dia lupa perjuangan rakyat dan hanya fokus kroni dia ja...! kata-kata hang ni teringat aku pada kisah seorang lelaki yang sanggup tegakkan kebenaran dengan mata pedang jika Umar tak bertindak 'lurus' dalam pemerintahannya!

    Pada Datuk! lu memang kepala hotak! suruh ambil suara majoriti. Hang ingat UMNO yang dok pegang suara majoriti walaupun majoriti tu jenis kaki hamprak, kaki mengampu! sekali lagi kepala hotak hang!

    seperti kata saudara ASD walau banyak aduan telah dikemukakan oleh banyak pihak.. hanya penafian yang di dengar hingga kini.. Jika parti PKR adalah parti tulen demokrasi, mereka akan bertindak dan membuat siasatan bukan hanya dengan menafikan! sikap suka menafi seperti sikap ahli dan pemimpin UMNO yang tidak mahu menerima teguran.

    PKR bukan milik seorang individu tapi adalah milik rakyat walaupun ditubuhkan oleh seorang pemimpin bekas UMNO tapi bukan menghalalkan dosa jika dia ada melakukan kesilapan!

    ReplyDelete
  10. PKR bkn hg punya jugak..klu hg punya aku xtau sapa nk join. pompang lbeh la oiiiiii!!!!

    ReplyDelete
  11. Buat Anonymuos 11:42..

    Bila masa pulak aku kata PKR bukan aku yang punya?

    Bunyi komen macam orang yang sakit hati kat aku pasai kalah dalam pemilihan hari tu saja.. tak habih lagi ka woi?

    Sudah-sudahla...

    ReplyDelete
  12. ni la kelemahan PKR..bukak abih pekung..bongkaq suma crita dlm kelambu.
    pasai pemilihan aku xdak kena mengena sbb aku bkn ahli PKR @ mana2 parti PR.
    tp nk la tgk Msia ada sistem 2 parti. ni penting utk masa depan negara kita.
    tp baru pemilihan sesama sendiri dah mcm2 bunyi. adeh frust aku.
    mcm mana aku nk pangkah hampa.isk

    ReplyDelete
  13. Anon 12:25

    Kalau bukan ahli,jgn menyebuk,kau pangkah kepala hotaq UMNO je habis cerita..toloqq

    ReplyDelete
  14. Sahabat sekelian...menarik komentar anda semua..ada juga yg kaw-kaw kasar dlm membidas..bagus..tapi harap tuan/puan faham dlm proses demokrasi yg sedang dicuba PKR skrg..setiap ahli, bukan ketua bhgian atau jwtankuasa aja, yg boleh undi..satu kaedah baru yg UMNO dah 50tahun wujud pun xleh buat...sy pernah ke persidangan Agung UMNO waktu pemilihan, rasuah disana sini..1st time, pasti ada masalah..buat balik pemilihan? bagus juga tu, bole perbetulkan yg lalu..PRU dah dekat sgt, makin banyak benda buruk pasal Pakatan yg telah dan akan keluar utk memestikan BN terus merampok harta negara..kita kena tukar kerajaan, kita kena bersatu..Anon 1.55am, sy juga bukan ahli, tp sy penyokong kuat PR..xperlulah kasar sgt, menampakkan tahap pemikiran kita..Apapun, harap dpt resolve problem before BN uses our own word against us later..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post