Keadilan yang hilang dari KEADILAN

Tujuan Pemilihan PKR adalah untuk memberikan setiap ahli memilih sesiapa saja individu yang dirasakan layak sebagai Pemimpin untuk memimpin atau dalam erti kata lain satu ahli satu undid an PKR juga telah melakarkan sejarah sebagai sebuah perti politik yang pertama memperkenalkan system ini di Malaysia.

Ahli-ahli PKR sepatutnya berbangga tetapi kita boleh berbangga sebagai ahli sebuah Parti yang pertama memperkenalkan system ini.. mahukah kita berbangga jika system pengundian ini dirosakkan oleh sekerat dua pemimpin yang gila untuk berkuasa?

Hingga mereka sanggup menjilat kembali apa yang mereka telah muntahkan selama ini, mereka telah berkata kerana jawatan dan kuasa pemimpin UMNO mengamalkan Politik wang, pancas mencantas, fitnah, kutuk, caci mencaci, gaduh hinggalah kepada membeli undi dan mereka dikatakan mengamalkannya kini….

Hakikatnya.. dalam menghadapi Pemilihan PKR 2010 ini boleh dikatakan ramai ahli-ahli PKR yang mula memperlihatkan keraguan yang mungkin berakhir dengan kekecewaan.

Aku amat setuju dengan kata-kata Cucu Mat Kilau ini..

Semuanya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. Malah, tidak kurang juga yang menanam hasrat untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengarah Syarikat, Exco, Ahli Majlis dan sebagainya.


Bagi mereka, harapan untuk itu semakin terpancar luas bila mana melihat gelombang kebangkitan suara rakyat kini berada ditahap yang memungkinkan agenda perubahan itu berlaku.

Dek kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar "pantang" selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO BN dulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa. Politik wang, pancas memancas, fitnah, kutuk, caci mencaci, bomoh, gaduh hinggalah kepada membeli undi sudah tergamak mereka lakukan sekarang.

Mungkin, merasakan tidak ada cara lain lagi untuk menang menyebabkan mereka sanggup kembalikan semula amalan jahiliah itu semata-mata mahukan kuasa. Inilah yang berlaku dalam parti mutakhir ini sebenarnya.sepenuhnya sila baca di SINI

Aku juga amat setuju dengan tulisan Kerajaan Rakyat didalam entrynya yang bertajuk “Malaysia akan punah jika PKR ke Putrajaya” antara tulisannya aku letakkan dibawah..

Kalau dalam pemilihan parti seperti ini kepimpinan parti PKR gagal berlaku jujur dan ikhlas, bagaimana mungkin mereka akan ikhlas dalam pentadbiran jika mereka berjaya menawan Putrajaya! sepenuhnya sila baca di SINI

Kenapa aku amat setuju dengan mereka? Ini jawapannya..

Diterjemahkan oleh Mat Saman Kati dari artikel asal oleh Harris Ibrahim yang bertajuk Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers?

Dalam posting aku semalam, “PKR, and its ballot papers, up for sale’, aku ada kata aku akan menemui seseorang malam tadi yang menghubungi aku dan mengatakan dia mempunyai kertas-kertas undi PKR yang digunakan dalam Pemilihan yang berlangsung sekarang. dan dia akan menyerahkan kat aku sebagai bukti dakwaannya.

Malah, pertemuan tersebut dijadualkan tengahari tadi, tetapi individu tersebut risau aku diekori dan dia mungkin dilabelkan sebagai ‘pihak’ yang terlibat. Dan atas permintaannya, aku kata pertemuan tersebut diadakan semalam.

Aku baru berjuma dengannya sejam yang lalu.

Dia kelihatan gugup.

Dia tunjuk kat aku satu sejumlah kertas undi. Ianya mengandungi kertas undi untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat.

Kertas undi untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden mempunyai nombor siri manakala untuk MPP tak ada.

Aku tanya sama ada itu saja yang dia ada.

Dia kata, kalau aku boleh tunggu, dia boleh balik dan jumpa ditempat lain dan dia boleh bawa lebih seribu lagi kalau aku mau. Aku tanya kalau dia boleh bagi lebih kurang 100 keping kertas undi yang dia bawa.

Dia bagi satu dengan syarat aku setuju untuk memadam nombor siri sebab dia tak mau orang yang terlibat mendapat masalah. Aku tanya sapa, tapi dia tak mau jawab.

Aku tanya kat dia, macam mana kertas undi ini digunakan dalam Pemilihan ini.

Dia bagi tau, bahawa Pengawas dari Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memanipulasi senarai ahli yang hadir semasa pemilihan, dimana kehadiran ahli sangat rendah.

Tambahkan jumlah pengundi dan masukkan kertas undi kedalam kotak undi. Lebih teruk, disesetengah tempat, langsung tak ada senarai kehadiran yang menunjukkan jumlah ahli yang keluar mengundi. Ini akan memudahkan kertas undi dimasukkan kedalam kotak undi.

Aku tanya sama ada dia mewakili mana-mana calon dan sebab itu dia mendedahkan perkara ini kepada aku, sebab calon yang dia sokong menerima kesan dari penipuan ini.

Dia mengaku, dia melakukan ini sebab calon pilihannya ditipu, tapi dia juga berharap sesuatu dapat dilakukan untuk menghentikan penipuan ini, dan kalau tidak ada apa yang dilakukan, dia merasakan tidak ada sebab untuk dia kekal didalam parti ini lagi.

Aku tanya dia sama ada dia tau siapa dibelakang ini semua.

Tanpa teragak-agak, dia menyebut nama Azmin, yang dibantu oleh Sekretariat Ibupejabat, dan beberapa individu tertentu dalam JPP yang mana Pengerusinya , Dr. Molly tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa.

Aku tak ada scanner sekarang ini, jadi aku ambil gambar kertas undi, dan nombor sirinya di tutup, yang boleh dilihat dibawah.




Tak cukup?? baca di SINI, SINI dan SINI

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Yong amat setuju dengan miker tentang perangai beberapa pemimpin dalam PKR ni. Orang kampung Yong sering bagi tahu hal ini. Tapi Yong tetap pertahankan PKR. Ada yang ungkit masa PRU12 dulu, bila diajak bekerja, si mamat minta fulus (upah). Pendiknya, bergerak aje badan, fulus kena ada. Bila ada program (sama ada anjuran PAS, DAP atau "bersama"), pemimpin PKR sibuk minta disediakan kerusi di pentas, sedangkan ahli2nya langsung tak mahu tolong. Ah, kalau nak cerita memang berkajang2.

    Bila timbul macam2 citer tak sedap dalam pemilihan PKR ni, seolah2 menunjukkan apa yang diceritakan oleh orang kampung menjadi jelas dan nyata. PKR harus ingat orang kampung baca internet juga. Mereka tahu apa yang anda buat. Jadi, Yong harap kepimpinan PKR bertindak segera demi mengembalikan perjuangan asal parti. Jangan sampai perbuatan anda menyebabkan pengundi atas pagar menyampah dan lari ke BN. Tolonglah. Jangan ingat nak balun harta rampasan perang je, tapi berperang tidak mahu.

    ReplyDelete
  2. klu cara pemilihan ini tak betul maka elok di tangguhkan tetapi bagaimana klu ada pengikut x yg fitnah azmin supaya pemilihan ini di tangguhkan sbb nampak nak kalah,
    benda macam senang ke buat..

    ReplyDelete
  3. tak payahlah azmin berkempen menjelajah ke serata malaysia kalau dia menipu cara ini, dalam Insider saifudin cakap itu kertas undi minggu lepas punya sepatutnya telah di lupuskan, klu betul ada jual beli kertas undi maka mana kertas undi minggu ini

    ReplyDelete
  4. kalau azmin semua salah kalau yg lagi satu menang x apa semua betul.

    malang sungguh pemikiran begini

    ReplyDelete
  5. Salam!Nampak gayanya PKR sebuah parti yang pemimpin tak boleh disentuh dan tak boleh ditegur.Macam kata CMK yang keluaq parti tu ramai yang kiki bodek,ampu,cucuk,cantaih mencantaih,macam2 ada!Tak lama lagi PKR ni akan jadi macam UMNO parti TONG TAIK.Kalu tak berubah dati la ni jangan harap nk pi Putrajaya.Mimpi boleh la,jaga dari tidiuk hilang la mimpi tu.Wsalam!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Moksen ahli PKR cabang PETRA JAYA
    Parti PKR satu hari nanti kalau tak dibendung akan jadi parti UMNO ,rakyat cakap UMNO parti tong taik,UMNO ITU TAIK,PKR kalau mcm ini caranya aku rakyat pun cakap PKR parti tong taik,busuk,sebusuk2nya

    ReplyDelete
  8. Sy minta ahli2 yg tlh hilang kepercayaan ke atas PKR jgn sekali putus asa. Tinggalkan PKR dan masuk jadi ahli parti PAS atau pun DAP bagi meneruskan perjuangan membebaskan negara dari BN. Kita juga perlu hakiskan kuasa & kedudukkan yg pemimpin2 PKR sekarang gila-gilakan.

    Parti progresif DAP kini dah ada prestasi di Pulau Pinang serta jaminan kedudukkan melayu dlm perlembagaan negara. Melayu harus tampil menyertai nya, lebih2 lagi anak melayu muda - maka meningkatkan peranan melayu dlm DAP.

    ReplyDelete
  9. Klu aku senang je, pemimpin tu gila kuasa, silakan. klu dia bertanding PRU atau PRK, takkan ku undi pemimpin itu. tapi tak bermakna akan ku undi BN. Buat undi protes sudah

    tapi klu dah parah sangat, nak ajar balik dalam PRU. tengok pemimpin gila kuasa tu mampu atau tidak.....

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum

    aku dulu sokong ANWAR IBRAHIM dari zaman reformasi (darjah 6)

    aku sokong PARTI KEADILAN NASIONAL (nama lama PKR) sejak penubuhannya 4 April 1999....

    SEKARANG aku kecewa sangat dengan PKR...seriously...sebab ada org2 tamak yang sanggup meruntuhkan parti dan membawa budaya UMNO dalam PKR...

    kalau nak selamatkan PKR...org2 macam nie harus dihapuskan....bertandinglah secara sihat..PKR kata UMNO huduh sebab pemimpinnya..sekarang PKR macam 2 gak ka..!!!

    seriusly aku tetap menyokong PR tapi kalau PKR still macam nie lebih baik keluar PKR dan masuk PAS..(X MUNGKIN masuk BN sebab aq dah lama benci BN...dan aku takkan jilat balik ludah aku kat BN)

    ANWAR IBRAHIM i am sorry i lost my respect 2 u...kalau dia tak wat papa akan hancur PKR dan harapan ke PUTRAJAYA jadi harapan ja lah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post