Kehadiran Anwar disambut kecaman ahli

SHAH ALAM 19 Nov. - Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini untuk memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti yang mendesaknya supaya berundur.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu berkumpul di Dataran Shah Alam lengkap dengan kain rentang yang tertera kata-kata mengecam Penasihat PKR itu.

Mereka yang diketuai oleh calon Ketua PKR Cabang Kota Raja, S. Kottapan mula berkumpul kira-kira pukul 8.15 malam bagi menggesa pucuk pimpinan parti itu membatalkan pemilihan peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).


Mereka berhimpun kira-kira 50 meter dari Wisma MBSA yang merupakan tempat Anwar mengadakan taklimat kepada ketua-ketua PKR Selangor.

Penunjuk perasaan itu membawa kira-kira tujuh kain rentang yang antaranya tertera kata-kata 'Anwar, Azmin undur' dan 'Selesaikan masalah peribadi sebelum selesaikan masalah parti'.

Kira-kira lima minit selepas kumpulan itu mengangkat kain rentang, hampir 50 orang yang dipercayai ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) datang ke dataran itu dan menyuruh kumpulan yang diketuai Kottapan bersurai.

Akibatnya berlaku pertengkaran selama kira-kira 10 minit sehingga hampir mencetuskan pergaduhan di antara mereka.

Bagaimanapun, sepasukan anggota polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran berjaya mengawal situasi dan kedua-dua kumpulan berjaya dipisahkan ke tempat berasingan.

Polis kemudian memberi tempoh 10 minit kepada Kottapan untuk bersurai yang dituruti oleh kumpulannya dan polis kemudiannya merampas semua kain rentang.

Kottapan ketika ditemui berkata, mereka mengadakan demonstrasi aman bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan peringkat cabang dan MPP yang dicemari penipuan dan rasuah.

Sementara itu, dalam taklimat berkenaan Anwar menyelar Datuk Zaid Ibrahim kerana 'menyerang' PKR menggunakan 'media UMNO'.

Beliau berkata, golongan seperti itu merupakan pengkhianat dalam perjuangan dan 'laskar upahan' yang kerjanya memaki PKR.

Anwar juga memperlekeh ahli-ahli PKR yang membantah pemilihan cabang tetapi tidak mengemukakan bukti dan beliau menyamakan keadaan itu seperti kes liwat yang dihadapinya.


Media UMNO

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sudah macam UMNO PKR ini! biarlah 100 orang tu nak tunjuk perasaan. masing-masing ada hak dan kebebasan untuk menyuarakan pandangan. Bukan merosakkan harta benda awam pun.

    Jika UMNO bertindak menghuraikan tunjuk perasaan oleh parti pembangkang meraka (PKR atau PR) sibuk kutuk kerajaan dan UMNO tak demokratik tapi kena batang hidung mereka sendiri, perangai mengalahkan UMNO sebab mereka ni yang junjung demokratik dan kebebasan tapi lakukan seperti kerajaan! Hipokrit.

    Ada dikalangan ahli PKR (melayu) dok buat perangai racist dengan kata mereka ni geng keling mudah dimanupulate! patutkah ahli PKR (ahli pelbagai kaum dan demokratik) bangkitkan perihal rasis dalam parti?

    Boleh ASD berikan komen..

    ReplyDelete
  2. Diantara sifat seorang pemimpin yang bagus, beliau bertindak dengan bijaksana. Adakah perlu menunggu ahli mengemukakan bukti dahulu baru hendak disiasat bagaimana dengan kenyataan yang dikeluarkan melalui blog-blog pro PKR yang menjelaskan ada masalah dicabang. Saya fikir siasatan boleh dilakukan menerusi kenyataan blog ni. Takkan semua blogger pembohong!

    Cara beliau (anwar) memberikan kenyataan menunjukkan bahawa beliau bukan penyelesai yang bijak. Satu perkara bukti kukuh yang penyelewengan dalam pemilihan berlaku iaitu perlantikan beliau sebagai pengarah kempen bagi Azmin. Ini merupakan kesalahan paling besar kerana ketua umum kelihatan seperti memihak dan seterusnya menguburkan demokrasi dan kebebasan yang sering beliau pertahankan.

    ReplyDelete
  3. Buat Anonymous 10:10..

    Sewajarnya didalam PKR tidak dibangkitkan isu bangsa, kerana PKR itu sebuah Parti Politik yang menggabungkan semua bangsa didalamnya..

    Anwar Ibrahim sering berkata didalam ucapannya sikit masa dulu" Anak Melayu, Anak Cina, Anak India, anak iban dan anak apa saja bangsa di Malaysia ini.. itu anak saya.. Anak Bangsa Malaysia..

    Mungkin Ahli PKR yang mengeluarkan kenyataan itu tidak pernah dengar apa yang diucapkan oleh Anwar itu..

    Kalau nak berbicara soal Bangsa.. UMNO lah tempatnya, bukan PKR.

    ReplyDelete
  4. Anon 2:03 ASD,

    saya setuju dgn kata itu,dan pernah mendengar lauangan DSAI,soalan kenapa pertikaian cabang dan ahli2 yg cinta kan demokrasi utk tahu sejauh mana harapan parti PKR membawa keberkesanan melalui parti yg berpelambagaan,dsai jgn cakap tak serupa bikin...wsslm

    ReplyDelete
  5. Memang kita tidak menolak hak kaum2 lain, tapi kaum bukan bumipeutra...dalam diam2 ingin menghancurkan perpaduan kaum majoriti...hangpa pernah ke dengaq kaum bukan bumiputra maki-hamun kaum dia, hanya kaum majoriti yang kena maki!!!

    DSAI kalau dah berkata...
    "Anak Melayu, Anak Cina, Anak India, anak iban dan anak apa saja bangsa di Malaysia ini.. itu anak saya.. Anak Bangsa Malaysia.."
    aku kata bapa kencing berdiri..anak kencing berlari...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post