Kenyataan Media : Pemilihan Mesti diTANGGUHkan - Mustaffa Kamil Ayub.


KENYATAAN MEDIA
MUSTAFFA KAMIL AYUB
NAIB PRESIDEN KEADILAN / CALON TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN

16 NOVEMBER 2010

PERJALANAN PEMILIHAN 2010 MASIH BELUM MEMUASKAN. PEMILIHAN 2010 MESTILAH DITANGGUHKAN. TINDAKAN TEGAS JPP DAN KEPIMPINAN DIPERLUKAN.

Saya ingin menegaskan bahawa perjalanan pemilihan beberapa hari yang lalu masih belum memuaskan. Unsur-unsur kelompongan yang paparkan dalam memorandum lalu masih berterusan.

Beberapa aduan tambahan sedang dalam proses dan beberapa orang calon juga sedang memfailkan beberapa kes khusus untuk disiasat.


Ingin ditegaskan bahawa saya meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden di dalam protes. Dalam ertikata kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan.

Saya tetap berpendirian yang juga mewakili sejumlah anggota yang signifikan, bahawa pemilihan 2010 mestilah ditangguhkan bagi memberi masa segala aduan dan bantahan ditangani, proses penambahbaikan JPP, logistik dan semua persiapan pemilihan. Dalam masa yang sama mengambil tindakan tegas dalam membetulkan dakwaan dan tanggapan meluas campurtangan pimpinan tertentu memperalatkan JPP.

Tidak ada aibnya kepimpinan mendengar keluhan akarumbi dalam persoalan ini. Malahan rakyat Malaysia akan melihat betapa kepimpinan KEADILAN benar-benar peka dengan sebarang permasalahan, bermula dengan pengendalian persoalan dalaman dan kemudiannya keluhan rakyat keseluruhannya.

KEADILAN sewajarnya benar-benar tampil mewakili aspirasi rakyat serta menawarkan model yang terbaik kepada rakyat Malaysia termasuk proses pemilihan parti yang demokratik dari segi konsep serta perlaksanaannya.


“KESINAMBUNGAN PERJUANGAN”
“KEMBALIKAN SUARA RAKYAT”

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden KEADILAN
Calon Timbalan Presiden KEADILAN



Berita berkaitan sila baca di SINI

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Asalam mus,,, Ini adalah yg kedua tuan telah membuat teguran kepada jpp pkr, namun belum lagi memuaskan dan masih terlalu banyak perkara yg di ragui dalam proses pemilihan ... Adalah lebih baik saudara mus, undur sahaja dari calon timb president ??? Bukan hanya menanguh, peringkat awal sudah ada usur yg kurang baik dalam proses pemilihan,,, seharus saudra mus janga terlibat dgn pemilihan yg sangat2 meragui, bukan sahaja ahli pkr , dan pendokong di luar sini???Biarlah peilihan di teruskan tampa saudar mus,,, namun dari kaca mata rakyat masih , memperjuangkan keadilan dan ketelusan untuk semua.. Andailah mus menang dlm pemilhan ini,,, sudah tentu rakyat di bawah sini masih sangat meragui kemenangan tersebut,,, apa kah bermaruah dan berintergriti...biarlah mus undur dari bersokokol dgn agenda anwar dan azmin,, yg telah menguna keadah yg cukup tidak berartika dan bermorol??? Ini semua org kampong tahu... Mengudur tidak bererti kalah, namun mengundur dgn kata yg sebenar , memperjuangkan keiklasan ,kejujuran,amanah, adalah kehendak ALLAh, semantara rakyat jelata di bawah akan mendokong pejuang yg yg suci lagi murni... Jangan lah takut kepada realiti hakikatnya itu lah yg membawa kebaikan dan kesnambungan perjuangan....Suarakan yg rakyat nak kan, bukan kerenah dan tipu helah yg dilakukan kini>. tq

    ReplyDelete
  2. ASD,

    Pada aku sesiapapun yang dah tak boleh ikut arahan Parti, ada lebih baik keluar parti, atau kalau parti tak tau nak disiplinkan ahli yang memberontak dan tak dapat kawal pemberontakan, ada lebih baik parti dibubarkan. Aku cukup tak suka tengok orang boleh main acah2 pada ketua, dan ketua pulak takut nak bertindak. Mana2 organisasi pasti hancur bila anggota2nya tak ada disiplin.

    ReplyDelete
  3. Salam Saudara FMZam..

    Dia tu acah saja tu.. kena gertak diam la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post