
Saya mengutuk sikap dan mempersoalkan kewibawaan Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution. Saya berpendirian YB Saifuddin adalah ‘mangsa’, daripada seorang pemimpin yang disegani kini menjadi pemimpin paling dibenci gara-gara pemilihan PKR. YB Saifuddin adalah mangsa kepada ketamakan aliran politik merajakan Azmin Ali dan mendewakan Anwar Ibrahim.
YB Saifuddin,
Ingin saya beritahu YB dan sahabat-sahabat perjuangan sekalian, huru-hara PKR ini adalah ciptaan pimpinan parti. Tidak ada penyakit tetapi cari penyakit. Dulu orang tidak tahu kita ada pekong, kurap dan kusta. Sekarang semua orang dah tahu. Ini kerana pemimpin tidak sedar diri – nak petik bintang tapi kail panjang sejengkal.
YB Saifuddin dan teman-teman reformasi sekalian.
Keadilan tidak ada pada Parti Keadilan.
Asas kepada undang-undang adalah keadilan dan keadilan mesti dilihat pelaksanaannya – Justice must be seen to have been done.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak wajar menjadi badan penyiasat bagi segala aduan yang diterima kerana timbul percanggahan kepentingan (conflict of interest) memandangkan ada aduan yang mempersoalkan tata kerja JPP sendiri. Kita minta JPP menyiasat kesalahan yang JPP sendiri buat, mana mungkin JPP akan mengeluarkan kenyataan mengatakan “Selepas kami menyiasat diri kami sendiri, kami mendapati kami telah melakukan kesalahan”.
JPP dan juga Biro Politik dianggotai oleh calon-calon yang sedang bertanding dalam pemilihan, seperti Azmin Ali, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Manikavasagam, Johari Abdul dan lain-lain. Mereka adalah orang yang sama yang dikaitkan dalam aduan dan mesti dikecualikan, akan tetapi Biro Politik berperanan sebagai penyiasat dan kadang-kadang hakim. Mana mungkin pimpinan Biro Politik Parti akan menyatakan “selepas kami menyiasat aduan terhadap salah laku kami, kami dapati kami memang salah dan patut dihukum”.
YB Saifuddin,
Saya tidak jelas apakah definisi ‘bukti kukuh’ bagi JPP dan Biro Politik? Laman web FreeMalaysiaToday memaparkan gambar yang jelas menunjukkan daftar pengundi tidak bersih dan banyak duplikasi. Laman yang sama memaparkan jelas gambar pengawas pemilihan sedang manipulasi undi. Gambar tersebut pula baru didedahkan semalam. Tidak sampai 24 jam selepas gambar tersebut disiarkan, YB Saifuddin dalam sidang media menafikan bahawa pengawas itu tidak mungkin buat salah. Mana YB Saifuddin tahu? Apa piawai prosedur penyiasatan? Apa mekanisma penyiasatan yang dibuat? Semuanya tidak jelas dan tidak dijelaskan. Tiba-tiba muncul Setiausaha Agung dengan keputusan yang sangat meragukan.
Jangan berpura-pura dengan kebenaran demi merajakan Azmin dan mendewakan Anwar.
Hari ini, sempena Kongres Keadilan yang ke-7, saya juga mempersoalkan kewibawaan YB Saifuddin sebagai Setiausaha Agung dalam menangani isu dakwaan bekas Setiausaha Agung sebelumnya, bahawa Sekretariat Ibu Pejabat mengeluarkan satu surat palsu dengan memalsukan tandatangan bekas Setiausaha Agung itu bagi tujuan mencipta bukti bagi menghalang S. Jenapala dari bertanding.
YB Saifuddin,
Sebagai Setiausaha Agung, kenyataan “saya tidak tahu, buka fail ada surat, jadi kira jalanlah…” yang diucapkan dalam sidang media semalam adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab oleh saudara.
YB Saifuddin,
Dakwaan bekas Setiausaha Agung itu mengikut pendedahan MalaysiaToday sangat panjang lebar beserta fakta, affidavit dan bukti. Isu ini menggusarkan anggota dan jika benar dakwaan tersebut, pihak ibu pejabat memang sekali mengecewakan anggota dan tentu sekali mengaibkan parti.
Teman-teman Reformis yang dihormati,
Keadilan semacam hanya pada nama sahaja.
Abdul Aziz Anon
Apa la bodoh bangat Abdul Aziz Anon ni. Kalu rasa Umno brlaku adil, silalh joint Umno. Tapi ingat, silap² kena pancung. Jika nk buat prbandingn PKR & Umno ni ibarat langit & bumi. Kbanykn yg brmasalah dlm PKR ni semua kategori otai² je.
ReplyDeleteAzza...
ReplyDeleteYang menetukan kuasa didalam Demokrasi ini ialah majoriti undi, jadi hargailah setiap undi yang kita ada..
Azza...
ReplyDeleteYang menetukan kuasa didalam Demokrasi ini ialah majoriti undi, jadi hargailah setiap undi yang kita ada..
Salam... CUKUPAH KITA DGN KEBODOHAN KITA,,, persoalan pokok ialah ketelusan dan keadilan yg di persoalkan, bukan soal undi majoriti atau lari kepada umno...Kita lihat kepada persoalan,,,pemilihan yg di lakukan pkr menjadi tajuk perbualan ahli pkr, termasuk calon dan bukan ahli...apakah pkr hanya melihatkan perkara ini enteng, apakah aduan yg di buat, akan mendapat penghakiman yg adil ??? Persoalan yg di timbul oleh abdul aziz ada rational dan faktar yg boleh di guna pakai??? Kali2 saifudin buat statement lansung tidak mendapat keyakinan dari ahli??? Hinggalah beberapa press statment, hingga akhr pemilihan masih lagi menjadi isu yg hangat di debatkan...,keadilan harus bergerak dgn tindakkan yg meyakinkan,,, , tubuhkan satu badan yg bebas dalam parti ,maksudnya ahli yg berkucuali, menyiasat aduan, supaya nampak ada ketelusan dan keiklasan, dengan bertindak sedemikian keyakinan akan ahli akan pulih dan yakin dgn sistem yg kita gunakan.... bukan hanya membuat penafian, yg lansung tidak meyakinkan??? Jangan lah buat parti keadilan ini sebagai anwawr, azmin, dan saifudin punya,,,keadilan memerlukan dokongan dari ahli dan dokongan dari rakyat di luar sini... Sekira isu yg sebegini tidak juga dapat di urus dgn sempurna,,,sedikit sebanyak akan membawa padah yg cukup serious dalam g13,,,jangan lah terpengaruh dgn dr m,,,rakyat malaysia mudah lupa??? Rakyat tak akan lupa perkara yg keji di depan mata sendiri......
ReplyDeleteso?batal pemilihan dan adakan semula..brapa lama mau abis daaaa???boring aih pasai kes ni..tak sudah2 lg?come on!aku cuma nk tgk sistem 2 parti di M'sia menjadi kenyataan!!
ReplyDeletemmg susah nk puaskan hati suma pihak!
apa yang gua perhatikan dalam PKR ni...
ReplyDeletemula2 ANWAR kena belasah pelbagai fitnah untuk menjatuhkan dia...
kemudian zaid buat jahanam pula...
setelah itu azmin difitnah pulak...
dan sekarang puak ejen BNUMNOAPCO MERANCANG JATUHKAN JPP TERUTAMANYA YB SAIFUDDIN...
HEBAT DAKYAH FITNAH BN NIE...
selepas ni sapa punya giliran pulak...
yang pasti ko SAIFUDDIN MEMANG KENTAL... gua salute ko tabik spring...
gua n geng friend of pakatan universiti2 malaysia menyokong kewibawaan saifuddin...
jangan ko gentar kami anak muda reformasi bersama ko saifuddin...
"LAWAN TETAP LAWAN"
HIDUP REFORMASI!!!!!
ALLAHU AKBAR!!!
aku dah hilang respect kat saifudin, aku yakin dia banyak menipu.. bila press tanya jawapan teragak-agak macam tengah dok reka ayat.. apa salahnya mengaku je kita kan jadi hebat, kerana telus lepas tu pakat-pakat baiki..
ReplyDeletePerangai Mangkuk@Bodohpiang.
ReplyDelete-kununnya geng friend Pktn U Mlysia.
-kalau membetulkan kekhilafan pimpinan,dikatakan ejen @ barua itu ini.
-berapa hari mung duk dlm pkr ni?kalu x tahu kehala tlg jgn komen ngarut-ngabang mcm anjing kurap pencacai..
-mung x kenal siapa sebenarnya AA $ SNI.
-jgn claim mung friend P.U Mlysia.bangang mcm mung x layak.
friend Pktn U mlysia.
ReplyDeletePemikiran bodohpiang tahap gaban.
-Lu x layak claim Lu (fpum).
-kalu membetulkan pimpinan yg silap tu,ejen mcm2.
-Lu x kenal siapa sebenarnya AA $ SNI,brp hari Lu duk dlm pkr ni?kalu x tahu,jgn nyampuk org tua.
-jgn tonjolkan kebongokkan Lu @ Lu nk jadi mcm anjing kurap suruhan jugak ke?
anon 12:22 OUM cakap,
ReplyDeleteDari segi realiti percakapan jujur,wa salute geng pakatn U,Saifudin wa kenal dia dan kekentalannya dan kejujuran sebagai wakil rakyat,kita mengkaji bukan ikut emosi,kini PKR semakin kental dan dipercayai rakyat dimana2 kita berada org/rakyat pasti sokong dan menyebelahi PKR,kes ini hanya wayang otai2 ahli tajaan pencacai umnoapco minta sedekah yg nak selesaikan masaalah peribadi dgn cara lobang ini dan sanggup tunjuk taji yg tumpul bahawa dialah jalak lenteng yg digeruni,jgn suka nyampuk cerita reka2 dah bodoh semakin bodoh dari mata ahli....kahkahkah....
kita kalu dah rasa cerdik yang tak boleh diajar..tu namanya bongkak.. apa guna mendonggak ke langit sekarang, tetapi tuduk ke bumi layu selepas PRU 13, jenis ni la yang tak reti-reti nak berubah.. ikutkan sagat emosi tu, akalnya tersimpan berkarat... apapun kita tahu PKR dah double trouble(kritikal) atur la strategi sikit... nak tunggu anai-anai menguasai akar tunjang baru nak berubah dah terlambat beb.. budak baru belajar berpolitik ni... untuk ganufepong
ReplyDeletewoi,hampa ni nak berlawan umno ka nak perlingkupkan PKR/PR???
ReplyDeletePresiden dah akui,memang banyak kelemahan dengan proses pemilihan yang pertama kali diperkenalkan dan insyaallah pada masa depan semua kelemahan ini perlu diperbaiki.
Yang hampa dok meleret-leretkan masalah ni sampai BN dok gelak terguling-guling tu apa pasai??rasa cerdik sangat kut,,pakai otak la sikit.Sedangkan umno/BN pun tak berani gunakan konsep/kaedah yang sama dalam pemilihan depa,,Cukup-cukuplah orang dok gelak kat kita,,,rapatkan SAF dan teruskan perjuangan utk rakyat dan tentang musuh sebenar kita iaitu UMNO/BN
itu yang betuinya.... senarailah kelemahan jangan tutup kelemahan, barulah kita dapat perbaiki dan rapatkan saf.. tetapi adakah otai-otai dalam parti boleh menerimanya... kita kena menerima tamparan ini sebagai cabaran.. jangan syok sendiri yang berulat dan katakan elok..itu hipokrit namanya.. cerdik tapi taknak terima pendapat orang
ReplyDeleteyg meraoung2 hanya segelintir kecil otai pencacai zaid dan zul,dah tak ada tempat bergantung kot..hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!