
Ini adalah keputusan rasmi kali ketiga.. kerana menurut Saifuddin Nasution telah berlaku kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan yang mengakibatkan perubahan kedudukan..
Kenapa ini terjadi? Adakah hanya seorang manusia yang ditugaskan untuk mengemaskini data-data yang diperolehi dari pusat-pusat mengundi PKR? Keputusan yang lain-lain bagaimana pula? tak silap ka?
Tidakkah sepatutnya terdapat seorang lagi manusia yang sepatutnya memeriksa dan mengesahkan data-data tersebut?
Lagi satu.. agak menghairankan kenapa pengumuman ini dibuat oleh Setiausaha Agong Parti bukannya Jawatankuasa Pemilihan Parti yang menjalankan Pemilihan ini.
Apa pun.. aku semakin pasti benar bagai dikata sesetengah pihak.. 'by hook or by crook' Azmin tetap akan menjadi Timbalan Presiden PKR..
Kesilapan data: Azmin pula mendahului

Saifuddin memberitahu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini bahawa Datuk Zaid Ibrahim pula mendapati 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.
Sebelum ini, lamanweb PKR menyiarkan keputusan yang menunjukkan Zaid masih mendahului perebutan jawatan nombor dua dalam PKR.
Difahamkan kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke lamanweb berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya.
Berdasarkan keputusan laman web itu yang disiarkan pagi ini, (selepas 68 cabang mengundi), Zaid mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekat Azmin Ali yang memperolehi 3,051 undi.
Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.
Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu tidak dapat lagi diakses.
Manakala sidang akhbar Saifuddin yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi, telah ditangguhkan sehingga jam 1 tengahari, dipercayai ada kaitan dengan keputusan tersebut.
Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (3,543 undi) kini sudah dipintas oleh Pengarah Strategik PKR Tian Chua (3,621).
Mereka diekori Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (2,852) dan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (2,895).
Keputusan bagi calon naib presiden lain seperti berikut:
Gobalakrishnan (2080)
Xavier Jayakumar (1679)
R Sivarasa (1553)
Suresh Kumar a/l Ramachandran (1237)
Yahya Sahri (1178)
Baru Bian (659)
Ansari Abdullah (646)
Jonson Chong (626)
Yusmadi Yusoff (615)
S Manikavasagam (492)
Dominique KH Ng (284)
Saiman Marjuki (166)
James Ghani (106)
Malaysiakini
Memalukan..malu ke??sepatut hang yang la kena malu pasal dok dalam Parti Kencing Rakyat...
ReplyDeleteP/S: Aku pun malu sebab dulu sokong PKR..tapi itu dulu..sekarang dah dak lagi..
hampa ni elok la sama-sama pelax,,kira nak condem parti.
ReplyDeleteBila menang bertanding,tak tau nak buat kerja,,last-last salahkan orang nu,orang ni,,tang hampa dok betoi saja,,,
anon November 1, 2010 5:51 PM
ReplyDeletelebih baik dari sokong UMNO. Semua kepala hangguk dalam parti. Pemimpin buat tak betul pun di hangguknya. Lagi banggang!!
Aik?? Ada lagi yang tak puas hati pasai kalah dalam pemilihan hari tu??
ReplyDeleteAku hairan jugak ni?? pasai apa yang bertanding tu kalah.. mesti dah terbukti tak tau buat kerja.. pasai tu kalah... Kah..kah.. kah..
Silap mata dari seorang politikus, lama2 tikus kena tangkap dgn kucing...siapa tikus tu semua orang tahu...cuma tikus ni lain sikit sebab ia dok kat bandar...size besar...kalau dia tak buat silap mata akan silaplah percaturan politiknya...hampa tahu teka diri sendiri..jangan jadi tongkol kayu..
ReplyDeleteTongkol kayu??? Aku rasa Matyit kat atas tu jenis tongkol kayu lah tu..
ReplyDeleteASD,hang terima lah cabaran aku ,tunjukkan apa program dan gerak kerja yang hang dan geng hang buat untuk meningkatkan lagi sokongan kepada parti,aku tak kisah hampa menang dulu pasai rajin berkempen dan tarik kalangan puak-puak hampa untuk buang undi sokong hampa,tapi dimana perginya majoriti ahli??setakat yang sokong hampa tu saja ka yang hampa boleh tarik??tok sahlah berdebat dengan aku,aku pun hanya ahli biasa saja yang rajin dok perati hampa baik kat Yayasan Aman atau pun mana-mana port hampa dan puak yang satu lagi,,terima lah teguran untuk meningkatkan lagi usaha,bukannya dok bersoal jawab buang masa tak tentu hala.Aku puji hang pasai usahakan blog hang ASD ada juga kebaikannya untuk ahli,tapi sikap hang dok berjawab tak tentu hala dan tidak boleh terima teguran, banyak memaparkan imej dan personaliti hang yang negatif dan tidak profesional.
ReplyDeleteTerpulanglah kat hang kalau nak terima nasihat aku...
Yang tongkol kayu orang2 PKR lah...dah tahu ada tangan ghaib pi tukar keputusan...lagi dok sokong...itu pun tak boleh fikir...tu nak panggil apa..ingat panggil coklat hangguk...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!