Ketua Pembangkang digantung enam bulan dari sidang DUN

GEORGE TOWN, 1 Nov – Ketua Pembangkang digantung selama enam bulan berkuat kuasa 17 Ogos lepas hingga Februari tahun depan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur hasutan pada persidangan DUN 16 Mei lepas.

Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh anggota dewan undangan negeri (Adun) dari pakatan pembangkang.


Bagaimanapun segala saraan dan elaun beliau sebagai Adun Penaga dikekalkan.

Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar, dari Barisan Nasional, bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.

“Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil,” katanya.

Katanya faktor lain, ialah setiap perkataan kesat yang dirujuk telah ditarik balik dan diterima oleh dewan tanpa sebarang reaksi.

Azhar sebelum itu telah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Abdul Halim dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali, beliau juga telah memberi penjelasan berhubung perkataan yang disebut pada persidangan 6 Mei lepas.

Pada mesyuarat yang diadakan itu juga Azhar telah diminta untuk mengemukakan permohonan maaf tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata ia merupakan cara pakatan pembangkang untuk menghalangnya mengikuti persidangan DUN dan perbahasan Bajet kali ini.

“Saya adalah ketua pembangkang yang paling vokal dan selalu mengkritik pemerintahan mereka, ini juga yang pertama berlaku dalam sejarah Pulau Pinang. Selepas ini Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Telok Bahang-BN) akan menggantikan tempat saya,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau yang mengakui ‘‘sakit hati’’ dengan keputusan yang diluluskan itu menyifatkan corak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini lebih bersifat ‘‘ala Guan Eng’’.

Ditanya mengapa beliau tetap enggan memohon maaf walaupun berkali-kali diminta berbuat begitu beliau berkata:

“Untuk apa saya minta maaf, saya tidak bersalah, saya teraniaya, ini cara mereka untuk tutup mulut saya,” katanya.- The Malaysian Insider

Berita sebelumnya..

Sidang DUN Pulau Pinang ‘panas’ isu sumber wang ihsan

GEORGE TOWN, 1 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang bermula hari ini menjadi “panas” dengan pertikaman lidah antara beberapa penyokong kerajaan negeri DAP itu dan pembangkang berhubung sumber wang ihsan kepada warga emas di negeri itu.

Dalam tempoh 30 minit selepas sesi soalan lisan bermula, suasana menjadi panas apabila Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh, menjawab soalan lisan berkaitan pemberian wang sebanyak RM100 kepada warga emas oleh kerajaan negeri.

Dalam menjawab soalan Jagdeep Singh Deo (DAP-Datok Keramat) itu, Phee berkata, tidak timbul isu wang judi digunakan kepada warga emas kerana peruntukan bantuan itu adalah termaktub dalam bajet 2010.

Beliau berkata sememangnya kerajaan negeri telah menerima wang sumbangan Penang Turf Club sebanyak RM2 juta tetapi ia adalah pada tahun 2010 dan wang itu tidak digunakan kerana ia bukanlah wang dalam peruntukan bajet 2010.

Phee berkata Umno telah memfitnah kononnya wang RM100 itu adalah wang judi sedangkan peruntukan untuk bantuan warga emas itu telah diluluskan dalam bajet 2010 pada sidang dewan tahun 2009 manakala wang dari Penang Turf Club hanya diterima pada tahun ini.

Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) kemudiannya berkata, apa yang berlaku ialah umat Islam di Pulau Pinang berasa was-was dengan wang itu setelah Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri mengakui telah menerima wang sumbangan kelab lumba kuda itu.

“Kita was-was dengan wang itu sebab Ketua Menteri sendiri mengaku telah menerima wang judi dan kerajaan kononnya telah membuka dua akaun berasingan untuk bantuan kepada orang Islam dan untuk bukan Islam. Adakah jawapan Exco Kebajikan (Phee) ini menggambarkan bahawa Ketua Menteri telah berbohong?” katanya.

Arif Shah juga menempelak Phee yang bercakap mengenai hukum-hakam Islam dalam memberi jawapannya.

Speaker Datuk Abdul Halim Hussein kemudiannya menenteramkan keadaan dengan meminta semua anggota dewan supaya tidak menjerit-jerit sebaliknya hendaklah bercakap dengan sopan.

Seorang penyokong kerajaan R.S.N.Rayer (DAP-Sri Delima) mendakwa pemimpin Umno telah membuat fitnah dan telah memburuk-burukkan Lim kononnya sebagai seorang pembohong.

Beliau mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap wakil rakyat BN.

Jagdeep Singh kemudiannya meminta kerajaan negeri melantiknya sebagai peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Umno yang didakwanya telah membuat fitnah.

Ketua pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) kemudiannya meminta penjelasan Lim mengenai jawapan Phee yang bercanggah dengan kenyataan ketua menteri itu.

Katanya Lim harus bertanggungjawab kerana kenyataannya kepada media bahawa kerajaan negeri menerima sumbangan wang kelab lumba kuda dan membuka dua akaun berasingan itu telah menyebabkan umat Islam menjadi was-was dan mengambil tindakan untuk memulangkannya semula kepada kerajaan.

Datuk Jasmin Mohamad (BN-Sungai Dua) pula berkata Phee gagal membuktikan bahawa sememangnya wang hasil sumbangan kelab lumba kuda itu diasingkan walaupun mendakwa ianya tidak digunakan.

Lim bagaimanapun tidak melayan asakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebaliknya hanya menjawab soalan seorang lagi penyokong kerajaan Koid Teng Guan (DAP-Sungai Pinang) mengenai status pengorekan pasir di kawasan Genting dan Sungai Rusa di Balik Pulau.

Katanya kerajaan negeri tidak mengenakan bayaran royalti terhadap pemilik tanah berstatus gred satu itu. – Bernama

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Baru kena kritik dah gantung...camnikah nak perintah negeri/negara...sikit hari semua yang kritik akan digantung..kah kah kah...tapi bila ketua pembangkang merapu atau kritik di parlimen tak kena gantung pun...depa buat semua betul..jangan orang lain buat...kalau depa tu..tu..tu...buat...PAS kata masuk neraka...sebab PAS ada pas masuk syurga dan neraka...

    ReplyDelete
  2. Tu kira bagus dah tu.. kalau digantung sekali dengan elaun nak makan apa orang tua tu?

    Takkan nak kutip dari setiap warga emas yang menyokong UMNO seorang RM100 lagi kot...

    ReplyDelete
  3. Patutnya gantung jgk elaun2 ketua pembangkang tu.. Apa susah? Bukan ke duit warga emas RM100 sorang yang ddia kutip tempoh hari blm dibagi kt kjaan negeri.. Main ribu2 tu.. Guna je la dulu..

    ReplyDelete
  4. Aku hairan sunguh dengan puak2 UMNO ini.. dok jaja kerajaan pulau pinang bagi duit hasil judi kat warga emas. yang kerajaan persekutuan kutip cukai judi dan duit tu buat bayar apa? tak kan simpan tak guna2 langsung.mana2 UMNO .. kenapa itu tak dipersoal dan ditanya pada PM selaku Menteri Kewangan.YB Azhar,YB Jasmi tu perangai lagi teruk .. aku kenal sangat dengan yb 2 orang ini,aku zaman bn perintah p.pinang lagi aku memang tak sebulu dengan yb 2 orang ni.... nama aja melayu tapi perangai ...... macam .... (tak perlu sebutlah) yb 2 orang dok buat bising ini pasal depa dah tak masukkkkkk. kalau masukkkk diamlah yb 2 orang ini... aku doakan moga p.pinang terus dibawah pakatan rakyat. (ayah lan- persara polis)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post