KHAS buat Penyokong UMNO Pulau Pinang...

Cuba korang baca.. siapa penyebab Melayu Pulau Pinang Terpinggir.. Siapa penyebab Melayu Pulau Pinang terkeluar dari Pulau Pinang.. Siapa juga yang menyebabkan Tanah orang Melayu Pulau Pinang semakin berkurangan...

Ini kali kedua kenyataan ini dinyatakan oleh ADUN Pulau Betong, Farid Saad..

Pastinya bukan DAP mahupun PAS ataupun PKR!!!Sila baca.. jangan jadi Buta Perut opps silap Buta maklumat.

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis
Mohd Sabri Said

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.


Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.


HarakahDaily

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Yusoff Latif yang pernah meraih kekayaan semasa jadi orang kanan Ketua Menteri cina satu ketika dulu tu ke? Percayalah cakap dia tu... memang patut pun tanah kepunyaan Melayu menghilang di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  2. bila dudok jadi pembangkang baru nak jaga hak org melayu,masa umno merintah peghabih harta melayu.apa punya tuurrrr.ghaplah.

    ReplyDelete
  3. Makcik Dara,

    itulah umno itu taik,taik itu umno.Makan nasi jadi taik saja

    ReplyDelete
  4. Aku ni orang PP, aku pernah sekali 2 juga buat berurusan jual beli tanah sekitar S. Prai, tapi yang hairan di borang tukar nama pemilik tanah tiada pun tulis mana2 parti atau pun kena minta kelulusan pemerintah waktu tu...semua berurusan dengan pejabat tanah aje...kenapa nak salah parti atau pemerintah?? sekarang pun berurusan pun sama juga...lepas tukar kerajaan..

    Semua ni atas diri sendiri la juga atas kebijaksaan pemilik nak jual atau tak nak, kalau pakat2 tak nak jual mereka boleh buat apa...negara ada undang2 la...kenapa tak guna?? asyik salah orang dan parti aje!!!kan Shariff Omar (bekas TKM PP) dah terangkan...

    P/S: Sikap tamak dan kelahi sesama saudara yang punca tanah Melayu PP semakin terhakis,bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

    ReplyDelete
  5. Aku sangat setuju dengan pendapat Anonymous 2:03PM tu..

    Benar.. sikap tamak Melayu sendiri yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir seterusnya tersingkir dari Pulau Pinang..

    Ini kes terbaru yang aku dengar.. berlaku di Jalan Baru, Perai.. Sebidang lagi yang luasnya aku tak berapa pasti, Tanah Milik Orang Melayu dijual kepada bukan Melayu.. bila aku bertanya kenapa Jual?

    Jawapan Tuan Tanah tu ialah.. Mamak tu beria-ia sangat nak beli.. aku bukan nak jual pun.. aku dengar macam nak termuntah..

    Cuma kini masaalah ini telah dipolitikkan..

    ReplyDelete
  6. Bangang, bodoh dan tolol orang melayu Jalan Baru yang jual pada mamak tu! orang macam nilah pengkhianat orang melayu! lepas tu dengan muka tak malu berdemo dengan puak beruk UMNO pasal nak perjuang hak orang melayu.. khaaakhhh puiiiiih!

    ReplyDelete
  7. mEMANG JUAL BELI TANAH urusan pejabat daerah.... ni bukan soal jual beli ... ni soal kena jual atau diarah jual.. korang tau sapa yang arah???.. aku phtuiii muka ADUN UMNO seblum ni. korang tak tau jg pandai ckp jer... risik dan selidik.

    ReplyDelete
  8. Anonymous 1:20am

    Pada zaman DSAI dalam kerajaan BN, banyak tanah Melayu tergadai, tak caya pergi check dipejabat tanah peratusan pindahmilik bila belaku, syarikat mana, siapa dibelakang syarikat tu...lepas tu baru hang tahu siapa yang buat, kalau taktau jangan dok komen bukan2..buang masa aje..

    P/S: Sebab tu DSAI tidak ditakdir jadi PM..Allah SWT yang Maha Mengetahui..selamat

    ReplyDelete
  9. Cuba tanya Roslan Saidin berapa banyak keuntungan yang dia buat dengan menjual tanah yang dikhususkan untuk orang Melayu di Seberang Jaya (kini Taman Sutera) kepada orang bukan Melayu untuk dimajukan. Juga cuba tanya apa yang dia buat untuk 'merampas' tanah tersebut dari JPP. Membela hak orang Melayu konon, ptui!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post