Lagi "Tuduhan Liar" terhadap Pemilihan PKR.. Hah! Jawab le...

Kalau dakwaan Haris didalam blognya The People's Parliament yang mengatakan ujudnya kerja-kerja memanipulasi kertas undi bagi MPP PKR dikatakan satu “Kenyataan Liar” oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, bagaimana pula dengan yang ini? (artikel dibawah).

Adakah ini satu lagi antara blog-blog dan laman-laman web yang menabur pelbagai fitnah untuk gagalkan pemilihan parti?

Adakah penulis ini juga mempunyai agenda buruk? Adakah penulis ini gila untuk menjadi Ketua UMUM atau beliau mahu menggantikan DS Wan Azizah sebagai Presiden PKR? atau beliau menulis untuk menjahanamkan PKR bagi membolehkan beliau menubuhkan sebuah Parti baru yang mengumpulkan semua bekas-bekas ahli PKR dan melantik dirinya sebagai Presiden?

Siapa boleh jawab? Silakan…


Undi telefon. Politik baru dalam PKR.
Oleh : Mat Saman Kati (UrekaAsia)

Dah agak dah. Dari mula aku dah tau, dan ramai yang tulis dalam komen…Anwar kena pastikan Azmin menang, dengan apa cara sekalipun. Dan Zaid kalah bukan kerana perubahan yang cuba dibawa..tapi kerana politik baru dalam PKR.

Kalau setakat nak lawan Azmin, Zaid boleh menang. Diperingkat awal pemilihan, Zaid bersaing hebat dengan Azmin dan Zaid tak risau kalah ketinggalan 1000 undi di Semenanjung kerana dia mempunyai kekuatan di Sabah. Tapi apa yang tak boleh diterima oleh Zaid ialah apabila Anwar mengambil alih jawatan Pengurus Kempen Azmin dari Zack Pahang.


Ini politik baru dalam PKR apabila Ketua Umum menjadi Pengurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden. Ia juga satu politik baru apabila Anwar menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan. Dan Anwar juga menggunakan telefon untuk memberitahu Ketua-Ketua Cabang untuk memastikan undi mesti pergi kepada Azmin.

Diperingkat awal, Pengerusi JPp..Dr. Molly Cheah membuat beberapa keputusan, tetapi akhirnya dioveruled oleh Saifudin..hanya dengan panggilan telefon dari Anwar. Dr. Mansor ditentang oleh arwah Pak Tam..tapi akhirnya arwah Pak tam terpaksa menarik diri selepas mendapat telefon dari Anwar.

Semasa Pemilihan di Permatang Pauh, Azmin membelanjakan RM25,000 untuk memastikan 500 pengundi Permatang Pauh keluar untuk mengundinya. Dan dia marah apabila mereka yang keluar lebih rendah dari jangkaannya. Malah sehari sebelum Pemilihan, seorang AJK Permatang Pauh mendapat panggilan telefon dari Anwar yang memarahinya kerana berjumpa dengan orang Zaid. Fuh!! Zack Pahang gagal menjadi Pengurus Kempen untuk Azmin…tapi Anwar mengambil tempatnya.

Sebelum Pemilihan di Sabah bermula, Zaid ketinggalan 500 undi. Tapi itu bukan masalah besar, kerana Azmin bukan kuat sangat di Selangor..malah di Sabah dia mempunyai masalah. Tetapi PRK Batu Sapi digunakan untuk memastikan Azmin menang Timbalan Presiden…bukan PKR menang di Batu Sapi.

Anwar memastikan semua Ketua Cabang di Sabah mengikut telunjuknya. Dan tak susah memujuk Ketua-ketua Cabang di Sabah…dengan janji untuk menjadi Calon semasa Pilihanraya nanti, sudah cukup untuk mengubah sokongan mereka. Dan Anwar berjaya kerana dia yang memutuskan siapa yang akan menjadi calon…bukan Zaid.

Semalan sepatutnya Zaid turun ke Perak untuk berjumpa pengundi di Tg. Malim, Tapah dan Teluk Intan. Tapi pagi semalam, aku dapat sms bahawa semua program Zaid di Perak dibatalkan. Dan masa tu, aku dah agak. So, aku kata…if you want to withdraw, do it now.

2.30 pagi, aku dapat sms..”Zaid tarik diri.” Good!! I don’t have to get involved in this shame election anymore.! Cuma aku tak boleh nak umum untuk meletak semua jawatan aku…sebab aku tak ada jawatan.

Dan satu sejarah baru akan terukir. Timbalan Presiden PKR menang dengan undi telefon.


UrekaAsia

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Cepat2 lah Zaid Ibrahim buka parti baru, jangan buang masa melayan PKR yang dah tak boleh diubat gilernya ni. Kita nak berperang dengan musuh, bukannya berperang sama sendiri. Tu UMNO dok tergelak sakan takyah buat apa tunggu aje bila PKR ni akan musnahkan diri sendiri. Si Azmin tu nak sangat menang apa untungnya kalau PKR sampai berpecah belah macam ni sekali? Cepat Zaid buka parti baru!

    ReplyDelete
  2. ASD,

    AJK yang dimaksudkan bukan dari Batu Kawan tapi Cikgu A****. Masa berjumpa di Gurney Drive, Anwar telefon dan marah pasai jumpa orang Zaid. Tapi Cikgu tak kenal nombor yang memanggil, jadi dia marah balik. Lepas tu Anwar telefon pakai HP dia, baru la Cikgu kenai sapa yang memanggil. Naya kena marah.

    Bukan AJK Batu Kawan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post