Mak Aih!! Besarnya Tajuk..

Selama ini, mereka tidak pernah menghiraukan sebarang tulisan atau dakwaan yang dikemukakan oleh Raja Petra melalui Malaysia Today, apa yang mereka siarkan hanyalah berita-berita yang mengenai keburukkan atau yang keburukkan berkaitan dengan Raja Petra antaranya ialah kisah anaknya yang ditahan Polis kerana disyaki mencuri.. dan berita disiarkan mereka dengan tujuan untuk merosakkan imej beliau sahaja.

Apa sahaja yang ditulis Raja Petra mereka membiarkannya berlalu begitu saja, hendak disiasat takut ada yang murka.



Tetapi apabila Raja Petra menyiarkan satu tulisan yang mengkritik DS Anwar Ibrahim dengan tajuk “About it being too early” mereka memberikan publisiti dengan menyiarkan tulisan Raja Petra tersebut dimuka hadapan..

Mereka telah mempromosikan tulisan Raja Petra itu dimuka hadapan penyiaran mereka..


Itulah sifat media Mereka, bila isu itu menyentuh pemimpin mereka.. mereka mendiamkan. Mereka takut hendak menyiarkan.. takut akan hilang jawatan. Mereka sanggup menjadi HIPOKRIT biarpun itu adalah MUNAFIK! Berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku..

Jadi… apakah kita ini.. kita yang menyokong Pakatan Rakyat, kita yang menjadi Ahli-Ahli Parti dalam Pakatan Rakyat juga perlu menurut jejak langkah mereka? Menyiarkan hanya yang indah-indah sahaja berkenaan pemimpin kita? Biarpun kita melihat dengan mata yang di anugerah Allah, kita mendegar dengan telinga yang juga di anugerah Allah akan kepincangan yang melanda..

Adakah kerana sayang kepada Parti kita.. kita tidak perlu menegur akan kesilapan pemimpin kita? Membiarkan mereka terus lena dibuai mimpi dan hanya terjaga dari mimpi bila mereka yang mewakili Parti kita ditolak pada PRU13 yang bakal menjelang tiba?

Apakah kita juga perlu menjadi HIPOKRIT seperti media mereka?

Berita yang disiarkan mereka

'Anwar juga kuda trojan'

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan hebat apabila 'senjata sulitnya' yang selama ini digunakan untuk memfitnah kerajaan mula 'makan tuan'.

Ini kerana Raja Petra Kamaruddin yang selama ini menjadi 'senjata sulit' beliau, mula melepaskan 'peluru' ke arah Anwar sendiri apabila mendakwa, ketua pembangkang itu juga merupakan pengacau dan 'kuda trojan' dalam UMNO suatu ketika dahulu.

Raja Petra yang kini melarikan diri ke London berkata, jika Anwar boleh mengingatkan ahli PKR supaya berhati-hati dengan 'kuda trojan' yang dipercayai dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga layak dilabelkan dengan gelaran yang sama.

"Jika kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau, 'kuda trojan' serta dilabel cuba memecahbelahkan parti, bagai manapula dengan tindakan Anwar sewaktu dalam UMNO dahulu?

"Anwar mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang (Datuk) Suhaimi Kamaruddin pada 1982, iaitu tahun pertama menyertai UMNO. Ketika itu kesetiaannya juga belum terbukti dan boleh dianggap sebagai 'kuda trojan'," katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya di Malaysia Today mengulas tuduhan dilemparkan Anwar terhadap Zaid selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan bertanding Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, Selasa lalu Zaid telah mengumumkan penarikan diri daripada bertanding dan melepas semua jawatannya dalam parti malah dijangka bertindak keluar parti pada Jumaat ini.

Katanya, Anwar perlu jujur dan bukannya bersikap mementingkan diri apabila menghalalkan segala pendekatan jika ia berkait dengan dirinya tetapi mengharamkan pendekatan yang sama jika boleh memberi keuntungan kepada orang lain.

Dalam pada itu, Raja Petra menyelar tuduhan Anwar kononnya Zaid menggunakan pihak luar untuk berkempen bagi dirinya sedangkan semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu, beliau juga menggunakan pendekatan sama.

"Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut sehingga beiau berjaya mengalahkan Suhaimi walaupun kami bukan ahli UMNO. Ini kerana jika mengharapkan ahli UMNO, Anwar akan ditendang keluar.

"Pada masa itu, Anwar masih terlalu baru dalam UMNO. Dia dianggap sebagai pengacau, 'kuda trojan' dan bakal memecahbelahkan parti, sama seperti apa yang beliau label terhadap Zaid hari ini," katanya.

Media UMNO

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ASD,

    Disinilah pulak bodohnya Raja Petra membuat kenyataan yang dipergunakan oleh musuh yang hanya pandai "menangguk di air keruh". Kenapa aku rasa RPK ni dah lain macam je sekarang? Ni mesti ada apa2 ke? Betul kata orang bijak pandai ada masanya kita tidak perlu berkata apa2....

    ReplyDelete
  2. Raja Petra ni memang talam dua muka.. Serampang dua mata... Ntah biol suda ka otaknya ni..
    Kejap kawan sana.. pastu tikam kawan dari belakang... Memang bahaya ada golongan orang macam ni..
    Setan botak ni patut betul di sumbat dalam ISA....

    ReplyDelete
  3. Buat Anonymous 5:37..

    Bila dia mendedahkan keburukkan UMNO/BN kita julang dia bagai Perwira.. tapi bila dia kritik pemimpin kita.. kita kata kat dia ikut suka kita..

    Pasal dia masih prihatinlah dia kritik..

    ReplyDelete
  4. ASD,

    Jangan salah faham bro, sebenarnya RPK boleh kritik siapapun dan begitu juga kita semua boleh kritik apapun yang RPK kritik. Dia prihatin, begitu juga kita pun prihatin.

    ReplyDelete
  5. BAGUSLAH TU... BIAR ORANG SEMUA TAHU SIAPA DIA TTTTTU...

    www.muslimmall.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. BODOH hang pa betui! Dengan cara demikian maka blog http://malaysia-today.net akan diketahui ramai orang yang tak pernah tengok blog RPK...dan dgn secara tak langsung puak2 barisan najis akan terdedah kepada berita korupsi dsbnya. Cara ini lah yang paling baik untuk menarik ramai lagi untuk membangkang. Tak fahamkah stratagi ini??

    ReplyDelete
  7. saudara FMZam,

    aik tadi ulasan pertama saudara begitu agresif terhadap RPK, nampak sangat yang saudara tidak setuju sama sekali dengan RPK sebab kutuk pemimpin PKR (Anwar), selepas ASD beri kenyataan pula saudara nampak slow sikit, beralasan jangan salah faham... apa ni FMzam! Sudah terkena 'batang hidung' sendiri ka? apa pun saudara... pemimpin bukan segalanya.. parti dan prinsip perjuangan yang lebih utama kerana prinsip dan perjuangan parti dan ahli tidak berubah. Pemimpin yang berkemungkinan akan berubah (sebab dah ada kuasa!)

    ada paham FMzam!!

    ReplyDelete
  8. bijak pandai tu ramai tetapi yang berakal terlalu sikit

    ReplyDelete
  9. Dsai tidak menganggap yang baru dalam parti tu sebagai trojan,tapi kalau macam zaid buat ni dah lebih daripada mengesahkan yang ia sebagai trojan...kalau mesyuarat dah 18 kali tak pernah hadhir, lepas tu hentam Pusat bagai nak rapat tu apa nama nya....bukannya trojan lagi ,kalau bagi saya ini dah jadi kuda trojan...tak faham bahasa...sekali lagi sy ingatkan blogers jangan melampau sangat...guna akal sikit, kalaun setakat nak menghentam semua orang boleh, tapi apakah kesalahan tu terletak pada dsai,sy taknak ulas terlalu detail, dari segi apa pun kesalahan menegur itu dah terlalu melampau.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post