Bukan Mustaffa Kamil saja yang kecewa dengan Proses Pemilihan..

Mustaffa Kamil Ayub berkata, beliau tidak sama sekali kecewa dengan keputusan saingan timbalan presiden, sebaliknya “kecewa dengan kelompongan dan penyelewengan” proses pemilihan bersejarah yang menggunakan sistem langsung.

Kalau Mustaffa Kamil Ayub berkata beliau kecewa dengan kelompongan dan penyelewengan yang ujud dalam pemilihan yang lalu, mungkin ada pihak tetap menyatakan beliau kecewa kerana beliau kalah.. Chegubard juga kecewa kerana beliau kalah..

Tetapi aku sendiri yang terlibat dengan Pemilihan ini di Permatang Pauh dan telah menang dalam Pemilihan di Permatang Pauh juga berasa amat kecewa dengan apa yang berlaku, biarpun banyak tuduhan atau dakwaan telah dibuat namun tiada kedengaran sebarang tindakan dari JPP sendiri..dan aku tahu ramai juga ahli PKR yang kecewa dengan apa yang berlaku..


Ianya berlaku seolah-olah keadilan telah hilang dari KEADILAN..

Adakah Dr. Molly yang mempengerusikan JPP itu sendiri telah kehilangan kuasa kerana beliau telah mengatakan bahawa yang benar itu benar dan yang salah itu salah di Permatang Pauh ketika Mesyuarat Agung dan Pemilihan?

Kenyataan beliau yang membuatkan aku rasa bangga sebagai Ahli PKR, kerana beliau berani menyatakan kebenaran biarpun ianya amat pahit buat Presiden yang ketika itu berada didepan aku...

Kenyataan yang membuatkan aku terhenti dari mengeluarkan kesemua pelanggaran etika pemilihan oleh seorang Calon ketika itu.. dan menyimpan semua kronologi peristiwa ketika itu..


Saya kecewa proses pemilihan bukan kerana tewas saingan
Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, beliau tidak sama sekali kecewa dengan keputusan saingan timbalan presiden, sebaliknya “kecewa dengan kelompongan dan penyelewengan” proses pemilihan bersejarah yang menggunakan sistem langsung.

“Saya kecewa dengan kelompongan-kelompongan yang wujud, penyelewengan, dan kelemahan dalam proses (pengundian).

“Soal keputusan itu perkara kedua, saya tidak kecewa, bagi saya proses itu yang penting dan perlu dijalankan dengan baik,” kata Mustaffa (gambar) yang pertama kali bertanding jawatan timbalan presiden.

PKR selesai mengadakan pemilihan secara langsung membolehkan setiap ahli memilih kepimpinan pusat berbanding sistem lama menggunakan perwakilan selepas meminda perlembagaan tahun lalu.

Mustaffa juga bimbang sekiranya pimpinan parti dan pihak-pihak terbabit dalam parti tidak mengambil tindakan ke atas aduan dan laporan berhubung pemilihan, akan menjejaskan tahap keyakinan di kalangan ahli.

“Ini akan membawa kepada tindakan-tindakan di luar jangkaan, tindakan keluar parti ahli-ahli yang hilang tahap keyakinan terhadap parti,” kata Mustaffa yang walaupun tidak pasti jumlahnya, tetapi yakin ia akan membabitkan kadar signifikan.

Beliau juga mengakui akan ada tanggapan bahawa pandangan-pandangan agar parti memperbaiki kelemahan dan kepincangan akan dilihat sebagai “pengkhianat.”

Kata beliau, ahli-ahli PKR merupakan golongan yang “kritikal”, yang mana sebahagian besar menyertai parti komponen Pakatan Rakyat ini selepas kecewa dengan parti masing-masing.

“Mereka ini kritikal dengan kepimpinan parti masing-masing, dan sebab itu meninggalkan parti mereka dan menyertai PKR.

“Jadi, pimpinan parti mesti mendengar keresahan dan rintihan yang dikemukakan oleh ahli-ahli mengenai pemilihan langsung ini, walaupun sistem satu ahli satu undi memang baik niatnya,” kata Mustaffa lagi.

Mustaffa, Pengerusi PKR Perak, tewas di tangan Azmin Ali yang juga seorang naib presiden parti dengan perbezaan undi yang besar.

Awalnya tiga orang bertanding jawatan itu tetapi Datuk Zaid Ibrahim telah menarik diri selepas minggu kedua proses pengundian atas alasan wujud banyak kecacatan dan kepincangan dalam pemilihan tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya oleh kepimpinan parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Keputusan rasmi pemilihan pusat hanya akan diumumkan pada Ahad ini sempena Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya.

Mustaffa sebelum ini dua kali meminta proses pengundian ditangguhkan dan pemilihan baru diadakan.

Bagaimanapun JPP memutuskan untuk meneruskan pemilihan sebagaimana telah dijadualkan. Proses pengundian pemilihan pusat ini diadakan selama 10 hari dan Ahad lalu adalah hari terakhir.

“Saya ingin menegaskan bahawa perjalanan pemilihan beberapa hari yang lalu masih belum memuaskan. Unsur-unsur kelompongan yang paparkan dalam memorandum lalu masih berterusan.

“Beberapa aduan tambahan sedang dalam proses dan beberapa orang calon juga sedang memfailkan beberapa kes khusus untuk disiasat,” kata Mustaffa dalam satu kenyataan 16 November lalu.

Bagaimanapun beliau meneruskan saingannya dalam protes.

“Dalam erti kata kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan.

“Saya tetap berpendirian yang juga mewakili sejumlah anggota yang signifikan, bahawa pemilihan 2010 mestilah ditangguhkan bagi memberi masa segala aduan dan bantahan ditangani, proses penambahbaikan JPP, logistik dan semua persiapan pemilihan,” katanya sebelum ini.

Tidak ada aibnya kepimpinan mendengar keluhan akarumbi dalam persoalan ini. Malahan rakyat Malaysia akan melihat betapa kepimpinan PKR benar-benar peka dengan sebarang permasalahan, bermula dengan pengendalian persoalan dalaman dan kemudiannya keluhan rakyat keseluruhannya.

Dalam ulasan hari ini, Mustaffa menambah beliau masih berpendirian bahawa JPP dan pimpinan parti mesti menyelesaikan kesemua aduan mengenai kecacatan dan kepincangan pemilihan mesti diselesaikan sebelum kongres hujung minggu ini.

“Saya berharap semua ini akan ditangani oleh JPP dan pihak kepimpinan parti sebelum Kongres kerana masih ada aduan yang tidak ditangani sehingga sekarang,” kata beliau sambil menambah, pihaknya tiada rancangan untuk membuat desakan terbaru.

“Apa yang dikemukakan sudah mencukupi,” katanya.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dah tau dari sebelum pemilihan lagi heboh dengan penyelewengan, tapi dia ni tetap juga masuk bertanding, patutnya sebagai tanda protes dia ni jangan bertanding. Agaknya kalau dia ni menang lah, ingat dia nak cakap ke pasal penyelewengan? Get some grip la Mus.

    ReplyDelete
  2. Nazaruddin,cabang slim

    Dah KALAH MELENTING,KALAU MENANG SATU ABUK PENYELEWENGANPUN DITENDANG, Hai kah sikap ketua yg salah dipilih oleh cabang,org camnilah perusak parti,terikut2 cara umnopot,hai dunia2.

    ReplyDelete
  3. DSAI adalah seorang Pemimpin dan Pejuang yg unggul abad ini,setelah melalui liku2 dugaan yg amat berat dan membuatkan beliau dan keluarga merana, tetapi semangat berjuang tidak pernah padam dlm kamus hidup beliau.Semangat ini lah yg harus di contohi oleh golongan muda masa kini.Rasulullah pada zaman nya juga pernah di caci dan di hina dlm menegakkankan Kebenaran dan KeAdilan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post