Musuh PKR ialah mereka yang tidak mahu keadilan

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang juga Penyelaras Pakatan Rakyat , Datuk Zaid Ibrahim berkata musuh utama PKR ialah orang yang tidak mahu melakukan keadilan.

"Musuh kita bukan A, B, C, D tetapi musuh kita ialah orang yang tidak mahu melakukan keadilan.

"Kalau hendak buat reformasi mesti bermula dari diri kita dahulu, diri kita mesti betul.

"Kita semua membuat pengorbanan cuma berbeza sahaja. Pengorbanan bukan dilakukan oleh seorang sahaja tetapi semua orang," kata bekas menteri undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertemuan dengan pemimpin PKR Wilayah Persekutuan malam tadi.

Zaid yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR menegaskan sejak mula lagi beliau sangsi dengan proses pemilihan PKR.


Menurutnya, beliau yakin ada yang tidak betul berlaku dalam pemilihan PKR kali ini.

Katanya, Jawatankuasa Pemilihan (JKP) melakukan tanggungjawab dengan telus tetapi tidak kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Saya dukacita kerana banyak bantahan, segala kepincangan dan kelemahan tetapi sampai hari ini tidak ada tindakan yang diambil.

"…(Dan) Parti tidak mengambil tindakan," katanya.

Zaid berkara, pemilihan PKR bukan soal kalah menang tetapi mengenai demokrasi dan kebertanggungjawaban.

Dalam pemilihan semalam Zaid menang di cabang Kota Belud, Pasir Mas, Kudat dan Keningau.

Dua lagi yang bertanding jawatan timbalan persiden PKR ialah Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.

PKR melaksanakan pemilihan secara langsung di mana ahli peringkat akar umbi terlibat secara langsung.


Free Malaysia Today

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. DSAI hilang kredibiliti...Tahun depan Pemilihan PKR WAJIB pertandingkan jawatan KETUA UMUM.

    ReplyDelete
  2. Panas dipagi 8/11/2010 yang dingin, Zaid Ibrahim dah blah...dan menbuat kenyataan yang " semak perut" kepada PKR. Tahniah PKR...akhirnya pecah perut jua...selamat kerumah tiang 2 diatas (kubur lee..)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post