Tidak dapat kita nafikan.. jumlah yang mengundi Dato Zaid dalam Pemilihan PKR ini adalah tinggi, beliau diundi kerana beliau adalah pemimpin PKR yang turut bertanding membawa wawasannya yang tersendiri.. Tapi rasanya untuk turut menyertai 'PKR Baru' yang dicadangkan oleh beliau adalah sesuatu yang tidak mungkin bagi yang telah lama bersama dengan PKR ..
Kita berperang dalam rumah saja.. kalau sampai nak melompat keluar rumah menjadi Panglima Perang Anwar Ibrahim yang ke 45 melompat keluar.. (ada orang kata yang ke 51) kemudian menyerang.. saya rasa itu kurang bijak.. dan bagi yang telah diistiharkan kalah dalam pemilihan yang lalu.. he..he.. lagi 3 tahun kita berperang lagi..
Teliti semula hasrat tubuh parti baru, Azmin nasihati Zaid
SHAH ALAM, 12 Nov — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang mendahului persaingan jawatan timbalan presiden menasihatkan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim meneliti semula sebarang hasrat untuk menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat atau disingkirkan daripada parti itu.
Menurut Azmin, cadangan itu diharap tidak akan berlaku kerana mengikut fahamannya, Zaid menyertai PKR dengan semangat untuk bersama-sama dengan pimpinan dan anggota PKR bagi meneruskan agenda reformasi serta melakukan perubahan.
Zaid, bekas pemimpin Umno, menyertai PKR pertengahan tahun lalu dan kini beliau juga merupakan penyelaras Pakatan Rakyat.
“Dalam konteks ini, kita berharap beliau dapat meneliti semula keputusan itu dan dapat meneruskan perjuangan dalam semangat muafakat untuk bersama-sama dengan PKR bagi meneruskan agenda perubahan,” katanya di sini hari ini.
Azmin mengulas kenyataan Zaid yang tidak menolak kemungkinan menubuhkan parti baru sekiranya dipecat daripada PKR kerana membuat saranan supaya penasihat parti itu Datuk Anwar Ibrahim dan naib presiden itu sendiri supaya berundur.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal dihadapi Zaid berikutan kenyataannya itu, Azmin dipetik Bernama berkata, perkara itu akan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk menentukan bentuk tindakan kepada mana-mana anggota PKR yang telah melakukan kesalahan berdasarkan perlembagaan dan peraturan parti.
“Jawatankuasa disiplin kena buat cadangan pada Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat untuk diputuskan dan setakat hari ini kita belum terima sebarang cadangan daripada jawatankuasa disiplin. Kita akan teliti sebaik sahaja kita terima,” katanya.
Isnin lalu, Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan juga melepaskan semua jawatan dalam parti itu dengan alasan “terdapat penipuan dalam pemilihan”.
Berikutan keputusan Zaid itu, pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kini melibatkan Azmin dan Mustaffa Kamil Ayub.
Berdasarkan pengundian lima hari pertama, Azmin telah mengumpulkan 6,467 undi manakala Zaid di tempat kedua dengan 3,988 undi manakala Mustaffa pula 1,215 undi.
Zaid memutuskan untuk menarik diri atas dakwaan proses pemilihan diselubungi kecacatan dan manipulasi.
The Malaysian Insider
Kita berperang dalam rumah saja.. kalau sampai nak melompat keluar rumah menjadi Panglima Perang Anwar Ibrahim yang ke 45 melompat keluar.. (ada orang kata yang ke 51) kemudian menyerang.. saya rasa itu kurang bijak.. dan bagi yang telah diistiharkan kalah dalam pemilihan yang lalu.. he..he.. lagi 3 tahun kita berperang lagi..
Teliti semula hasrat tubuh parti baru, Azmin nasihati Zaid

Menurut Azmin, cadangan itu diharap tidak akan berlaku kerana mengikut fahamannya, Zaid menyertai PKR dengan semangat untuk bersama-sama dengan pimpinan dan anggota PKR bagi meneruskan agenda reformasi serta melakukan perubahan.
Zaid, bekas pemimpin Umno, menyertai PKR pertengahan tahun lalu dan kini beliau juga merupakan penyelaras Pakatan Rakyat.
“Dalam konteks ini, kita berharap beliau dapat meneliti semula keputusan itu dan dapat meneruskan perjuangan dalam semangat muafakat untuk bersama-sama dengan PKR bagi meneruskan agenda perubahan,” katanya di sini hari ini.
Azmin mengulas kenyataan Zaid yang tidak menolak kemungkinan menubuhkan parti baru sekiranya dipecat daripada PKR kerana membuat saranan supaya penasihat parti itu Datuk Anwar Ibrahim dan naib presiden itu sendiri supaya berundur.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal dihadapi Zaid berikutan kenyataannya itu, Azmin dipetik Bernama berkata, perkara itu akan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk menentukan bentuk tindakan kepada mana-mana anggota PKR yang telah melakukan kesalahan berdasarkan perlembagaan dan peraturan parti.
“Jawatankuasa disiplin kena buat cadangan pada Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat untuk diputuskan dan setakat hari ini kita belum terima sebarang cadangan daripada jawatankuasa disiplin. Kita akan teliti sebaik sahaja kita terima,” katanya.
Isnin lalu, Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan juga melepaskan semua jawatan dalam parti itu dengan alasan “terdapat penipuan dalam pemilihan”.
Berikutan keputusan Zaid itu, pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kini melibatkan Azmin dan Mustaffa Kamil Ayub.
Berdasarkan pengundian lima hari pertama, Azmin telah mengumpulkan 6,467 undi manakala Zaid di tempat kedua dengan 3,988 undi manakala Mustaffa pula 1,215 undi.
Zaid memutuskan untuk menarik diri atas dakwaan proses pemilihan diselubungi kecacatan dan manipulasi.
The Malaysian Insider
apa , pemimpin pkr takut ke kalau zaid tubuh parti baru ramai ahli2 pkr turut zaid? pkr ni parti keluarga!
ReplyDeleteParti Keluarga ka.. Parti Tupperware ka.. aku tak peduli.. asal menentang saja UMNO aku tetap sokong!!
ReplyDeleteanons:6.05
ReplyDeleteBukan takut tapi the people with nut principles buat apa pun tak menjadi. Ahli berhak menjadi mana-mana parti asal asas perjuangan nya kukuh dan tidak separuh jalan.
PKR parti keluarga tu..... apakah UMNO bukan parti keluarga? Najib sepupu dengan Hishamuddin, Mukhriz anak Mahathir dan ramai lagi dikalangan pemimpin UMNO yang ada sakat.
wa tabik lu.....hancusss umnoapco!
ReplyDeletewa satu line ngan bro ASD...asal menentang saja UMNO aku tetap sokong...walaupun DAP..he2!!
ReplyDeletenasihat saya kepada azmin...
ReplyDeletesebelum bertindak dan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar peraturan parti, siasatan perlu dilakukan dahulu terhadap proses undian pemilihan kepemimpinan PKR kerana aduan penyelewengan telah dilakukan dan jumlahnya adalah banyak.
Ini adalah kerana sebelum memperbetulkan pihak lain, pastikan tiada kesilapan dalam proses pemilihan tersebut.. Jika telah diambil tindakan secara telus dan sah tiada penyelewangan berlaku dalam pemilihan maka baru boleh bangkit soal tindakan disiplin. Jangan lupa semua masalah yang berlarutan ini berlaku disebabkan ketidakpuasan dalam pemilihan pucuk kepimpinan PKR itu sendiri... :-)
Achmad Abdollah
kalau dah dasar otak penuh onar...dduk dalam parti mana pun akan bikin onar.. tak mengapa dia tubuh parti baru esok2 anwar keluar pkr atau pkr bubar ramai2 masuk pulak ke parti baru dato zaid tu..kacau pulak parti tu.. lepas tu keluar lagi dan tubuh parti baru lagi... haha.. seronok nya tengok dorang pindah randah parti... yg kekal UMNO lah jugak... haha
ReplyDeleteDatyk Zaid.... ambil iktibar dari Semangat 46 yang tiada sambutan. Bersara dari politik dan tumpu kpd perniagaan. itu yang datuk buat terbaik. Keuntungan dari perniagaan salurkan sikit kpd parti2 yg mendokong dan memperjuangkan Islam.
ReplyDeleteCabang Petra jaya,
ReplyDeleteumno/bn,adalah matlamat kita nak hancurkan parti kurup 50thn putarbelit rakyat,namun rakyat tak serik2 pembohongan mereka,sampai mampus pun matlamat kami ingin hancurkan umno/bn.....itu agenda kami,kami tak peduli parti lain,pembohongan di kaca tv1,3,7 bukan nak pangil rakyat percaya,malah lebih meluat lakonan mereka bersekongkol dgn umno/bn,kau bohonglah sampai kiamat pun kami tetap tak caya,kami dah kata berulang2 UMNO ITU TAIK,TAIK ITU UMNO,pencacai nya makan taik.....dot.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!