Pejabat Agung PAS terbakar



KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Bagaimanapun kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.

Kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas Pejabat Agung itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.


Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah.

Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi.

Menurut seorang kakitangan, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.

Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.

Bangunan itu secara asasnya dibeli dengan harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.

Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta dengan berkata kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

Bangunan itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai sebbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5.


HarakahDaily

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ada Brutus dalam PAS?

    ReplyDelete
  2. Kalau komen bukan orang2 PAS dan PR..

    "ini mungkin ada berlaku lintas-pintas eletrik..menyebabkan kebakaran"

    "ini takdir Allat SWT...dah ketentuanNYA'

    Kalau komen orang2 PAS dan PR..

    "Ini mungkin orang2 politik bermusuh dengan kami yang lakukan"

    "Mungkin mereka ni dah terdesak, sanggup laku apa saja..."

    "takan boleh terbakar tanpa sebab..mesti ada orang dengki dgn kami.."

    Hang pikiq siapa pula yang lakukan..

    ReplyDelete
  3. Ketentuan Allah,Manusia hanya terdaya merancang dan ketentuan dari Allah,muhasabah diri adalah sebaiknya.

    p/s : Salam TT,minta jasa baik add blog ana pd blog anta demi perjuangan bersama..TK,Jazakkallah

    http://waksab.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Mungkin juga seseorang telah terkunci sejak semalam.. oleh kerana dia tension, dia pun bakar laa.. bila bomba datang dapat la dia balik rumah.. hehehe

    Kalau dah ada yg mengaku terlupa matikan suis cerek tu, maknanya kesilpan sendiri laa..kita kan manusia, tak lari dari kelemahan. Sifat terlupa tu lumrah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post