Pemilihan PKR : Tangguhkan?? Maaf la Yeop...

Biarpun Calon bagi Timbalan Presiden sendiri iaitu Mustaffa Kamil Ayub telah meminta supaya pemilihan ini ditangguhkan dahulu bagi menyelesaikan semua isu yang timbul dan dipertikaikan terlebih dahulu..

Biarpun Mustaffa Kamil Ayub telah berkata “Kita tidak mahu anggota parti sendiri ditipu dan dizalimi oleh kerana kepentingan pihak tertentu sepertimana apa yang kita perjuangkan untuk memberi keadilan untuk semua.”

Namun pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pemilihan ini tetap meneruskannya juga.. mereka meneruskan tanpa mempedulikan permintaan Mustaffa Kamil sendiri.. seolah-olah ada agenda yang mahu mereka capai dengan segera..

Mereka meneruskan hingga ada pihak yang berkata betapa kemaruknya pimpinan PKR untuk mempastikan calon-calon pilihan mereka cepat-cepat dinobatkan ke jawatan-jawatan yang ditentukan.

___________________________________________

Pemilihan PKR yang memasuki minggu kedua hari ini menyaksikan sebanyak 12 cabang lagi akan meneruskan pengundian mereka bagi memilih calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan pemimpin sayap-sayap parti.

Cabang tersebut meliputi dua negeri - 11 di Sabah dan satu cabang di Pasir Mas, Kelantan akan menjalankan pemilihan mereka pagi ini.

Proses pengundian akan berjalan antara 10 pagi hingga 4 petang. Keputusannya pula dijangka lebih awal berbanding minggu lalu ekoran jumlah cabang yang terlibat lebih sedikit.

Selain bagi menentukan nasib calon bertanding, peratus keluar mengundi antara tumpuan pemerhati politik hari ini.

Minggu lalu, kehadiran dalam pemilihan PKR amat rendah apabila hanya 9 peratus sahaja yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

PKR mempunyai kira-kira 400,000 anggotanya di seluruh negara.

Manakala sebanyak sembilan cabang - kesemuanya di Sabah - lagi akan mengadakan pemilihan mereka keesokan hari.

Daripada 68 cabang yang telah mengadakan pemilihan mereka minggu lalu, naib preisden Azmin Ali mendahului bagi jawatan timbalan presiden dengan sejumlah 3,051 undi.

Manakala pesaing rapatnya, Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pula memperolehi 2,529, sementara Ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ini adalah tanda2 kehancuran PKR selepas pemilihan kali ini...tunggu dan lihat aje, sebelum menjelang 2011 nanti...mereka akan hancur bagai segelas cawan kaca yang dijatuh ke batu.

    ReplyDelete
  2. Samat cakap,

    PKR parti hanya pada nama,bersandarkan DS Anwuar,kalau DS Anwuar tak ada kes tu,kemponan lah YB2 PKR duduk Kerusi empuk parlimen,sedarlah dimana wujudnya kita...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post