Pemilihan PKR : Wujudkah elemen manipulasi dalam kiraan undi?

Oleh Rahmah Ghazali

PETALING JAYA: Pertarungan untuk jawatan timbalan presiden PKR mencipta senario baru apabila para penyokong Dato’ Zaid Ibrahim mendakwa kemungkinan wujud elemen manipulasi dalam pengiraan undi terbaru yang dikeluarkan oleh ibu pejabat PKR semalam.

Firdaus Christopher, pembantu khas Zaid, berkata, untuk semata-mata menyalahkan "kesilapan manusia" atas kesalahan pengiraan undi yang pertama tidak menjamin ketepatannya.

Sebelum keputusan rasmi diumumkan, pihak media tersentak dengan maklumat dari ibu pejabat bahawa Ketua PKR Wilayah Persekutuan Zaid sedang mendahului dengan selesa dalam perlumbaan merebut jawatan nombor dua itu.


Zaid memperoleh 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya Naib Presiden Azmin Ali dengan 3,051 undi dan calon ketiga, yang juga Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub (1,271 undi).

Bagaimanapun, keputusan itu dipinda oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution petang semalam dan sebaliknya mengumumkan Azmin yang sebenarnya mendahului dalam perlumbaan itu dengan Azmin mendapat 3,051 undi berbanding Zaid (2,529) dan Mustaffa (1,149).

Saifuddin menyalahkan faktor "kesilapan manusia" (human error) dan berkata pengiraan semula telah dibuat berikutan protes dari kedua-dua kem.

Aduan rasmi

Firdaus, yang tidak yakin dengan penjelasan itu berkata aduan rasmi akan dibuat di ibu pejabat PKR di sini.

"Kami mahu sekretariat parti atau JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) memastikan kesilapan seperti ini tidak berulang pada minggu-minggu yang akan datang," katanya.

Sementara itu, agen pilihan raya Zaid, Rashid Azad Khan memberitahu FMT bahawa angka-angka itu menunjukkan Zaid sedang mendahului tetapi angka-angka itu berbeza dengan apa yang disediakan oleh ibu pejabat sebelum diubah.

"Saya sedang menyiasat perkara ini dengan ahli-ahli kami di peringkat akar umbi. Jika kami betul, kami akan buat aduan di ibu pejabat.

Biar kami periksa dulu dan saya akan beritahu esok (hari ini)," katanya.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Azmin mempertahankan keputusan rasmi dengan menegaskan ia tidak sepatutnya dipertikaikan dan pembetulan yang dibuat oleh ibu pejabat adalah wajar.


Free Malaysia Today

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. "Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Azmin mempertahankan keputusan rasmi dengan menegaskan ia tidak sepatutnya dipertikaikan dan pembetulan yang dibuat oleh ibu pejabat adalah wajar".

    kenyataan di atas berbau UMNO aje.. maksudnya kita tidak boleh pertikai samasekali keputusan ibupejabat walaupun dilihat ada keraguan di situ. malang sungguh..

    Jika benar atau dikenalpasti terdapat keraguan, apa salahnya siasat dilakukan untuk memuaskan hati setiap pihak. setiap ahli mempunyai hak menyuarakan pandangan mereka.

    ReplyDelete
  2. Tak payah bising2 lah..kawan2..sebenar perkara yang berubah adalah satu arahan dari seseorang yang semua orang tahu, sapa dia...saja dok media dok bising2...cakap aje le....sapa yang minta tukar jumlah pengundi...bodoh + tolol = jadi tongkol

    lepas tu kata ada orang UMNO pi tukar...lagi bodoh + tolol = jadi tongkol

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post