
Pendapat aku.. kata-kata Zahid itu salah.. yang dibenci didalam PKR ialah beberapa kerat pemimpin yang dilaporkan terlibat dengan penipuan untuk membolekannya mendapat undi yang banyak sebagaimana yang telah dilaporkan kepada JPP.
Contohnya.. Ada yang menghubungi Ketua-ketua cabang memberikan nasihat agar seluruh undi dari cabang tersebut diberikan kepada Calon pilihannya kemudiannya menafikan yang beliau telah menghubungi Ketua Cabang itu.. ada juga yang menghubungi Calon yang bertanding agar menarik diri supa memudahkan laluan bagi Calon pilihannya, juga menafikannya..
Yang menakjubkan ialah penafian dibuat dihadapan Ketua Cabang yang telah dihubunginya, ketika beliau menghubungi Ketua Cabang itu, Ketua Cabang itu pun bukannya keseorangan..
Tidakkah itu menipu namanya??
Nama yang tidak tersenarai sebagai ahli di dalam daftar Ahli juga boleh ditambah pada hari pengundian dan berbagai-bagai kesalahan lagi yang aku sendiri sudah malas nak menulisnya..
Jawatankuasa Pemilihan Parti juga sepatutnya bersifat lebih baik dari Suruhanjaya Pilihanraya yang selama ini kita pertikaikan kreibilitinya.. bukan menjadi Jawatankuasa Pelingkup Parti
Ramai yang benci dengan penipuan ini.. buktinya sila lihat pada kehadiran di Kongress.. buat Kongress AMK ramai yang memberitahu aku didalam Chatting di FB yang mereka tidak mahu pergi kerana protes pasal pemilihan..
Zahid juga silap jika berkata "Kebencian terhadap BN yang tersemai dalam diri anggota PKR telah dapat diatasi dengan kebenaran, yang dahulunya telah ditutup oleh kebencian melampau,"
Kebencian terhadap BN yang telah tersemai sebenarnya tetap subur di hati dan tidak pernah berkurangan sedikitpun terutama sekali terhadap penyalahgunaan kuasa oleh hampir kesemua pemimpin UMNO/BN.. Salahguna kuasa untuk memperkayakan diri dan kroni!
Kebencian terhadap PKR pula ialah hanya kebencian terhadap beberapa orang pemimpin yang dilihat menafikan apa saja dakwaan yang dikemukakan ahli terhadap JPP (Jawatankuasa Pelingkup Parti).. perasaan benci yang boleh disifatkan hanya sementara jika ada aduan disiasat secara bebas.. bukan semua aduan.. sedikit pun sudah memadai.
Jadi Zahid.. biarpun ada antara kami yang membenci PKR itu bukan kerana kami benci PKR, tapi kerana kami benci pemimpin yang membawa budaya menipu UMNO didalam PKR.
Dan itu tidak bermakna ada yang mula sayang pada UMNO/BN!!
Kebencian Terhadap BN Mula Terhakis Berikutan Krisis Dalaman PKR
BAGAN DATOH: Kebencian terhadap Barisan Nasional (BN) yang ditanam oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), terutama semasa pilihan raya umum lepas, kini mula terhakis berikutan pergolakan kepimpinan yang berlaku dalam parti itu sekarang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata tindakan keluar parti oleh anggota PKR dan menentang kepimpinan parti itu merupakan satu musibah akibat perbuatan mereka yang dahulunya membenci BN.
"Kebencian terhadap BN yang tersemai dalam diri anggota PKR telah dapat diatasi dengan kebenaran, yang dahulunya telah ditutup oleh kebencian melampau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Bagan Datoh, semalam.
Ahmad Zahid berkata ramai anggota PKR di peringkat akar umbi telah sedar bahawa BN adalah sebuah parti yang boleh menyumbang untuk kebajikan rakyat.
"PKR juga perlu sedar, jangan menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada DAP yang hanya menguntungkan orang lain dan bukan kepada PKR itu sendiri," katanya.
Beliau berkata mereka yang telah meninggalkan PKR wajar menyokong BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempunyai Gagasan 1Malaysia yang boleh menguntungkan rakyat.
Bernama
Hellooo bro!!!!Siapa benci PKR...tolong sikit. Jangan nak perasaanlah. Kumpulan kau tu yang dibenci dan sekarang buang tebiat...macam rimau nak mati dan nafas terakhir...macam mana ganasnya. PR perlu bersedia...kalau menang PRU nanti...terus tangkap kepala-kepala polis dan askar...bukan apa...takut pihak yang kalah umpan duit suruh depa merusuh...
ReplyDeleteKalau orang dah tak suku PKR adakah orang akan sokong UMNO, tentu tidak dan orang tiada parti lain nak sokong. Mungkin orang tak nak mengundi lagi.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!