
Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata, presiden perlu mengawal dan menyelamatkan parti itu daripada krisis pilihan raya terutama berhubung keraguan terhadap keputusan undi di Libaran.
Menurutnya, jumlah pengundi yang keluar sebanyak 60 peratus di cabang Libaran amat mencurigakan berbanding lima ke tujuh peratus pada pemilihan ketua cabang lalu.
“Keputusan undi Libaran (memang) mengagumkan tetapi tidak munasabah. Banyak keraguan terhadap integriti proses pilihan raya. Oleh itu, kita perlu ambil keputusan muktamad untuk menunjukkan parti ini bebas daripada ketidakadilan.
“Sekarang, sama ada kita suka atau tidak, kredibiliti dan imej Keadilan (PKR) terlalu rendah,” katanya dalam surat terbuka kepada Wan Azizah, semalam.
Jonson Chong turut mencadangkan satu firma audit bebas dan profesional dilantik bagi meneliti keputusan undian.
Menurutnya, beliau akan menerima keseluruhan keputusan pilihan raya itu jika keputusan di Libaran terbukti bebas daripada sebarang ketidakadilan,.
“Saya percaya semua calon akan melakukan perkara sama. Jika keputusan audit pilihan raya menunjukkan sebaliknya (tidak telus), satu penyelesaian perlu diputuskan pada kongres nasional akan datang iaitu sama ada untuk membatalkan keputusan atau tidak,” katanya.
Sinar Harian
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!