KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.
"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.
Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.
Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.
Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.
Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.
Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.
"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.
"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.
Harakahdaily
kah kah kah.....mahyudin jadi tunggul la ko....dayus apa org UMNO ni, Sape rosmah nak wakil PM...BANGANG punya BN. DAYUSSSSS
ReplyDeleteTu la hampa bodoh...yang tu pun tak leh pikiq...TPM dah ada jadual lain...PM sakit bukan ada jadual...hampa ingat sakit tu nak mai,sakit tu nak bagitau ka??inilah kata pertindihan jadual...TPM bukan superman...
ReplyDeleteP/S..Bezanya manusia dengan binatang adalah manusia memiliki otak yang boleh berfikir...binatang tak leh berfikir..kira makan berak aje..
Woit Anonymous 12:11..
ReplyDeleteJanganlah komen sampai nampak yang hang tu bodo sangat..
Hang ingat jawatan PM tu milik Najib sekeluarga ka? kalau dia sakit bini boleh ganti..
Kalau hang pulak sakit.. Bini hang boleh pi ganti tempat hang ka kat tempat kerja hang?
rasanya hang yang tak boleh berfikir macam yang hang tulis tu..
Ya betul.. Kok iyapun kalau TPM sibuk kempen kat Galas x kan x boleh minta Samy Vellu atau G.Palanivel ganti ke?
ReplyDeleteNampak sangat PM kita ni ikut cakap bini..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!