Saifuddin.. kami bukan BODOH!

Mustaffa Kamil Ayub yang telah memberikan tempoh 48 jam kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya menghentikan pemilihan 2010 ini telah mendakwa 162 aduan kepincangan atau salah laku atau apa yang sepatutnya tidak dibenarkan berlaku tetapi telah berlaku dalam Pemilihan 2010 ini.

Tetapi menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR, kenyataan yang sekaligus menafikan dakwaan dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bahawa lebih banyak aduan dibuat terhadap perjalanan pemilihan PKR.

Jika Saifuddin mengatakan hanya enam aduan rasmi yang telah dikemukakan kepada JPP bagaimanapula dengan sebahagian laporan salahlaku yang telah diserahkan kepada JPP yang disiarkan oleh UrekaAsia di SINI jumlahnya kelihatan lebih dari enam nampaknya.. tak tahulah pula.. mungkin blog tersebut juga berniat jahat terhadap PKR ..


Dalam menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap akan meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden , Saifuddin berkata “Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi,” dan “Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,”

Sokongan kuat akar umbi?? Kuatkah sokongan jika yang turun mengundi di kebanyakkan Cabang jumlahnya tidak melebihi 30% malah di Permatang Pauh sendiripun tak sampai 5%, Adakah peratusan itu cukup bagi mengatakan akar umbi menyokong kuat? Sabah lain cerita..

Saifuddin juga menegaskan bahawa daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan pengundian, Zaid menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang.

Bagi yang mencari rezeki dengan memakan gaji.. apabila anda menyerahkan notis meletak jawatan biarpun setelah dipujuk anda pasti akan mendengar ayat yang berbunyi lebih kurang begini “ Nak Resign jugak ka? Ish.. management dah bincang untuk menaikkan gaji anda” atau ayat ini “ Resign jugak? Company baru saja nak beli kereta untuk kegunaan awak” ataupun ayat ini “Saya dah proposed untuk kenaikkan pangkat awak kepada top management.. awak nak resign jugak….”

Tujuan sebenar ayat yang anda pasti akan dengar bila meletakkan jawatan setelah dipujuk itu ialah cuma untuk menimbulkan perasaan kesal didalam diri anda terhadap tindakan anda meletakkan jawatan.. sama dengan ayat Saifuddin diatas tu..

Ayat ini pula.. “Jika ada unsur manipulasi, Zaid tidak akan menang di satu cabang pun,”.. adalah sama dengan ayat ini "jika SPR tidak adil, pembangkang tak boleh menang walau satu kerusi pun di Parlimen, tak boleh rampas satu negeri pun di negara ini." Ayat siapa??

Itu adalah ayat yang telah dikeluarkan oleh pemimpin UMNO dalam membela SPR yang dipertikaikan kredebilitinya oleh kita..

Saifuddin.. Ahli PKR menyokong PKR kerana mereka tidak bodoh untuk menyokong UMNO.. jadi janganlah cuba memperbodohkan kami..

Ini buat teman-teman yang membaca blog ini.. ramai yang menyuarakan akan kehairanan mereka dengan gaya penulisan aku sejak akhir-akhir ini.. ada yang mengatakan seolah-olah aku berada dipihak sana (Pihak UMNO la).. sebenarnya tidak.. aku tetap berada di sini.. aku mengkritik sebegini rupa kerana aku telah mendengar dan melihat dengan mata aku sendiri kepincangan yang telah berlaku.. Aku mengkritik sebegini rupa kerana aku hanya mahukan satu Pemilihan yang telus dan adil buat semua yang bertanding..

Bukti yang ada jika didedahkan akan mengundang malapetaka buat para pemimpin yang bertanding baik Dato Zaid mahupun Azmin.. Mus tak ada.. dan pasti akan digunakan oleh UMNO untuk menyerang kita bila PRU tiba..

Aku tak kisah siapapun yang menang sebagai Timbalan Presiden biar Azmin atau Dato Zaid mahupun Mustafa Kamil (Yeop) sekalipun aku tetap akan menyokong mereka, kerana bagi aku mereka adalah ahli PKR sebagaimana aku juga…

Kalau diperhatikan Blog aku ini banyak menyiarkan artikel berkaitan Dato Zaid ini hanya kerana aku sedar kebanyakkan yang menjenguk blog yang tidak seberapa ini adalah Ahli PKR yang bila mereka menjenguk Suara Keadilan Online mereka jarang melihat artikel mengenai Dato Zaid yang jelas tidak adil buat seorang Ahli PKR yang diangkat sebagai pemimpin oleh Ahli PKR sendiri yang bertanding dalam Pemilihan ini..

Dan buat yang kata aku orang UMNO tu... hmmm.. Kepala Hotak Hang!


Berita berkaitan

Pemilihan pusat PKR tetap diteruskan, kata SU Agung

PETALING JAYA, 9 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden ekoran dakwaan wujudnya manipulasi dan kecacatan dalam proses pengundian.

Ketika menyatakan pendirian tegas parti itu petang, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga menolak dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa proses pengundian pemilihan pusat telah dimanipulasi.

“Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Proses pengundian yang bermula dua minggu lalu akan berakhir 21 November ini.

Saifuddin menegaskan bahawa daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan pengundian, Zaid menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang.

Dalam pada itu seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, yang memberikan kata dua kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pagi tadi, menang di 11 cabang.

“Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,” kata Saifuddin.

Bagaimanapun Azmin mendahului dua pesaingnya dengan memperoleh 4,378 undi berbanding Zaid yang mengumpulkan 3,410 undi manakala Mustaffa pula 1,181 undi.

“Jangan jadikan sekretariat atau jawatankuasa pemilihan kambing hitam jika calon gagal untuk memobilisasikan jentera mereka,” kata Saifuddin.

Semalam, Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan proses pemilihan dicemari kecacatan dan manipulasi undi.

Keputusan itu ekoran pemerolehan undi dalam jumlah yang besar oleh Azmin dari Sabah pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pagi tadi, Zaid meminta agar pemilihan ditangguhkan, langkah yang turut disokong oleh Mustaffa.

Mustaffa memberi kata dua agar pemilihan semasa dibatalkan dan proses pengundian baru diadakan.

Menurut Mustaffa beliau akan menghantar memorandum komprehensif kepada parti bagi membuktikan kecacatan pemilihan.

Saifuddin juga membacakan surat yang dihantar oleh Zaid pada 5 Oktober lalu, yang menyenaraikan tujuh cadangan dilaksanakan oleh parti sebelum beliau boleh bertanding dalam pemilihan.

Katanya, pelantikan ejen pengundian dan pengiraan, nombor bersiri pada kertas undi, pembersihan daftar pemilih, ruang pengundian berasingan, waktu mengundi tetap dan pengecualian yuran untuk layak mengundi adalah perkara disyorkan oleh Zaid.

“Beliau menuntut peti undi lutsinar, tetapi ini tidak boleh dilaksanakan sebab tidak ada sumber kewangan yang secukupnya,” kata Saifuddin.

“Hakikatnya, Datuk Zaid telah bersetuju untuk menerima pencalonan dan sudah pun separuh jalan dalam pemilihan,” katanya lagi.

Saifuddin juga menyenaraikan nama pemimpin yang tewas dalam pemilihan bahagian tetapi masih kekal bersama parti.

“Pemilihan ini juga menyaksikan kekalahan pemimpin yang ada bersama parti sejak penubuhan, tetapi mereka tewas di peringkat bahagian,” kata Saifuddin.

“Datuk Kamarul Baharin Abas, sebagai contoh, merupakan bekas bendahari, setiausaha agung tetapi tewas di Teluk Kemang di tangan YB M. Ravi,” kata beliau.

Pemimpin-pemimpin lain yang kalah termasuk Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong di Petaling Jaya Utara, Exco Kerajaan Negeri Kedah Lim Soo Nee (Kulim Bandar-Baharu) dan seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor Rodziah Ismail (Shah Alam).

“Elizabeth Wong membuat aduan tetapi beliau tenang sementara menanti keputusan mengenai aduan beliau,” katanya lagi.

Mengenai status Zaid, Saifuddin berkata, jawatankuasa pemilihan akan menentukan sama ada pengumuman beliau dalam blognya sudah cukup memadai.

“Tiada makluman (lagi), hanya menerusi blog. Tetapi jawatankuasa pemilihan akan memutuskan,” kata Saifuddin lagi.


The Malaysian Insider

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sabar bro..., lu kalau nak jadi orang PKR.. lu tak boleh kutuk/tegur pimpinan PKR.. depa tu semua maksum.. hehehe..

    Nasib baik lu kena tuduh "orang umno".. gua nih kutuk/tegur punya pasal terus kena label "Musang berbulu ayam" dan "Blogger Lalang" beb...

    Masa konvensyen PKR nanti cadangkan lah suruh tambah dalam perlembagaan parti "Ahli bawahan tak boleh tegur salahlaku Pemimpin Atasan, hendaklah memuji dan di ampu setiap masa"

    kah..kah..kah....

    Hang ada ka... rakaman RM25 ribu tu... kat tempat hang kan... hehehe...

    ReplyDelete
  2. tahniah amno krn bjaya mengucar-kacirkn lwn...

    ReplyDelete
  3. kepada pemimpin-pemimpin PKR tak kira dalam akar kah... tanah... ka umbi ka.... hata yang atas langit pun.... kamu berebut jawatan aku dan 2 kawan aku ni tak kisah punya... tapi ingat perjuangan untuk rakyat seperti aku dan 2 kawan aku lagi ni adalah yang ultimate... ada paham kaaaaaa.......

    ReplyDelete
  4. Tu la... Anwar tak nak dengar cadangan aku, kalau tak, tak jadi camni.

    Bukan ke Anwar nak sangat Azmin jadi Timbalan Presiden, lantik jelah terus, Azizah jadi Presiden, Azmin Timbalan & Nurul Izzah Naib.

    Tak payah buang duit dan buang masa buat pemilihan. Bukan ke kata - kata Anwar kata - kata keramat, siapa menentang Anwar akan dianggap sebagai penyokong UMNO dan ingin menbuat kacau.

    Jangan lupa Anwar itu sendiri bekas UMNO, dia hanya menentang UMNO apabila diusir dari UMNO.

    Lu fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  5. Sdr ASD,

    Sokong sangat pandangan ini. Sebagai seorang ahli PKR yang tidak terlibat secara langsung dalam politik, dan inginkan keadilan bertapak di tanah air ini, tentulah kita ingin melihat PKR dalam bentuk yang lebih baik daripada UMNO atau BN. Tetapi, apa yang telah berlaku melalui Pilihanraya JPP menunjukkan bahawa gila kuasa merasuk kepimpinan PKR hingga membiarkan salahlaku dalam proses pemilihan berterusan. Mungkin kepimpinan PKR fikir penyelewengan ini orang tak tau, jadi buatlah sahaja asalkan boleh merebut kuasa.

    Kami, yang tidak ada apa-apa kepentingan tentlah kecewa kerana meletakkan harapan kepada PKR, tetapi diselewengkan.

    Apa hebatnya Azmin? Sampai DSAI boleh bersekongkol untuk memenangkan beliau. Mungkin ada sesuatu yang lebih besar, yang kami tidak tahu.

    Demi menghadapi PRU13, buatlah perubahan drastik untuk meyakinkan rakyat bahawa PKR adalah alternatif yang lebih baik daripada UMNO atau BN.

    ReplyDelete
  6. Memang bodoh pun hehe sbb lain kali nak kondem siasat dulu...Melayu memang bodoh.

    ReplyDelete
  7. salam ASD...runGkaian yg HEBAT dan terbaekkk.. Aku SOKONG sangat2 dgn ketidak-telusan JPP dan pejabat SUA...awat JPP senyap sja dr.molly chia mana p? awat SUA yg umum dan bagitau Komplen ada berapa dan awat JPP tak umum pun?

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Pada pendapat saya, jgn kita percaya 100% pada Zaid. Tindakannya boleh dianggap sebagai sabotaj.

    Kita lihat Tian Chua, Syed Husin, Fuziah, Xavier, Sivarasa dan sudah tentu Wan Azizah serta beberapa orang penting PKR yg lain tiada masalah dgn DSAI dan Azmin. Mereka ini adalah orang-orang yang telah berjuang untuk PKR dari dulu tanpa menunjukkan motif tersembunyi dan cita-cita peribadi serta menunjukkan kesetiaan tak berbelah bahagi.

    Bagi orang-orang yang berada di pihak Zaid pula seperti Gobalakrishnan dan Jeffrey Kitingan.

    Kononnya dia adalah mangsa.Tetapi kita lihat DSAI telah memberi layanan yang istimewa kepada Zaid seperti memberi jawatan penting dlm PKR, meskipun dia masih baru termasuk melantik Zaid sebagai calon PRK dengan mengorbankan calon yang lebih layak(calon tempatan) walaupun DSAI tahu akan akibatnya.

    Selama dia bersama PKR, idea-idea yang diutarakan hanya sekadar lisan, langsung tiada tindakan dan komitmen. Ia hanya sekadar rungutan semata-mata.

    Zaid mendakwa kononya dia mendapat sokongan dari DAP dan PAS. Pada pengamatan saya, mereka lebih gelisah jika ciri-ciri calon begini menang sebagai Timbalan Presiden. Sebab dia dilihat tidak boleh berkerja secara berpasukan. Mungkin akan menyebabkan PR berpecah suatu hari nanti.

    Pada awalnya saya mempunyai keyakinan penuh Zaid tetapi pada situasi sekarang keyakinan itu semakin pudar. Pada saya Zaid tidak cukup tabah untuk menjadi pemimpin rakyat!

    Saya masih mempunyai keyakinan pada DSAI dan saya yakin dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk PRU 13 nanti. Itu yang patut kita utamakan. Bergaduh sesama sendiri mengenai pemilihan ini seperti memberi peluru kepada BN. Tiap hari di dada-dada akhbar terpampang isu kelemahan pemilihan PKR.
    Kita juga boleh lihat kebanyakan orang-orang penting PKR lebih bersikap berdiam diri dan tak melayan isu-isu yang dibangkitkan Zaid. Mungkin pengajaran dari peristiwa 16/9. Mungkin lebih baik berdiam diri dari memberi peluru kepada pihak lawan.

    Melihat dari tindakan Zaid, kita boleh tahu siapa sebenarnya "Trojan Horse" sebenarnya. DSAI bukan bodoh. Dia telah belajar banyak dari pengalamannya dan dia tahu siapa dan apa yang patut untuk kepentingan PR dan rakyat...

    ReplyDelete
  9. Anuar ni yang paling peliknya dia x nak pulak bertanding.

    Apa Pasal???????????

    Ni demokrasi apa ni.
    Demokrasi terpimpin?
    Demokrasi Anuar?

    Aku kesian sgt kat PKR terpaksa bergaduh, baling kerusi, tipu sana, tipu sini.

    TAPI,

    Anuar releks jer. Goyang kaki.
    X perlu nak berlawan.
    Dia sendiri yg lantik diri nak jd PM.
    Ini semua Gilerrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  10. org bodoh je sokong pkr.parti sndri pun tak boleh hendle,ada hati nak perintah malaysia.Asal ade masalah anuar lari ke luar negara,alasan nya ade prsidangan..
    poorah...
    ini ke bakal pm malaysia?
    nampaknya sampai dia mati lah hanya 'bakal'saje hahahaaa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post