Sam Cabar Zaid Debat..

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti, lantaran itu beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya.

Debat.. mengenai debat ni bagi aku ianya satu cadangan yang bagus... tapi cuba korang baca apa yang ditulis oleh Din Binjai kat SINI pasal debat ni sebelum baca berita kat bawah.. he.. he..

Dia komen tu.. lebih kurang aku komen la..

Kemelut PKR: Shamsul cabar Zaid berdebat

JOHOR BARU, 12 Nov — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu.

Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya.

“Tetapkan tempat dan tarikh, pilih mana-mana medium yang dia suka, saya bersama pimpinan Angkatan Muda akan hadir bagi menceritakan perkara sebenar kepada beliau.


“Tiada guna jika perkara ini dihebahkan kepada media,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.

Beliau menyifatkan tindakan Zaid itu mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan kepimpinan PKR yang sedia ada.

Pada Isnin lepas Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada pemilihan parti dan juga melepaskan semua jawatan dalam PKR dengan alasan “terdapat penipuan dalam pemilihan”.

Beliau kemudian meminta Anwar berundur dari parti itu.

Zaid berkata menjadi tanggungjawab kepimpinan parti untuk menyiasat laporan mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan dan bukan dirinya yang harus membuktikan kepada Anwar mengenai penyelewengan itu.

Mengenai gesaan Zaid agar Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Anwar keluar PKR untuk menyelamatkan parti itu, Azmin berkata keputusan itu terletak pada tangan semua anggota parti dan bukannya mana-mana individu.

Sementara itu, Anwar memuji prestasi pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sehingga kini.

Menurutnya, Chua berjaya membuktikan kepimpinannya dengan menarik 23 daripada 24 cabang PKR Johor ke majlis perjumpaan tersebut.

Ketika ditanya, Chua berkata wakil cabang Sri Gading tidak hadir ke perjumpaan itu walaupun notis telah diberikan.

Katanya, beliau tidak tahu mengapa wakil cabang itu tidak hadir, namun akan meminta penjelasan dari mereka kemudian.

Kelmarin, lima ahli dari cabang Sembrong bertindak meletak jawatan dalam parti kerana dikatakan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Chua dan pemilihan parti.

Mereka adalah Ketua Cabang, Saiman Marjuki; Naib Ketua, Abdul Aziz Abdul Kadir; Ketua Wanita, Noraini Abdul Kadir; dan dua ahli jawatankuasa.


Bernama

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mengapa mesti cabar-mencabar, bukankah lebih elok berbincang atau bersemuka????????

    ReplyDelete
  2. Ia betul mengapa nak cabar. Nak tunjuk ko ni menyokong penyelewengan & penipuan yg berlaku di pemilihan kepimpinan parti. Kalau nak cabar pun, biar siasat dulu.

    Ko ni membuta sokong sini, puji situ utk membodek ke..? Niat keji korang yg coba jatuhkan Zaid sejak dulu tlh terbongkar

    ReplyDelete
  3. Cr Haji Tambrin,

    Aku tak peduli,zaid kah Azmin kah yg penting PKR digeruni umno,matlamat aku 1je kasih kojol umno parti rasuahyg kita bodo menegak pemimpin buang masa je,ramai lagi manusia lebih cekap darizaid,azmin,yg penting parti kita digeruni musuh bodo2

    ReplyDelete
  4. Anony 2:30pm

    Terserlah keBODOHan orang2 PKR dari puncuk hingga ke akar umbi. Kalau benci pun kat parti UMNO, apa kebenda PKR plan nak buat kat rakyat Malaysia...banyak kencing dari buat apa dijanji.

    ReplyDelete
  5. Anons 2.30pm

    aku sokong,bro logiklah umno akan tersungkur selagi tidak memputarbelitkan tv137,rakyat selalu muntah bila buka saja tv....dulu kami sekeluarga minat dgr najis&gang,skrang dah too much,last2 anak saya pun muntah,bro umno yg sedang2 saja laaaaa,itu aku tukar haluan dari BN ke PR

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post