Pada usia senja adalah lebih baik untuk Mahathir banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT daripada menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
KENYATAAN MEDIA:
24 NOVEMBER 2010
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa:

2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur’an: ”Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap.” (al-Isra’: 81). .
3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu
4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.
5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.
6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa.
Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR
Salam
ReplyDeleteSemuanya selamat bilamana Nik Aziz kembali dari Mekah.... dan memulakan tugas sebagai MB Kelantan seterusnya !
Dr Manuty,
ReplyDeleteSebenarnya semua orang Islam patut bertaubat, tidak kira tua muda .
Nmun saranan supaya Anwar bertaubat memang tepat sekali. Ini kerana Anwar tak habis habis memfitnah orang lain termasuk Malaysia sendiri.
Kebenaran sedang terserlah sekarang. Dan orang boleh menilai tingkah laku Anwar.
Tabik spring pada Dr mahathir kerana berkata benar pasal Anwar.
ASD,
ReplyDeleteMemang niat Mahathir nak bertaubat sebab dia dah kata bila bersara nak jadi "hermit" (pendeta), macam Suharto juga kata nak jadi pendeta selepas bersara, tapi macam Suharto jugalah Mahathir tercari-cari macamana nak bertaubat sehingga dia tersasar sampai jadi macam kerengge hilang sesungutnya...
Setahu hamba, mamak kutty in tak akan taubat.
ReplyDeleteSalam shamshul anuar,
ReplyDeleteApa bezanya orang yang tabik spring pada Mahathir yang berkata benar dengan orang yang tabik spring pada Anwar yang mendedahkan kebenaran? Kalau kau kata Anwar tak betul, aku kata Mahathir salah sebab dia nak membetulkan kesalahannya dengan cara menyalahkan Anwar. Nampaknya Mahathir akan bertaubat hanya bila Anwar bertaubat ke? Gitu?
kita dah senja baik bertaubat,sebelum ajal memaksa,Tun M,dan DSAI sama2 menyerah minta ampun pada rakyat semua,dan lebih2 lagi Najip dgn Altantuya dan rakyat baharu malaysia aman...
ReplyDeleteMamak ini mana mau taubat dah tutup hatinya, hati dah tua...tanya le tok guru...depa lebeh faham...dai kita.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!