"Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!" kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Tindakan Dr Asri menasihatkan Anwar Ibrahim agar bersara dari arena politik, bagai dijangka akan mencetuskan kemarahan beberapa orang pemimpin PKR.. berbagai alasan mereka berikan..
Bagi aku.. jika ahli-ahli PKR tidak membenarkan pemimpin mereka dikritik, bagi aku tindakan ini adalah sama dengan apa yang ahli-ahli UMNO yang hidup dengan mencari makan didalam UMNO.. mereka amat marah jika pemimpin mereka dikritik, kerana bagi mereka pemimpin mereka hanya perlu mendengar yang menggembirakan saja.. sebarang kritikan perlu ditapis.
Adakah ahli-ahli PKR mahu pemimpin mereka terus lena dibuai mimpi? Tidak menyedari akan kelemahan mereka kerana tiada pihak yang berani menyuarakannya kepada mereka? Takkan tegur sikit pun tak boleh kot...
Asri: PKR, PR perlu lapang dada terima nasihat, jangan meradang
KUALA LUMPUR, 6 Nov — Sambil menekankan pentadbiran Barack Obama juga hilang momentum dalam dua tahun, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan anggotanya PKR “berlapang dada” menerima nasihatnya agar dinosaur politik termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar bersara daripada politik.
Dalam kes Anwar, bekas mufti Perlis meminta Ketua Umum PR bersara agar memastikan perikatan berusia dua tahun itu kekal mantap dengan memberi laluan kepada pemimpin lapisan berkualiti.
Selain PKR, PR dianggotai DAP dan PAS, dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12.
Kata Asri (gambar), jika hendak menjadi penguasa, ahli-ahli parti politik perlu belajar untuk “berlapang dada dengan rakyat jelata.”
“Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!,” kata beliau dalam kenyataan disiarkan di blognya hari ini.
Kata Asri, apabila beliau menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan PR yang perlu memberi ruang kepada orang lain, nama Anwar hanya disebutkan sebagai contoh.
“... seperti biasa mereka melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan.
“Saya kata bahawa jika tidak berlaku perubahan, momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai.
“Mereka (PKR) enggan terima hakikat ini dan meradang serta membuat serangan peribadi,” kata beliau dalam tulisannya bertajuk “Jangan buruk sangka, berlapang dada: Jika tidak, bagaimana nak jadi penguasa saksama?”
Kata Asri, namun hari ini hanya beberapa hari kemudian para penganalisis politik juga mengakui PR sudah kehilangan momentum, dengan merujuk kepada tulisan dalam The Malaysian Insider bertajuk “Polls wins reveal a focused Umno, floundering Pakatan, say analysts”.
“Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap ‘buta warna parti’, saya dapat rasakan sejauhmanakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan ‘manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat’.
“Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan ‘kenangan semalam’, sebaliknya mereka juga terikat dengan ‘realiti hari ini’ dan ‘impian masa depan’,” kata Asri.
Susulan komen pemimpin muda PKR, semalam seorang lagi pemimpin senior parti itu membidas Asri dengan mempertikaikan motif beliau menggesa Anwar bersara daripada politik.
“Persoalannya sekarang, kenapa beliau diminta berundur,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Dr Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataan hari ini.
Tegas beliau, Asri sepatutnya menasihatkan kepemimpinan Umno BN yang memerintah kerajaan persekutuan terlebih dahulu.
Asri menambah, aliran politik yang mampu menyedarkan tentang “kisah semalam”, membuktikan kebaikannya pada realiti hari ini, dan dapat memberikan keyakinan tentang mimpi hari esok akan mempunyai momentum yang kuat di persada politik demokrasi.
“Maka, membentangkan kepada rakyat sejarah politik lepas, mempertontonkan kepada rakyat ketinggian nilai politik yang disanjung dan membuat perancangan jelas untuk masa depan, akan menjadi pilihan rakyat yang bijak.
“Atau, jika itu tiada pada mana-mana parti, rakyat akan memilih apa yang mereka rasa paling mendekati unsur-unsur tersebut,” kata pemimpin agama ini.
Sebab itu, katanya, jangan hairan jika “momentum” Presiden Barack Obama boleh surut dalam hanya masa dua tahun apabila dilihat gagal merealisasikan impian rakyat seperti yang dijanjikan.
“Walaupun kempennya hebat, tetapi apabila dia berada di pentas realiti, penilaian rakyat mula berbeza.
“Apakah mereka yang kurang momentum daripada Obama dan gagal memperlihatkan keharmonian dan kesantunan dalam parti sendiri mampu meneruskan momentum yang lepas?
“Ertinya, jika ini berterusan, PR mula kehilangan momentum,” kata Asri lagi.
“Banyak sebab, mungkin. Salah satunya ubat bagi saya, keperluan ‘mentajdidkan’ pemain utama.
“Jika tidak, mungkin negara kita hilang keseimbangan politik antara pemerintah dan pembangkang,” kata beliau.
The Malaysian Insider

sepatutnya bekas mufti ni menasihati Dr M yang diambang sore.... mendekati Allah drp mendekati Perkasa. Nasihat beliau agar taubat nasoha ...tidak membuat fitnah terhadap Anwar.
ReplyDeleteAnwar adalah pemimpin berjuta kali baguih drp puak UMNO.
Asri perlu nasihati semua pemimpin agar bertindak dgn adil, telus dan tanpa rasuah !
Tegur memang la boleh.....tapi kenapa masa dekat mengundi Di Galas dan Batu Sapi. Masa lain tak dak sesuai ke?.....memang Asri ni budak suruhan Mahathir
ReplyDeleteMak siti,
ReplyDeleteMASUK POLITIK JE JOIN gerakan,abih cerita komen habihpun org tak marah
Terimalah teguran dgn terbuka. Jgn cepat melenting. Dah banyak kali Dr Asri tegur UMNO. Mereka tak kecoh pun. Dr Asri n i dia tegur semua pihak tak kira parti kerana semua parti ada yang tidak betul termasuklah PAS dan PKR dan yg ;agi teruk ialah UMNO.
ReplyDeleteKesilapan terbesar Dr. Asri dalam menegur ialah menamakan individu tertentu sebagai contoh dimana ini menunjukkan beliau menyebelahi siapa (walaupun tidak dinyatakan secara jelas). Sebagai seorang ulamak beliau tidak seharusnya menyokong sesiapapun dan parti mana sekalipun kecuali yang menegakkan kebenaran.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!