Tindakan Zaid - Apa pendapat Aziz Bari

Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abdul Aziz Bari.

“Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik sikitlah.

“Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal,” ujar Aziz.


Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti.

Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia(Zaid) kena bersabarlah.

“Sebagai seorang yang kononnya komited dengan perjuangan mendemokrasikan Malaysia baru, dia tidak sepatutnya mengambil jalan ini kerana ini akan menjadi bahan kepada musuh-musuh atau mereka yang tidak mahu berubah ini.

“Jadi saya rasa Zaid telah tersilap besar dan dia dengan tidak semena-mena menyediakan peluru untuk mereka yang tidak suka demokrasi, yang tidak suka pembaharuan Malaysia,” tambah Aziz lagi.

Selepas membuat keputusan mengejut semalam dengan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri dari pemilihan PKR, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini, turut mengecam supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berundur dari parti.

Ia turut mengundang reaksi dari Aziz.

“Siapa dia untuk menyuruh orang lain keluar. Dia boleh kata begitu sebagai seorang ahli parti tetapi saya fikir satu perkara yang lucu lah apa yang dia minta itu. Orang akan kata, siapa Zaid untuk menyuruh Datuk Seri Anwar keluar dari parti.

“Datuk Zaid kena tahu siapa dia. Jangan semberono, main hentam sahaja. Apa yang berlaku ini pun tidak begitu ceria untuk masa depan dia dalam politik,” kata
Aziz lagi.

Tambah Aziz, walaupun beliau tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti itu, namun beliau percaya, bahawa setiap ahli parti mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk membawa perubahan kepada negara dan tidak goyah ketika berhadapan dengan masalah.

Dalam nada sinis, Aziz seolah-olah memberi peringatan kepada Zaid agar kembali merenung matlamat asal pemimpin itu.

“Saya rasa kita sepatutnya tidak lupa dengan gambar besar untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah, daripada penipuan,daripada tekanan, daripada ISA dan sebagainya. Dan saya rasa, apa yang Zaid lakukan hari ini, ialah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang disebut sewaktu meninggalkan Umno.

“Sepatutnya sebagai seorang yang komited dengan parti dan perjuangan, dia semestinya tidak buat begitu,” jelasnya kepada Tv Selangor.

Bahkan menurut Aziz, tindakan seumpana itu menjadikan Zaid tidak ada bedanya dengan mereka yang keluar dari PKR kerana tidak mempunyai semangat juang dan matlamat yang jelas dalam parti.

Malah ujarnya, tindakan kurang bijaksana Zaid itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada parti melainkan kepada diri beliau sendiri.

” Dalam jangka masa panjang saya rasa tidak ada apa-apa. Sedangkan orang seperti Datuk Onn Jaafar dan orang seperti Tengku Razaleigh Hamzah sekalipun, tidak jadi apa setelah meninggalkan parti mereka, jadi siapalah Datuk Zaid ini kan…. Saya tidak fikir apa yang dilakukan beliau mendatangkan masalah pada parti. Saya rasa yang menerima risiko negatif itu dia sendiri,” katanya.


TVSelangor

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Saya amat bersetuju dengan pandangan dan pendapat Prof Aziz Bari dari pelbagai sudut.

    'YESTERDAY WILL NEVER BE TODAY AND TODAY ARE WAITTING FOR TOMORROW'.

    'TO SOLVE THE PROBLEMS DON'T CREATE THE PROBLEMS'.

    ReplyDelete
  2. "Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia(Zaid) kena bersabarlah."

    Setelah membaca kenyataan dan info dari blog sebab penarikan diri Dato Zaid bukan disebabkan masalah kepincangan proses atau sabotaj luar tetapi masalah sokongan yang jelas diberikan oleh ketua umum kepada pihak tertentu (sepatutnya tidak boleh berlaku). Jika masalah proses seperti kekurangan kakitangan, kekurangan kertas undian (teknikal) tiada masalah tetapi ini melibatkan proses pemilihan yang adil dan nampak adil tidak dapat dilaksanakan.

    Saya percaya Dato'Zaid tidak pernah membangkitkan mengenai masalah sabotaj pihak luar (seperti UMNO dll)dalam pemiihan ini atau mungkin saya silap. Jadi apakah perasaan kecewa zaid tersebut merupakan tindakan rasional bagi beliau. hanya beliau yang boleh menjawabnya.

    Sebagai rakyat Malaysia yang mendokong prinsip keadilan dan demokrasi tulen, janganlah kita berjuang atas kepentingan seorang pemimpin tetapi berjuanglah atas kepentingan parti, misi, dasar dan wawasannya. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi prinsip perjuangan parti (adil dan saksama) adalah merupakan matlamat utama!

    Achmad Abdollah

    ReplyDelete
  3. Saya ingin bertanya kepada Aziz Bari, adakah dengan melihat semula jasa beliau atau usaha beliau (anwar) lakukan kepada rakyat dan negara seperti menentang rasuah, menentang kewujudan kroni dan sebagainya dapat memadamkan atau menghalalkan 'dosa' beliau yang tidak berlaku adil dan bersikap pilih kasih, terutama dalam pemilihan parti ini?

    sepatutnya beliau lah yang mengambil berat dan membuat tindakan drastik pertama melakukan siasatan jika terdapat aduan dan bukan hanya menafikan atau sekadar bercakap di mulut.

    Perbuatan perlulah selaras dengan pertuturan dan akal. Beliau selama ini berjuang untuk keadilan semua kaum tetapi dalam perbuatan dengan menjadi pengarah kempen kepada YB Azmin Ali, beliau secara tidak langsung menunjukkan sikap berat sebelah. Ini tidak boleh dalam parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua pihak! Saya bukan menentang PKR dan jauh sekali sebagai penyokong UMNO. Tetapi saya tidak inginkan pemimpin yang bersikap hipokrit (cakap lain buat lain). Jika benar siasatan segera perlu dilakukan, kerana telalu banyak aduan dilakukan!

    bertindak segera

    Achmad Abdollah

    ReplyDelete
  4. Bravo Tuan Achmad Abdollah.. satu komen yang sukar untuk dipertikaikan..

    ReplyDelete
  5. This dumb Prof Aziz. No matter how learned you are, you still erred. Look it here, the people & members of PKR expect the party to be fair & free. Fair in all ways & free for anyone to vie for positions on one's own merits.

    How can you say Zaid & others must be team players & sticked to the leadership even when there are irregularities & no fair play in the elections. It's sending the wrong signals to voters and grossly against PKR principles so loudly advetised by the leaders themselves. Shame on you, Prof!

    ReplyDelete
  6. you have been taken in by the wayang kulit played out by Zaid

    Talk to anyone in the inner circle in PKR, who works on the ground and you will learn about the real picture.

    Let there be no ambiguity, Zaid is a saboteur. What is the best indication of this? Just look at whose side the other key party members are taking? Tian Chua, Syed Husin, Wan Azizah, Fuziah, Xavier, Sivarasa, and everyone else of the PKR stalwarts are backing Anwar and Azmin. These are the people who have paid their dues, who have not once shown an ulterior motive, no hint of corruption or selfish ambition.

    And then look at the people who are on Zaid’s side: Jeffrey Kitingan, Gobalakrishnan, Lo Gwo Burne (plus of course John Soh).

    Zaid is playing the victim. This is rubbish.
    Anwar has been more than generous with Zaid giving him special treatment in many cases, giving him membership in the powerful political bureau, making him FT chief, letting him stand in HS elections even though he was new.

    In return, Zaid has not attended bureau meetings, not done anything substantive in the FT divisions, was a hopeless candidate in HS (don’t believe all the nonsense about Azmin sabotaging him: he had no ability to excite his base or his volunteers). His contribution to the coalition memo was vastly overplayed.

    To criticize, you have to earn the right to talk.

    In his 18 months he displayed the behavior of a all talk, no action, no commitment spoilt brat that was expecting to get everything his own way.

    This myth that non muslims support him, that DAP and PAS want him is also total nonsense. All the top DAP and PAS people were terrified at the propect of having him as PKR DP. He is an unreliable primadonna who has never played well in a team.

    I say: great if he leaves PKR: good riddance to bad rubbish.

    ReplyDelete
  7. to anon November 11, 2010 12:04 AM

    I really know you actually do not understand what democracy is! I beg to differ with your statement, Mr Anon 12:04 am. In the any democracy parties, people (members) are more important than leaders because one of the good reason is leaders will appointed by them!. There are no Leaders will exist without support from members! We must make a clear picture with the concept.

    Giving the totally support to certain leader without any consideration is all of mother fuck up!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post