“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” kata Dato Zaid..
"Dan saya juga semakin tawar hati dengan PKR ini" kata aku..
Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR
Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.
Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.
"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.
Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.
Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.
“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.
Malaysiakini

klu dah atawar hti sertai pas sahaja hahahahah
ReplyDeleteIsu ni pemilihan PKR ni makin membarah..buatkan penyokong Pakatan rasa keliru..mana satu betul dan salah...Segala masalah yg berlaku membuatkan aku penyokong PR terasa nak bertanya..camaner nak ke Putrajaya kalau asyik ada masalah yg belum selesai? Bagi peluru kat pihak gerombolan nak tembakkkk.....
ReplyDeleteTakkan asyik nak pusing cakap jer...jgn bagi org meluat....nanti hilang undi..
Kalau tetap komited terhadap perjuangan pembankang .........harap sertai PAS
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBuat Anonymous 10:51.. boleh dikatakan kebanyakkan entry yang tersiar didalam blog-blog menyokong PR.. hampir tepat.. aku berkata macam tu pasal aku sendiri memerhatikan dari dekat..
Buat Anonymous 10:55 AM.. Insyaallah..
jgn agungkan sgt zaid ibrahim..beliau bukan hebat sgt..baru masuk PKR dah mula ghairah rebut jawatan..dah tu takde tertib nak berlawan tak hormat ckp ketua camne PKR nak terurus kalau ada pemimpin cam zaid..zaid ibrahim pun bukan berpengaruh sgt dalam umno dulu dan jgn ingat kalau org tu bekas menteri di JPM dia dah hebat sgt..sebenarnya azmin lebih layak jadi timbalan presiden berdasarkan kesetiaan dan kegigihan dia dalam memperjuangkan PKR sejak penubuhan KEADILAN...jgn la kalau org tu rapat ngan anwar org tu tak layak jadi pemimpin PKR...sudah2la nak burukkan azmin semata2 dia rapat ngan anwar...dr syed husin ali pun sokong azmin ali...masalah PKR sekarang kerana zaid terlalu gelojoh merebut jawatan sedangkan azmin sudah lama dalam PKR...sekarang terbukti azmin lebih berpengaruh di sabah sebab tu zaid tarik diri..klu nak tarik diri baik awal2 lagi tarik diri..semua org tahu zaid ibrahim la yg terawal umum nak tanding jawatan timbalan presiden..dah tu bnyk kenyataan dia tak hormati pemimpin lama PKR..jgn pertikai pemilihan PKR bila dah teruk ketinggalan..penjelasan SU agung parti sudah membuktikan pemilihan berjalan baik dan hakikatnya ok walaupun ada kelemahan yg boleh diperbaiki.jgn la kerana azmin lebih berpengaruh kita menabur fitnah kepada beliau..ingat balik siapa yg mempertahan PKR bila parti ini lemah dulu..jgn la bila parti dah kuat terus tak sabar nak rebut jawatan dan tak hormati etika bertanding...zaid ibrahim pemimpin yang berpotensi tapi kalau cam ni perangai nyer nampak gaya beliau tak sehebat mana pun..fikir2kan!
ReplyDeletebuat anon November 8, 2010 3:26 PM,
ReplyDeletebukan masalah zaid itu baru atau azmin itu seorang yang lama dalam PKR, masalahnya cara pemilihan tersebut sudah menunjukkan terdapat keraguan.. siasatan perlu dilaksanakan agar ianya lebih mantap pada masa hadapan dan mengelakkan berlakunya penipuan.
Di dalam sistem demokrasi, bukanlah dilihat berapa lama seseorang tersebut itu di dalam parti tetapi siapa yang mempunyai idea dalam membangunkan parti pada masa hadapan tidak kira mereka itu masih baru atau sebaliknya.
Kisah hang nadim telah kembali semula di dalam PKR dimana sesiapa sahaja yang menunjukkan kebijaksanaan tetapi lebih muda akan di cantas!
memalukan parti yang mendakwa memperjuangkan demokrasi tetapi mereka hipokrit..
aku tak caya cakap zaid&mustaffa,nak cari publisiti org umno,sebab dlm PKR mereka tak dpt cari makan sedap2
ReplyDeleteaku tak caya cakap zaid&mustaffa,nak cari publisiti org umno,sebab dlm PKR mereka tak dpt cari makan sedap2
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!