72% Menerima Konsep 1Malaysia?

Menurut Rais Yatim dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada pertengahan Jun hingga Julai lepas yang melibatkan 15,353 responden telah menunjukkan 84 peratus menyatakan 1Malaysia ini perkara baik dan tidak menyanggahi kemudaratan ataupun perpecahan manakala penerimaan terhadap konsep itu sebanyak 72 peratus.

Korang percaya kah ada kajiselidik macam tu? Kalau ada pun kenapa tunggu sehingga hampir setengah tahun untuk diumumkan keputusan itu.. yang menariknya ia diumumkan setelah Merdeka Center menyatakan Populariti Najib telah menurun..

Lagipun.. kalau benar bagai dikata Rais Yatim tu.. hasil kajiselidik tu sudah pasti menjadi headline di Utusan dan TV3 akan siarkan 3 hari 3 malam keputusan tu..

Kata Rais Yatim lagi "kita perlu melihat 1Malaysia ini adalah milik kita...jika kita sayangkan Rukun Negara, Perlembagaan Malaysia, lagu Negaraku dan perjuangan 1 Negara bangsa, kita perlu menghormati konsep itu,”


Bagi aku ini hanyalah satu kenyataan membodek Najib oleh Rais Yatim.. lagipun apa kena mengena 1Malaysia yang kononnya diilhamkan oleh Najib dengan Perlembagaan Negara.. tak lebih dari Wawasan 2020 Mahathir dengan Islam Hadhari Pak Lah.. bila diaorang tak jadi PM lagi segalanya turut hilang..


Rais: Tahap pemahaman konsep 1 Malaysia meningkat 84 peratus

KAJANG, 25 Dis — Tahap pemahaman konsep 1 Malaysia di kalangan rakyat telah meningkat sehingga 84 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 75 peratus, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata perkara ini dibuktikan menerusi soal selidik yang dijalankan oleh kementerian berkenaan pada pertengahan Jun hingga Julai lepas bagi mengukur tahap kejayaan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kaji selidik yang dijalankan ke atas 15,353 responden telah menunjukkan 84 peratus menyatakan (1Malaysia) ini perkara baik dan tidak menyanggahi kemudaratan ataupun perpecahan manakala penerimaan terhadap konsep itu sebanyak 72 peratus.

Justeru, kita perlu melihat 1Malaysia ini adalah milik kita...jika kita sayangkan Rukun Negara, Perlembagaan Malaysia, lagu Negaraku dan perjuangan 1 Negara bangsa, kita perlu menghormati konsep itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krimas 1 Malaysia anjuran ahli perniagaan Datuk Seri Vanatiah Anthony dan isteri Datin Seri Elispetoo Sinnappan di Kampung Baru Sungai Chua di sini.

Rais berkata pemahaman terhadap konsep 1Malaysia juga dilihat meningkat berbanding soal selidik ke atas 12,212 responden pada Oktober tahun lepas yang hanya sebanyak 69 peratus dan kesedaran konsep itu sebanyak 82 peratus.

Sehubungan itu, katanya, konsep 1Malaysia perlu dijayakan oleh semua pihak tanpa terhad kepada batasan politik untuk kesejahteraan perjuangan bangsa dan negara.

Beliau berkata amalan rumah terbuka yang dianjurkan oleh masyarakat di negara ini yang dihadiri pelbagai kaum, menunjukkan keharmonian perpaduan yang terjalin meskipun kerajaan Selangor mengetepikan 1 Malaysia sebagai lambing politik.

“Tidak benar, kita harus jangan sempitkan soal ini...dalam susunan alur kemasyarakatan, kita perlu melihat Malaysia dalam kepelbagaiannya dan apa yang dianjurkan Najib tidak terasas politik langsung sebaliknya meneruskan perjuangan semenjak (Perdana Menteri pertama) Tunku Abdul Rahman sehingga pada zaman beliau (Najib) garap semula pemahaman dan muhibah untuk menjalin kasih sayang antara kita (rakyat),” katanya.

Pada Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan pengharaman itu kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.

Mengenai segelintir artis perempuan yang berpakaian menjolok mata pada Anugerah Skrin 2010 anjuran Media Prima Berhad yang berlangsung semalam, Rais berkata pihak terbabit perlu membuat penilaian semula dalam memastikan setiap majlis pengiktirafan terhadap penggiat filem dan drama diterima penonton.

“TV3 perlu membuat beberapa penilaian semula sekiranya perasan orang ramai sedemikian (pakaian seksi) pada majlis anugerah semalam dan sebagai menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan hanya memfokuskan kepada keadaan mutu filem dan drama tidak fokus kepada siapa memakai apa,” katanya.

Beliau berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan agensi media lain harus melakukan perkara yang sama apabila menganjurkan sesuatu majlis atau program dengan memelihara adat ketimuran yang diamalkan meskipun negara ini telah mencapai tahap kemajuan dan kemodenan yang pesat.

“Kita berharap nilai hidup sentiasa maju dari satu masa ke semasa dan bukan bererti tamadun kita dicabuli oleh kelakuan dan cara pakaian yang tidak senonoh dan tidak menghormati adat budaya timur...siapa yang makan cili, dia yang akan terasa pedasnya,” katanya yang turut menghadiri majlis itu yang disiarkan secara langsung di TV3 semalam.


Bernama

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kaji selidik di buat terhadap orang gomen cam mereka bukan orang kebanyakan yg makin terhimpit dengan kos hidup meninggi... kepala bana raes anak yatim

    ReplyDelete
  2. Kajiselidik yang manupulatif dan syok sendiri! Itu cara dia buang duit rakyat buat kajiselidik yang tak relevan yang bukan tugas kementerian dia dan yang orang lain dah buat. Woi Rais, lebih baik kau buat kajiselidik bas pelancong terjun gaung.

    ReplyDelete
  3. cuma satu perkataan jer,,,juburrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  4. hamba tak percaya kajiselidik ni . Lihat dibawah ramai yang tak puas hati. camana tu. barang naik hidup makin terhimpit.

    ReplyDelete
  5. Ini bukan kajiselidik le. Ni kaji pakat BN je. Semua yang dipilih tu memang koncu2 BN..mestilah dia cakap 1Malaysia tu bagus...kalau yang tak kata 1Malaysia tu bagus..dia tak kira..macam yg dlm tv tu jugak..suma cakap yang bagus je..yang tak tu..diketepikan/tak ditayangkan.....

    ReplyDelete
  6. Kajian org bulan,

    kementerian raes terhegeh2 kaji singrom 1malaysia kalau tak gila wayer sot,cukuplah membodoh2kan rakyat,cuba selidik dan tumpukan secara agrsif berapa org rakyat2 1malaysia tak makan dan ikat perut anak2 sekolah yg akan digugurkan ibu/bapa bersekolah kerana kesempitan hidup,bagi rakyat apa guna gagasan 1malaysia kalau kalau esok tunggu antara hidup dan mati,hari2 sebahagian besar rakyat 1malaysia bergelumong dgn srvival,pergi pukimak jahanam dgn 1mal/israel

    ReplyDelete
  7. dulu bukan main beria-ia lagi si Najib dengan gagasan Melayu Glokal...sekarang 1Malaysia pulak dah...macam lalang si Najib Altantuya ni...

    ReplyDelete
  8. kipas ada makna nih =p ha3
    sama2 kite tgg how da story will roll......

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post