Ahmad Maslan memperbodohkan rakyat dengan kenyataan Bodohnya..

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Haji Maslan menjelaskan mengapa rakyat perlu menyokong BN .. "Dari hidup sampai mati cuma BN yang bantu kita. Anak kita lahir di hospital kerajaan, belajar di sekolah kerajaan, bekerja di kilang yang di bawa oleh kerajaan, bersembahyang di rumah ibadat yang kerajaan bina, malah van yang membawa jenazah ke tanah perkuburan juga disumbang oleh wakil rakyat kerajaan," jelasnya.

Maka terharulah warga-warga emas bila mendengar kata-kata itu kerana merasa amat terhutang budi kepada BN yang telah menolong mereka sejak dari mereka dilahirkan lantaran itu mereka memberikan undi mereka kepada UMNO/BN..

Mereka terharu kerana percaya UMNO/BN amat berjasa kepada mereka.. UMNO/BN telah membantu mereka dari sejak dilahirkan hingga mereka mati.. mereka percaya kerana mereka telah mendengar kata-kata itu dari seorang pemimpin UMNO, biarpun kenyataan itu hanya memperbodohkan mereka.


Memperbodohkan mereka kerana mereka menjadikan mereka berfikir sumber atau dana bagi membiayai segala bantuan yang dihulurkan diatas datangnya dari BN sendiri atau duit BN..

Hakikatnya segala sumber bagi membiayai pembangunan Hospital, Sekolah, Rumah Ibadat malah membeli Van Jenazah itu datangnya dari rakyat sendiri iaitu dari cukai yang dikenakan kerajaan bukannya dari kocek UMNO/BN..

Malah kilang yang dibawa oleh kerajaan itu juga perlu membayar cukai kepada kerajaan selain dari menyediakan 30% dari sahamnya untuk bumiputera ( VVIP UMNO la..) dan pekerjanya juga perlu membayar cukai pendapatan..

Mungkin mereka berada di pendalaman, media untuk mendapatkan maklumat mereka hanya TV3 dan Utusan untuk melayari internet mereka kurang berkemampuan kerana mereka perlu dibiarkan hidup merempat supaya boleh terus diperbodohkan oleh pemimpin UMNO/BN agar UMNO dan BN terus kuat..


"Pembangkang cetak khayalan" – Ahmad Maslan
Oleh Dhia Daniel

KUCHING: Parti pembangkang hanya mampu mencetak khayalan mereka atas kertas tetapi yang melaksanakan realiti impian rakyat selama ini tiada lain, selain Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad Haji Maslan.

Beliau berkata, rakyat negeri ini diingatkan agar tidak terpengaruh dengan janji-janji manis yang disuarakan oleh pembangkang yang mungkin akan berkempen habis-habisan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Ini kerana katanya, masalah perpecahan yang berlaku dalam parti pimpinan ketua pembangkang (Anwar Ibrahim) mengambarkan bahawa mereka gagal untuk membawa sebarang pembangunan di negeri dan negara ini, jika berpeluang memerintah.

"Pembangkang cuma boleh mencetak khayalan mereka tetapi parti yang bertanggungjawab membawa pembangunan, keharmonian, pendidikan, kesihatan, kemakmuran, peluang pekerjaan serta mengangkat martabat negeri dan negara ini ke peringkat antarabangsa selama 53 tahun adalan BN.

"Tindakan pembangkang yang berpaksi kepada pembohongan bukan hanya menyebabkan parti pimpinan ketua pembangkang ini berpecah sehingga sepuluh wakil rakyat mereka bertindak keluar parti, malah Anwar bersama-sama tiga pengikutnya digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program 1Malaysia: Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki, Kampung Haji Baki di sini, hari ini.

Kaut simpati masyarakat antarabangsa

Ketua Penerangan Umno itu berkata, pembohongan yang dilakukan oleh Anwar tidak terhad disebar dalam negara tetapi pembohongan demi pembohongannya juga berlaku di serata dunia semata-mata hendak mengaut simpati masyarakat antarabangsa.

"Saya sendiri ada ketika Anwar mempertikaikan konsep Gagasan 1Malaysia yang kononnya berkaitan dengan Kempen 1Israel," katanya sambil menambah, tindakan mengantung Anwar bersama rakan-rakanya membawa makna bahawa rakyat tidak sukakan pembohongan.

Ahmad menjelaskan mengapa rakyat perlu menyokong BN ialah kerana sejak dari seseorang lahir sehingga meninggal dunia, banyak pertolongan yang diberikan adalah sumbangan dari kerajaan BN.

"Dari hidup sampai mati cuma BN yang bantu kita. Anak kita lahir di hospital kerajaan, belajar di sekolah kerajaan, bekerja di kilang yang di bawa oleh kerajaan, bersembahyang di rumah ibadat yang kerajaan bina, malah van yang membawa jenazah ke tanah perkuburan juga disumbang oleh wakil rakyat kerajaan," jelasnya.

Justeru, rakyat perlu terus berdiri teguh menyokong kerajaan BN dan menolak kehadiran pembangkang yang terbukti hanya bijak temberang.

Hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Tan Joo Phoi.


Free Malaysia Today

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Anak Apong,

    Siapa tak kenal Ahmad Mazlan kaki temberang org sarawak kata kaki skonyel bukan mcm org semenanjung senang diperbodohkan bagi beras 1kampit dah baik seluar dlm pun dia bagi,tolong rakyat,memang bodoh,mazlan kau bawalah seberapa byk MP umnogok kat kuching memang tak laku,kami disarawak dah masak putar alam org2 najis,hanya org yg tak sekolah saja percaya kata2 umnogokapco.....bagitahu najis cepat2 bubar DUN.......

    ReplyDelete
  2. salam...
    aku ni malas nak layan sgt ucapan2 yg bengong mcm ni...tpi kalau tk di layan...rugi plak..

    Aku nk tanyalh...dlm kubur apa soalan2 yg akan ditanya??soal bangsa?soal pembangunan?soal apa yg parti bagi?mungkin malaikat2 tu boleh dirasuah kot...

    kita tenguk antara BN dan PR..oop!terbalik...antara PR dan BN..tenguk pada dasar parti...korang tahukan antara dua dasar parti ni..merujuk pada soalan2 malaikat dlm kubur korang tahulh parti mana yg menyelamatkan manusia dialam kubur..

    Soal sapa yg bawa pembangunan?pd aku ni soalan bodoh..nk tahu knapa bodoh??tkkan korang tk tahu..??korang jawab soalan mudah ni..SAPA YG BERTANGGUNGJAWAB DLM MEMBERI KESELESAAN/KESEJAHTERAAN/KEMAJUAN KEPADA RAKYAT??A)Tukang kebun?B)Tukang rumah?C)pemerintah?
    Dhlh aku malas nk layan lagi kata2 bodoh mcm ni..

    sekian.

    ReplyDelete
  3. Rocket Man says...

    kan lebih baik Ahmad Mazlan berkata hospital dan sekolah2 di bina dari hasil titik peluh bapak dan moyang orang2 UMNO sahaja !!!

    ReplyDelete
  4. hidup amat maslan....hidupn amat maslan.....mampos...amat maslan....alamak terlebih sudah...pegi bacucing amat maslan... haa..nie melampouu nie...aku pedulik haper...GOOO TOOO HELLL UMNOOKKKK budak sentul...

    ReplyDelete
  5. ORANGG BANGANG YANG MEMPERBODOHKAN RAKYAT KAHKAHKAHKAH..!!

    ReplyDelete
  6. Hasil negara bukan semua org umnogok yg keluar peluh cari duit,byk hasil dari rakyat,cukai,buruh asing,pelancungan lain2 berkaitan,amnogok hanya pandai buang duit saja,tak caya tanya najis,bertong2 najis duit dibuang itu lagi bodoh mcm mat maslan kenapa tak cakap dgn ahli kroni amnogok dari mana kamu cepat jadi kaya raya dlm masa singkat.....

    ReplyDelete
  7. adoi ai...sedey seh baca ni!!! entoh ler....knpe smpi tahap ckp mcm tu...mcm nk mgunkit pun ade!! wonder how is his life at home??!!
    lg pun...segala duit2 yg depa pakai tu bukan duit bn@ mane2 parti....duit kite jgk yg bayaq cukai n bagai2 tuh....hayyooo manusia yg ada kuasa..main ckp jeq tanpa pikir dulu....
    **semoga beliau diberi petunjuk n hidayah...aminnnn **

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post