Guan Eng Akui PR Sukar Kekal Kuasa di Pulau Pinang

Tajuk asal berita ini ialah "Guan Eng akui pembangkang sukar kekal kuasa", aku rasa editor Berita Harian ini masih keliru dengan perkataan Pembangkang di Pulau Pinang, Pembangkang di Pulau Pinang ialah UMNO/BN..

Apapun bagi aku kenyataan oleh Guan Eng ini sekadar tidak mahu melihat ahli-ahli DAP dan PAS serta PKR leka dengan kemenangan yang lalu..

Guan Eng akui pembangkang sukar kekal kuasa
2010/12/13




GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mengakui usaha pakatan pembangkang untuk terus mengekalkan kuasa yang diberi oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu bagi mentadbir Pulau Pinang adalah sukar.


Setiausaha Agung DAP itu berkata, usaha untuk mengekalkan kuasa pemerintahan sedia ada lebih sukar berbanding ketika pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, Mac 2008.

“Ketika hendak menumbangkan BN dulu memang sukar, tetapi hendak kekalkan kuasa memerintah lagi susah (pada pilihan raya umum akan datang)," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Pulau Pinang di sini, semalam.


Hadir sama, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Konvensyen kali ini menyaksikan seramai 88 ahli parti itu menawarkan diri bertanding untuk merebut 15 kerusi ahli jawatankuasa DAP negeri.




Guan Eng turut memberi bayangan DAP Pulau Pinang yang mengadakan konvensyen kali ini di pusat pentadbiran kerajaan negeri iaitu Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bakal menganjurkannya di tempat lain, jika kalah pada pilihan raya akan datang.

“Dua tahun akan datang, sama ada konvensyen DAP diadakan di sini sekali lagi dengan berjaya memenangi penggal kedua atau di tempat lain, jika menerima kekalahan dengan suasana lebih teruk dan hanya mampu menjadi kerajaan selama satu penggal.
“Sama ada kita menang atau sebaliknya, ia bergantung kepada anda (ahli DAP),” katanya.



Guan Eng yang menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan Mac depan, berkata kerajaan negeri mungkin tidak mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri serentak Parlimen.

“Ini disebabkan Kerajaan Persekutuan mungkin akan mengadakan pilihan raya bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak saja,” katanya.




Berita dari : Berita Harian Online
Gambar dari : FB Lim Guan Eng

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Belum PRU dah mengaku kalah..ni modal lama..nak minta simpati rakyat konon..jawapannya rakyat dah sedar la kawan...daaaaahhhh seeeedaaaarrrrr....bukan macam hang

    ReplyDelete
  2. Dia mai dah.. mai dengan kenyataan BODOH!!

    ReplyDelete
  3. Aku bukan bodoh yang bodoh org yang buat tak faham

    ReplyDelete
  4. Daaaaaahhh seeeeedaarrrr .............tapi subuh tak bangun...........sedar apa bodoh?

    ReplyDelete
  5. Salam Anon 3:29,

    Engkau bodoh itu tak penting. Kau kata kami bodoh kami pun tak penting. Yang penting orang2 bodoh macam kita ni boleh kata orang2 penting macam Najib, Berahing, Muhyiddin, Hisapmuddin dan sapa saja dalam UMNO yang buat tindakan bodoh tu BODOH! Sebabnya UMNO ni apa tindakannya yang tak BODOH? Tu pasal Singapore berani bagitau USA yang politikus2 Malaysia terutama politikus UMNO tu INCOMPETENT!

    ReplyDelete
  6. 3:53pm

    Hang ni malaikat atau manusia? sedar la sikit..siapa diri hang...tempat PR, masjid pun kosong bila waktu masuk...OK, hari ni hang sembahyang 5 waktu cukup dak? dan puasa yang hang tinggal dulu2 dah qada ke...ingat aku rumah hang takdak cermin la,mau dok cermin diri dulu la kawan

    ReplyDelete
  7. lahhh..bleh tanya org 5 waktu???puasa??cermin??apa ke mangkuk dia ni??bdk sekolah rendah ka yg komen? ke mat rempit? ke geng pasang bedera??
    hahaha camni rupanya standard umNO...
    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  8. Hoi kawan. Kena sikit dah melalut....macamana nak jadi Pegawai Pengiring kepada Najib Al Mongolia.......Kuat sikit daya tahan minda tu....mana tau siNajib boleh lantik hang jadi Menteri Pertahanan masa akan datang.....he.he.he

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post