Kenapa Bertindak Begini Wahai Sahabat?



Pada malam terakhir EXPOMUDA anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan juga Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Samsul Iskandar telah turut hadir. Hadir bagi menunjukkan sokongan moral terhadap program yang dilaksanakan oleh AMK Negeri Pulau Pinang itu sebagai Ketua AMK Pusat.

Pada malam tersebut juga beberapa orang individu yang mempunyai kaitan dengan AMK Pulau Pinang telah menerima SMS.. kandungan SMS itu disalin semula dibawah..


PERLETAKAN RASMI JAWATAN SETIAUSAHA AMKPP

Salam perjuangan adalah dengan ini, saya Syed Mikael Rizal Aidid berkuatkuasa dari hari ini, Ahad 26 Disember 2010 akan meletakkan jawatan saya sebagai Setiausaha AMKPP dengan serta-merta.

Surat akan saya serahkan kepada Ketua AMKPP pd esok hari. Ini berikutan keputusan yg telah dibuatoleh pihak j’kuasa program EXPOMUDA yg tetap mahu menjemput Sdr. Shamsul Iskandar ‘Ketua AMK Pusat’ untuk berucap di program tersebut pada mlm ini.

Ini bukan perkara ‘halai-balai’. Tapi ini soal PRINSIP! Selagi keputusan siasatan oleh pihak JPP terhadap ‘kemenangan luar biasa’ Sam di Sabah belum selesai, secara realitinya, Shamsul Iskandar BELUM BOLEH DIIKTIRAF sebagai Ketua AMK Pusat yang sah! Akhir kata, saya ucapkan kepada semua penyokong2 tegar Sam,‘Selamat Maju Jaya’ & enjoy your EXPO!

Dan pada hari Selasa 28 Disember 2010, Berita Harian edisi cetak pula telah menyiarkan ‘Ketua AMK Tasek Gelugor letak jawatan’ di mukasurat empat.

Butterworth: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tasek Gelugor, Syed Mikael Rizal Aidid meletak jawatan sebagai Setiausaha AMK Pulau Pinang bersama dua lagi ahli jawatankuasa negeri itu.

Tindakan itu kerana kecewa dengan Timbalan AMK Permatang Pauh, Afzal Khan menjemput Ketua AMK , Shamsul Iskandar Mohd Akim memberi ceramah di Expo Anak Muda di Padang Awam Taman Sembilang, Seberang Jaya di sini, kelmarin.

Khabar angin mengenai perletakan jawatan Syed Mikael bermula menerusi penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang turut diterima oleh Berita Harian.

Syed Mikael ketika ditunjukkan SMS itu oleh Berita Harian mengesahkannya.


EXPOMUDA yang dimaksudkan oleh Syed Mikael itu sebenarnya bukanlah satu program yang mahu menjana keuntungan semata-mata, pada dasarnya ia diadakan dengan tujuan untuk mengumpulkan seluruh Ketua-Ketua AMK dari setiap Cabang di Pulau Pinang yang baru memenangi jawatan tersebut dalam Pemilihan 2010 yang lalu.

Mengumpulkan dengan tujuan mengeratkan atau merapatkan saf diantara AMK-AMK seluruh Pulau Pinang. Juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara Ketua-ketua AMK itu dengan pimpinan parti.

Selain itu ianya juga untuk merapatkan hubungan antara mereka dengan Penjaja-penjaja yang melibatkan diri dalam program tersebut.

Program tersebut cuba menampilkan sesuatu yang berbeza, berbagai aktiviti telah disusun untuk menarik minat anak muda..

EXPOMUDA ini adalah anjuran bersama diantara AMK Negeri Pulau Pinang dan juga Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Namun begitu segala perbelanjaan bagi menjayakannya datang dari AMK Pulau Pinang.

Kesemua program telah diatur setelah perbincangan diadakan antara AJK-AJK yang terbabit..

Berbalik kepada SMS perletakan jawatan Syed Mikael diatas, beliau berkata berikutan keputusan yg telah dibuat oleh pihak j’kuasa program EXPOMUDA yg tetap mahu menjemput Sdr. Shamsul Iskandar ‘Ketua AMK Pusat’ untuk berucap di program tersebut pada mlm ini.

Manakala Berita Harian pula melaporkan beliau meletakkan jawatan kerana kecewa dengan Timbalan AMK Permatang Pauh, Afzal Khan menjemput Ketua AMK , Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi ceramah di Expo Anak Muda.

Biarpun terdapat percangahan diantara SMS yang dihantar oleh Syed MIkael itu dengan apa yang dilaporkan oleh Berita Harian, persepsi yang timbul dari sini ialah satu persepsi yang negative terhadap Angkatan Muda Keadilan.

Ianya memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa memang wujud atau berlaku perpecahan dalam AMK , perpecahan yang berlaku kerana Pemilihan yang lalu yang telah menjadikan AMK terbahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan menyokong Sam manakala satu lagi menyokong Chegu Bard. Perpecahan yang perlu disimpan sesama ahli dan bukannya didedahkan kepada umum..

Selain itu ianya juga adalah bercanggah sama sekali dengan tujuan EKSPOMUDA itu diadakan , iaitu untuk mengeratkan hubungan diantara Ketua-ketua AMK Cabang dalam Negeri Pulau Pinang itu dengan Pimpinan Parti.

Mengenai perletakkan jawatan Setiausaha AMK Pulau Pinang pula, sebagai Bekas atau Mantan Setiausaha Syed Mikael seharusnya tahu bahawa apa sahaja jawatan yang melibatkan perlantikan adalah terbatal atau terhenti setelah Pemilihan bermula, dan samada lantikan itu disambung atau tidak ianya adalah terletak diatas budi bicara Ketua AMK Negeri yang baru.

Jadi dalam perkara ini Syed Mikael hanya memangku jawatan Setiausaha AMK Pulau Pinang sehingga dilantik semula oleh sesiapa sahaja yang diperkenankan oleh AMK Pusat sebagai Ketua AMK Pulau Pinang, oleh itu tiada sebarang Jawatan yang diletakkan oleh Syed Mikael sebenarnya.

Agak aneh bila Syed Mikael berkata beliau meletakkan jawatan kerana protes akan kehadiran Sam, sedangkan kehadiran Sam itu telah dibincangkan sesama AJK.. yang beliau sendiri adalah sebahagian dari AJK.

Pada mesyuarat yang pertama nama Sam telah dicadangkan untuk menutup secara rasmi program tersebut, namun Sam memberikan jawapan agak lewat bagi membolehkan AJK-AJK menyusun semula program, jadi nama Sam telah tidak tersenarai dalam sebarang aktiviti program.

Jika benar kerana protes akan kehadiran Shamsul Iskandar, Syed Mikael meletakkan jawatan sewajarnya ia dilakukan sebelum EKSPO bermula, iaitu selepas perbincangan bagi menyusun agenda selesai bukan pada malam terakhir Shamsul Iskandar akan hadir.

Sepatutnya sebagai seorang ahli PKR, dalam mempertahankan Prinsip sendiri tidak salah rasanya kita menunjukkan sedikit rasa hormat kepada Shamsul Iskandar yang pernah memimpin AMK jka kita tidak boleh atau mahu mengiktiraf beliau sebagai Ketua AMK Pusat.

Tunjukkanlah rasa hormat itu biarpun sedikit sebagaimana yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong tegar Sam dalam menyambut dan meraikan kehadiran Chegu Bard bersama SAMM dari Negeri Sembilan itu.

Prinsip memang perlu dipertahankan, namun dalam mempertahankan Prinsip itu, kita sewajarnya melihat dalam kerangka politik yang lebih besar , kita juga sewajarnya menoleh kebelakang mengingat kembali apakah tujuan kita bersama PKR.

Untuk memperjuangkan nasib diri sendiri, individu tertentu atau untuk memperjuangkan nasib rakyat?

Melihat juga kepentingan pihak manakah yang kita perjuangkan selama ini, kepentingan diri sendiri atau kepentingan rakyat yang mengharapkan perubahan.

Aku juga menyokong Chegu Bard dalam pemilihan yang lalu, aku juga terkilan melihat dan membaca cerita-cerita tentang penipuan yang berlaku. Kecewa juga kerana menunggu hasil siasatan JPP yang masih tak kunjung tiba.. Kecewa juga bila melihat penafian membabi buta oleh SUA PKR..

Namum begitu bagi aku.. siapalah aku jika dibandingkan dengan hampir separuh dari rakyat Malaysia yang mengharapkan akan perubahan terlaksana dalam Negara ini…..

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Setuju "Prinsip memang perlu dipertahankan, namun dalam mempertahankan Prinsip itu, kita sewajarnya melihat dalam kerangka politik yang lebih besar , kita juga sewajarnya menoleh kebelakang mengingat kembali apakah tujuan kita bersama PKR". Tujuan untuk hapuskan Barisan Najis. Masih ramai lagi tak faham faham. Bodoh punya manusia! Gila kuasa. Hamparkan harapan rakyat!

    ReplyDelete
  2. BAGUS JUGA DIA LETAK JAWATAN...
    GUA SETUJU BEB..
    DARI AWAL LAGI KITAORANG MEMANG DA AGAK DIA NI TALI BARUT UMNOAPCOBN...
    YANG AKAN MEMPORAKPERANDAKAN PKR MENJELANG PRU 13...
    TERIMA KASIH KERANA UNDUR AWAL2...

    MYBE DUIT DA MASUK KOT...

    ReplyDelete
  3. hahaha aku pun penyokong cekgu bad masa pemilihan tu. mmg lakecewa tapi bagi aku kalah dan menang adalah adat. mungkin ada penipuan tapi bagi aku agaenda lebih besar bukan memastikan kemenangan cekgu bad tapi PAKATAN RAKYAT memerintah malaysia.awat la syed oiii hang tu baru berapa hari masuk pkr dah nak tunjuk hebat.kalau hang tak mau mengiktiraf keputusan ari tu hang respect la sam sbg ketua amk sehingga siasatan tu selesai. aku tau hang kecewa pasai nama hang tak dak sbg ketua amk penang pas tu dok salah afzal mcm budak2. kata mengaji smp nak dpt phd. aku takut perasan hasad dengki je. kalau betui2 hang berperinsip letak lajawatan sbg ketua amk tasek gelugor sekali baru betui. bagi aku sapa pun yang dipilih aku akan sokong wpun org tu aku tak suka tapi dia dah mng pemilihan. muhasabah la diri hang dulu syed. jgn krn perinsip hg yang entah betul ka tidaak ni hang nak memecahkan amk

    ReplyDelete
  4. Pemuda DAYUSSSSSS .... perosak parti
    baru setahun jangung masuk PKR dah tunjuk lagak..prinsip konon .

    Semua pentingkan diri sendiri...kalau niat masuk PKR nak tolong rakyat ... wa tabikkk springggg beb ! Kalau masuk PKR nak nama...nak habuan ... nak gleymor .. poorahhhh pi masuk parti KITA .

    Depa terima U Yaaa Shyedddd Makautttt

    ReplyDelete
  5. Salam Reformasi.

    Aku juga penyokong cikgu bard...tapi hanya dugaan kecil kita dah 'melompat' bagai mana dugaan besar yang bakal mendatang...harap tunjukkan kematangan dalam berpolitik,contohi Khalifah Umar Abd Aziz yang mana jatuh bangun dalam dunia 'politiknya' menjadikan beliau seorang tokoh yang di sebut namanya hingga ke hari ini...Hinggakan Lim Guan Eng pun menjadikan Khalifah tersebut sebagai idolanya...

    " Berubahlah sebelum parah"

    ReplyDelete
  6. Anon 11:51 aku sokong kata2 perangsang buat yg dah buta apakan nya selok poket tinggal duit silling,dah mulai mcm tikus tebuk sanasini.Aku benci sikap ini kenapalah pkr senang bagi duduk berok2 camni kat parti,TUJUAN KITA ADALAH NAK TERSUNGKORKAN UMNOGOKBERUK NI DARI RAJA SEMBAT RASUAH KE PENCACAI ANGKAT NAJIS,,,bro` sekelian plizzzz ketepikan dulu,demi PR

    ReplyDelete
  7. andaian anda semua diatas tersilap.dalam miting amk negeri nama sam tiada langsung,pagi ahad ketua penerangan umum,sam akan berceramah malam itu.dah tahu keadaan teggang kenapa nak datang jugak.itu alasan sahaja,datang kerana bagi sokongan.kami tahu.
    kalau anda semua sokong dan suka cara pkr begini teruskan.....

    ReplyDelete
  8. itulah masalah dgn anak muda..bagus berpolitik sbb ada energy tp. kebanyakan join semborono..tak ada langsung buat analisis dan guna akal logik untuk berpikir.ikut sgt nafsu org muda. dah ler nak membaca pun malas..sorry to say...kebanyakkan org melayu especially kurang membaca..senang kena manipulate..itu yg aku harapkan, anak2 muda pkr ni, kena byk berpikir pjg..process information dan guna kebijaksanaan.Harap pemimpin2 muda PKR kena kerja keras..pastikan ada istiqamah perjuangan..yg nak blah dari parti n perjuangan biarkan..tp..kena ada strategi utk rekrut ahli baru yg lebih bagus dan tak corrupted mcm geng gerombolan..mmg payah tp. kena la buat strategi..ingat imej pkr dah bercalar balar ni...kena lakukan sesuatu sblm terlambat.....

    ReplyDelete
  9. contohilah jelutong.. bijak dan tenang dalam menghadapi cabaran politik.. terutama sewaktu bersama dengan yusmadi.. kenapa tidak jelutong di angkat sebagai ketua amk negeri ?

    ReplyDelete
  10. Salam,..terima kasih kepada semua Anonymous2 di atas,...komen berapi2, tapi BACUL utk mangaku siapa empunya diri! Sabar & izinkan sy buat penjelasan;

    1. Mesej perletakan jawatan,sy hantar hanya utk Kepimpinan AMKPP sahaja! Kalau bocor ke media, tepuk dada, tanya pimpinan masing2!

    2. Saya barua UMNO? Helo 'Anonymous2' yg dayus! Cukup dangkal tuduhan itu! Payment? Mmg standard alasan mereka2 yg hentam keromo tanpa bukti!

    3. Ya, sy akan terus pertahan PRINSIP! Dan sy takkan pertahankan mereka yg menghancurkan prinsip itu! Jika puak2 UMNO-APCO nak menipu, mmg itu darah daging depa. Tapi kalau sistem dalam KEADILAN sendiri menipu, apa lagi nak dikata?

    4. Saya ingin jelaskan di sini, jgn nafikan kemampuan sy semasa sebagai S/U AMKPP dulu. Saya catat semua keputusan mesyuarat, yg mana kebanyakan 'Tuan Anonymous2' di atas tak terlibat pun dalam miting itu. Dan secara hitam putih, nama Shamsul Iskandar TIADA dalam senarai sejak awal miting EXPOMUDA, dan nama beliau hanya datang pada malam pertama EXPOMUDA, yg diumum pengerusi majlis. Tidakkah itu tindakan yg terang2 TIDAK MENGHORMATI keputusan mesyuarat?

    5. Kenapa sy tak iktiraf Shamsul Iskandar? Ya,..sama dgn pemilik blog ini,..sbb pemilihan baru2 ini amat kontroversi! Adakah anda akan mengiktiraf seorang lelaki yg diumum naik ke pentas sebagai Ketua AMK Pusat, dengan jumlah undi yg tidak dinyatakan, dgn keputusan 3 cbg di Sabah belum tahu hujung pangkalnya,..dan juga dgn keputusan di sarawak juga misteri? Dan tup..tup,...dia jadi KETUA AMK? Renungkanlah,..

    6. Ya,..sy mengaku, sy masih 'muda' dalam KEADILAN,..tp itu mungkin juga lebih bagus dari pemuka2 hipokrit yg bersarang dalam KEADILAN selama ini. Tergila2 jawatan Ketua AMKPP? Ini yg paling 'low' antara semua tuduhan2. Jika diberi peluang mengundi, walau undi itu rahsia, sy tetap mahukan Sdr. Amir Ghazali sebagai Ketua AMKPP!

    Sekadar itu saja yg dpt sy kongsikan kpd anda semua. Kpd tuan punya blog, terima kasih byk kerana mengundang 'komen-komen bernas' tetuan anonymous yg penakut di atas. Apapun, sy yakin, masih ada Keadilan dalam KEADILAN! Ketelusan yg kita mahukan! Kita mahukan KEADILAN ini sesempurna mungkin sebelum memimpin Putra Jaya! REFORMASI!!

    ReplyDelete
  11. aku nk tergelak tgk korang nie... 1 puak mmperrjuangkn agenda peribadi sseorg.. 1 puak lg mencela puak yg lain.. klu korang smua mcm nie... jd la hngpa smua barua umno slamanyer.. dua2 puak nie bg aku btol2 sial yg mghmpakn jutaan hrpan rkyat.. xpyah la nk main politik sgt.. rakyat bwahan dh mula meluat ngan hgpa tau x.. sedar la diri tu skit..

    ReplyDelete
  12. Cr Kassim,

    Anon 1:36 yes semua yg baca faham apa termaktub dikepala,hanya mengherankan aku kenapa kes ni timbul selepas dan bukan sebelum,waa cayalu yg sebaiknya KIV dulu lepas pru13 agenda PKR nak tongsengkan UMNOGOK ini terbantut,siapa shamsul pun waa tak kisah lpasni waa janji cangkul shamsul dipuncak AMKPP utk ramai2 kita jatuhkan,tapi kalau benar2 dia salah

    ReplyDelete
  13. seingat saya amir ada sebut tentang samsul pada awal meeting yg pertama.. tetapi setiausaha yg tak minitkan.. yang kedua... dalam meeting yg akhir pun jelutong ada bangkitkan tentang kehadiran sam di penang, tetapi setiausaha buat pekak telinga... jadi setiausaha mana boleh memihak.. sempit suungguh politik syed mikael.. prinsip kepala bana apa nya.. sam tak berucap pun..klu ya pun dia berucap, apa bezanya dengan chegu bard berucap ? pasai apa sampai kena letak kan jawatan ? dah tue hantar kat semua ajk cabang.. dan amkpp ? tak payah la sms.. hantar saja surat kpd ketua amkpp.. lagipun jawatan tue dah automatik gugur selepas pemilihan... klu betul ada prinsip letak jawatan sebagai ketua amk cabang.. amk yg turun mengundi pun baru 20 orang..kah kah kah

    ReplyDelete
  14. Syed Mikael Rizal AididJanuary 3, 2011 at 5:46 PM

    Kepada Anon 12.46,...yg hanya tahu mai miting sj, tanpa tahu prosedur miting. Selagi benda tak confirm, perlukah dicatat? Kasihan dgn sdr, yg bertopeng dan menikus takut di balik nama samaran,...siap mencabar lagi sy utk letak Ketua AMKTG? Siapa sdr nak cabar saya? Sekadar pembetulan,..kalau tak mai MATC cabang org lain,..jgn memandai buat tuduhan melulu. Yg turun mengundi hari tu di cabang Tasek Gelugor utk AMK, secara tepat adalah 87 Org. Saya menang dgn jumlah undi 61, dan menewaskan pesaing saya dgn majoriti 37 undi. Mana dtg cerita 20 org sj yg mai ni?? Apa yg anda susah hati sgt ni Anon 12.46?

    ReplyDelete
  15. Syed...

    Satu nasihat aku pada hang, klu nk berpegang dgn prinsip kena lah besungguh2, tgklaa chegubard yg hang pertahankan dia bersungguh2 ttg prinsip. Nie hang buat malu ja.. Kesana sini cakap ttg prinsip tapi buat satu penang gelak dgn prinsip hang. Renung2kan la syed betoi ka apa yg hang buat nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post