Keranda kecil dibawa di Konvensyen DAP Pulau Pinang

BEKAS Ketua DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong membawa keranda kecil untuk diserahkan kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Chong Eng kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan bahawa beliau adalah penggerak utama untuk menjatuhkan kepimpinan DAP negeri pada Konvensyen Pulau Pinang di sini, hari ini. - Foto NSTP

GEORGE TOWN: Perwakilan yang menghadiri Konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini terkejut apabila bekas Ketua Bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, membawa sebuah keranda kecil untuk Timbalan Setiausaha DAP, Chong Eng.

Teh, yang lebih mesra dengan panggilan Sakura Teh, tiba di pintu masuk tempat persidangan di Dome, Komtar, pada kira-kira 1.30 tengah hari tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan yang bertugas di situ.


Bagaimanapun, Teh kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau kecewa dengan Chong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, kerana menuduhnya sebagai dalang di sebalik usaha menjatuhkan kepimpinan parti.

"Saya telah keluar dari parti awal tahun ini dan kenapa dia (Chong) masih mengaitkan saya dengan parti dan sebagai dalang untuk menjatuhkan kepimpinan parti," katanya.

Menurutnya, beliau tidak lagi menjadi ahli parti selepas menjadi muflis.

"Saya kini sebagai pekerja biasa di pasar. Sebalik membantu saya, pemimpin DAP masih menuduh saya sebagai orang yang mahu menghancurkan parti," katanya.

Di atas kerandan kecil itu, Teh menulis perkataan: "Hope that everything that you've done will success" (Harap apa yang anda lakukan akan berjaya).

Selepas gagal menyerahkan keranda kecil itu, katanya, beliau akan cuba menghantarnya ke rumah Chong pada malam ini.

"Saya akan pastikan bahawa keranda kecil ini berada di hadapan rumah Chong esok," katanya.

Semalam, sebuah laporan berita portal (Free Malaysia Today) memetik Chong sebagai berkata, bahawa Teh adalah dalang di sebalik komplot menjatuhkan kepimpinan parti itu.


BERNAMA

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Simbolik sungguh si Sakura Teh ni, dia tak main lah saman malu ke mahkamah sebab saman malu orang tak takut tapi keranda orang tengok mesti kecut perut. Kalau aku jadi si Teh ni aku hantar keranda terbang aje, takyah susah2 nak heret sana sini.

    ReplyDelete
  2. FMZam..

    Bagi orang Cina membicarakan soal mati ni dianggap kurang sopan atau pantang kerana dianggap sial..

    Teh ni bawa keranda terus.. aku tak tau nak kata apa jenis sial la pulak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post