Ketuanan Melayu atau Ketuanan Anwar?

Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.

"Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. 'Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan 'Ketuanan Anwar'. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya.

Shamsul mengulas kenyataan presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu.


Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.

Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, Shamsul berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini.

Katanya, Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi.

Menurut beliau jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek.

Kesan buruk

"Kalau kita lihat sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu," katanya.

Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum.

Sementara itu bagi pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim istilah Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara,.

Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

"Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya.

Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya.



Bernama

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sudahlah Shamsul Oiii.. Engkau sendiri berbinikan org putih dan hidup pulak ala-Barat.. Ada hati nak cerita hal ketuanan melayu pulak..

    ReplyDelete
  2. profesor kangkung,,,tukang salak untuk umno/BN

    ReplyDelete
  3. Prof Rimba cakap,

    Sekarangni bila ada dgr pilihanraya nak mula banyaklah profesor najis2 tong taik tumbuh mcm cendawan lepas hujan,apa kan nak berlumba adudumba tunjuk kepakaran konon,buat rakyat mabuk mendengar rintihan prof kangkongni berhujah,tuah2 dpt sekarong guni pujian dari PM,tak payahlah prof nanti katak2pun mahu berucap sama 2x5 buat pening kepala rakyat aje...

    ReplyDelete
  4. ketuanan melayu bila hak melayu nak di kekalkan dan mempertahankn tapi hak yang mutlak dan hukum kejadian sifat hak ketuhan tu yang wajib di pertahankan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post