Liwat 2 tu bukan perangkap kata Mahathir (Video Inside)

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad tidak percaya tuduhan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran perangkap seks.

"Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir selepas merasmikan cawangan kedai roti The Loaf di Bangsar Baru hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan ketika ditanya mengenai kabel diplomatik yang didedahkan oleh lamanweb Wikileaks, yang mendakwa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengatakan bahawa Anwar masuk 'perangkap seks'.

Dr Mahathir menyuarakan keraguan masakan ramai orang - dari hakim, saksi, polis, kakitangan makmal dan lain-lain - boleh berbohong atau memalsukan kes terhadap bekas timbalannya itu.

Ditanyai mengenai kabel diplomatik lain yang dibocorkan oleh Wikileaks, yang menunjukkan pegawai Singapura yang memandang rendah terhadap Malaysia, Mahathir menjawab:

"Itu pandangan mereka Tapi mereka begitu kaku sehingga mereka tidak boleh berfikir di luar apa yang Lee Kuan Yew kata..."

"Anda boleh petik saya berkata demikian," kata Dr Mahathir.

'Lee tahu tentang Anwar'

Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mahathir yakin Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan ketua pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, lapor Bernama.

"Ya memang...saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Globalizing Malaysians in 2020" di Universiti Tenaga Nasional hari ini.

Menurut laporan akhbar, pendedahan itu dibuat oleh sebuah lamanweb antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh dari kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008.

Sementara itu, dalam syarahannya, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia terutamanya golongan muda harus menanam nilai-nilai jati diri yang kuat dalam menghadapi perkara yang kurang baik kesan dari ledakan globalisasi.

Katanya keterbukaan bukan bermakna sikap seseorang individu juga harus terbuka termasuk menghalalkan perkara yang songsang.

"Jika anda seorang Muslim, anda harus kekal dengan amalan-amalan dan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim," katanya.

"Persiapkan diri dan anak-anak anda dengan nilai-nilai yang baik mulai sekarang. Anda harus mempunyai interpretasi sendiri terhadap makna globalisasi agar kesan baiknya turut memihak kepada anda," katanya.

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kes sodomy yang pertama dimana DSAI menang juga melibatkan saksi, hakim polis dan lian tapi akhirnya mahkamah kata tak ada kes. Jadi bukankah ramai yang terlibat untok set up kes ini. Apa macam fikir fikirkanlah.

    ReplyDelete
  2. Alahai Che Det betul lah kau ni dah nyanyuk, kes liwat tu memang perangkap, kalau bukan perangkap macamana pulak Anwar terjerat? Kes liwat Anwar tu adalah Perangkap Yang Mengena, bukan Perangkap Yang Tak Mengena macam kes anak kau jadi jutawan, sebab yang pasang perangkap tu kau, kau yang tentukan perangkap mana yang kena, perangkap mana yang tak kena. Tu towkay Cina kat belakang kau tu pun kau juga yang tentukan perangkap tu tak kena dia, kan?

    ReplyDelete
  3. ASD,

    Saya percayakan Tun M,teringat pepatah "sepandai tupai melompat kadang-kala terjatuh ke tanah juga"

    Penjelasan Tun M ada kebenarannya,kes liwat-1 di Malaysia saja yang buat tuduh, tapi sekarang orang2 luar negara berkata pula, haruslah kita berfikir sejenak, liwat-1 kata tiada bukti, liwat-2 lain rentaknya, tak mungkin Kerajaan nak bayar seluruh atau separuh penduduk2 dunia untuk percaya liwat-2,tapi kalian kena ingat dimahkamah yang tak salah jadi salah..yg salah terlepas, ia adalah terletak pada kebijaksanaan peguam tertuduh juga, harus ingatlah di mahkamah ALLAH tiada siapa terlepas.

    Ramai orang kata kt Saiful (mangsa liwat-2),baru2 ini dia ke Makkah tunai haji..ok aje tak jadi apa2 pun, kalau dia kaki "BOM" atau penipu, tentu terjadi sesuatu yang dahsyat.

    Terfikir, bila pula pemimpin anugerah tuhan kita tu nak buat haji? takut terbakar bila pijak tanah haram Makkah kot!!

    ReplyDelete
  4. kpd anonymous 12:11

    isk tak sangka ada org jahil camni.
    kalu ilmu agama tu cetek x payah buat statement pasal hukum tuhan.nampak sgt bangang! ni sbb tlalu byk baca mastika la ni. sbb tu pemikiran pun sempit macam utusan!!
    setakat p haji blum tentu dpt hidayah oi!haji tu rukun Islam. hidayah tu keja tuhan.Dia bg kpd siapa yg dikehendakiNya.
    BINGAIIIIII!

    ReplyDelete
  5. alahai ...si tua bangka ni bila nak bertaubat ? ingat ...balasan fitnah amat keras dan lebih dasyat dari membunoh altantunya.

    ReplyDelete
  6. jgn lar jadi bodoh..Allah boleh balas kat mane2 jer bukan kt mekah jer..aper yg terjadi dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  7. SETUJU DENGAN ANON 1:16 AM

    ReplyDelete
  8. Kita sama2 tunggu orang tua ni merasmikan kedai jual arak pulak......anak dia kan taukeh

    ReplyDelete
  9. Anon 12:11, belum sempat aku balas tembakan kau sudah ditembak oleh Anon 4:46. Padan muka kau nak cakap tentang hukuman Allah pun kau tak tau baiklah kau diam aje, lebih banyak kau cakap lebih banyak bodoh yang kau tunjuk. Kau baik belajar dengan Anon 4:46 tu daripada belajar dari Saifool yang pergi haji pun dengan duit yang tah2 tak halal.

    ReplyDelete
  10. Bila olang tua ini akan mampus?

    ReplyDelete
  11. kawan, mahafiraun kata Sodomi II bukan perangkap dan ianya bermakna Sodomi I (masa dia PM)adalah perangkap. Dia ingat dia yang paling teror, dia tak tahu perangkap Jibon bermula dengan Sodomi II, vid Carcossa dan ada 18 semuanya kata kak ummi yang suci. DSAI adalah pejuang dan sebagai pejuang tulen dia kena tahu bahawa hidup dia pasti sengsara dengan diaibkan, dipenjara, diracun, didera dan mungkin dibunuh. Biasanya seorang pejuang tidak akan dapat menikmati hasil pejuangannya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post