Najib kata Usah gadai masa depan Negara kepada pembangkang

Najib berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini... fuh takbur sekali ayat dia ni..

Bagaimanapun aku setuju dengan ayat ini.. "sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat." kerana harga minyak yang telah dijanjikan tidak akan dinaikkan telah dinaikkan.. memang menyusahkan rakyat sungguh pemimpin yang berjanji itu..

Najib: Usah gadai masa depan Negara kepada pembangkang

PEKAN, 11 Dis — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

“Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di sini hari ini.


Najib berkata kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.

“Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka,” katanya.

Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.

Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

“Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional,” katanya.


Bernama

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sudah tak ada apa yang rakyat perlu takutkan lagi kerana selama 53 tahun UMNO memerintah tidak ada apa lagi yang tinggal untuk rakyat gadaikan kerana semuanya sudah digadai oleh UMNO. Kalau sekarang rakyat memilih pembangkang itu bukan lah menggadai masa depan negara tetapi itu adalah untuk menebus kembali apa yang UMNO telah gadaikan!

    ReplyDelete
  2. dah tak ada apa utk digadaikan dah pun. habis semua dah tergadai tanah, air, elektik, hospital dll. yang tinggal hanya hutang. marilah kita sama2 gadaikan kerajaan BN!!

    ReplyDelete
  3. FMZam kau memang bijak,kata2 najib kau putarbelitkan,bermakna kau lebih bijak dari najib...gua sokong lu...

    ReplyDelete
  4. Memang benar kata2 PM, PR dah buat apa kat negeri2 depa...apa kebendaan pun tak buat...hanya ikut perancangan kerajaan dulu...kah..kah..lagi dok kelentong kata nak tolong rakyat...kawan2 diatas kauorang sebenar tak sedar diri...nikmat mata yang Allah SWT berikan di butakan...kauorg dah tanya tok-nenek kauorg...apa mereka ada semasa umur macam kauorg?? hari ni anak2 bila celik (lahir) dah ada semua, apa yang nak semua dapat!! dari kandungan baru 3bulan dalam perut ibu pihak hospital dah follow up, kini hanya sedikit dugaan dah merunggut...moga kauorg Allah SWT beri kesedaran apa erti nikmat hidup dibumi M'sia yang dirahmatiNYA..

    ReplyDelete
  5. bro...ko ni mmg tegar betul....ko aku rasa...mati hidup balik pun ko tetap pilih umno/bn...manusia ni xboleh diberi pegang jawatan lama2..ko tgk jawatan ketua kampung je la..bila pegang lama jawatan apa jadi...toksah ckp byk...kita try dulu..tak ok...5tahun kita ubah balik balik...bila dua2 parti sama kuat..rakyat gak untung..masing2 mesti beri khidmat terbaik kan...pk la bro...aku naik muak dah org ckp mcm ko ni...umno skrg pembohong byk...ckp minyak tak naik tahun ni..last2..tak sampai tahun baru..dah naik...so pk la sendiri bro.....

    ReplyDelete
  6. Anony 1:48pm.

    5tahun apa pun boleh belah, beli kerata ansuran dah habis bayar,kahwin lima tahun, lima anak boleh keluar...lepas tak suka boleh bercerai...kah..kah..anak tu buang tepi jalan...itu otak singkat selalu makan ajinomoto

    ReplyDelete
  7. kat negara lain tu amengok perintah ke? kat sana semua pun ada sekolah, ada jalan, rakyat depa dapat makan,bla bla bla...rakyat dah pilih depa tu depa punya tanggungjawablah cuma amengok ni dia pandai2 extend sampai ke menyamun sekali...

    we malaysian deserve better than this.kalau sumber kita terhad tak apa...ni tak kita kaya ngan mcm2 sumber tapi sebab TAK AMANAH punya pasal....hak rakyat jadi hak sendiri. NI pun korang nak sokong lagi ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post