Nallakaruppan cabar Shamsidar dedahkan siapa Anwar.

Tak habis-habis Nallakarupan ni, Shamsidar pun dia nak heret sama..


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsidar Taharin dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu.

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar.

Beliau amat yakin Shamsidar mempunyai pengetahuan luas mengenai Anwar kerana kedua-duanya mempunyai hubungan amat rapat suatu ketika dahulu.


"Shamsidar bukan saja arif mengenai suaminya, malah turut mengenali siapa Anwar sebenar.

"Dia tidak sepatutnya hanya memikirkan tentang suami tetapi perlu juga memikirkan kepentingan rakyat dan negara agar tidak terus ditipu dengan membongkarkan segalanya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak semalam yang mendakwa parti itu tidak akan berubah menjadi lebih baik kerana ia adalah hak mutlak Anwar.

Menurut Saidatul Badru, bukti kepada dakwaannya itu adalah pemilihan yang berlangsung baru-baru ini didominasi oleh calon pilihan Anwar termasuk Azmin, Tian Chua dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Nallakaruppan berkata, beliau dalam masa sama mahu Anwar jujur dan menjadi 'lelaki sejati' dengan mengakui kesilapan dan menceritakan kebenaran kepada umum.

"Usahlah terus menulis skrip filem untuk dilakonkan Azizah dan diarahkan Azmin. Rakyat bukan bodoh dan sentiasa menilai pergerakan anda sejak 1998 lagi," katanya.

Sementara itu, beliau turut menempelak sikap Ahli Parlimen pembangkang yang beria-ia mempertahankan Anwar daripada dikenakan tindakan ekoran mengaitkan Israel dengan gagasan 1Malaysia kelmarin.

"Kenyataan dikeluarkannya itu secara jelas hanya untuk mengaburi kes moral yang sedang dihadapi. Beliau cuba menutup segalanya dengan melakukan apa saja seolah-olah tidak melakukan kesalahan.

"Itulah yang dilakukannya pada 1998 dahulu hingga ramai orang terpedaya. Anwar melakukan bermacam-macam perkara demi menutup kesilapannya ketika itu, takkan mereka (pemimpin pembangkang) tidak tahu," katanya.


Media UMNO

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hanya yg bodo saja percaya cerita ini,logik kah penghasutan nila setitik rosak PKR,ini munkin kemahuan angan2 bro`yg kalah pemilihan dulu,yg sudah sudahlah,ini bukan nak menjatuhkan PKR tetapi parti UMNO/BN yg menerima risiko,sebab rakyat semakin membenci UMNO/BN gara2 petar alam nila basi ni......

    ReplyDelete
  2. siapa si black. ini..cabar org taktentu pasai...suruh diam...tutupmulut dan punggung..nanti marah dek simah..disumbat C4 dalam jubur..mampus free...

    ReplyDelete
  3. Bila si nala punya Nala ni kaitkan nama Syamsidar, kita faham yang dia nak sampaikan message mengapa Anwar favour Azmin untuk jawatan timbalannya. Kalau si Nala nak kata Anwar dan Syamsidar dulu ada skandal, rakyat kena fikir juga tentang skandal Najib dengan Ziana Zain dan Altantuya, skandal siapa lebih besar? Kalau si Nala nak buat "crusade against scandalous politicians", Nala mesti buat dulu pada Najib kerana Najib memerentah negara ini sekarang, bukan Anwar, dan Najiblah yang lebih berbahaya berbanding Anwar yang mungkin tak akan ada peluang untuk menjadi PM bila dia asyik keluar masuk penjara saja.

    ReplyDelete
  4. nak dedah apa pun,umnobn kena bagi kalah pru13 dulu.

    ReplyDelete
  5. standard la. nama pun nalla. nak tarik perhatian naib!! yg tu saja dia ulang dari dlu. point tarak bukti pun tarak. ayat camni pun utusan bleh wat jd berita ka?? patut rugi berjuta! klu fitnah tu keratif aku bleh terima laa. klu ada yg pcaya tlg tlggg p operate buang otak. hidup pakai hati lg senang. budusss punya utusan!!

    ReplyDelete
  6. Nak skandal apa ini cerita lawak tersiuh rakyat ketawa mana yg tutup mulut tu sah tak ada gigi,nalakurapan cerita 1998 tinggal kenangan now 2010,kubur dah kata mari,ini munkin kerja sibangsat yg kalah pemilihan.apa2pun UMNO harus tumbang pru13 walaupun DS Anuar disumbat dlm penjara,yg penting empire busuk perut kurap harus tersungkurrrr...

    ReplyDelete
  7. Apa keling India ni pula tak habis habis nak rosak orang. pi jauh jauh

    ReplyDelete
  8. Aku rasa Puan Shamsidar kenalah sahut cabaran Nalla sebab mereka ni dahulunya sekutu laki dia, selalu makan semeja,ceramah sekali, mengutuk bersama,berdemo sekumpulan, berbincang sampai pagi, kadang2 tu tersilap pun bilik pun berlaku di hotel...

    P/s: Aku pun pernah silap ketuk bilik time sewa hotel

    ReplyDelete
  9. Kenapa kau orang semua tak jumpa Dato Nalla untuk mendapat kepastian darinya. Kenapa Anwar, Azmin, Azizah tak saman sahaja Dato Nalla sekiranya itu semuanya fitnah.

    ReplyDelete
  10. Kalau akulah tempat Anwar dah tentu aku saman Dato Nalla kerana pandai2 memfitnah orang.

    Aku ni bersihlah, itu sebab aku 'TAK BERANI' nak sumpah macam Saiful.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post