Negara tidak stabil jika dipimpin pembangkang - EXCO Pemuda UMNO

Dulu dia ini juga yang buat cerita kononnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendalangi kegiatan tawar-menawar lompat parti khususnya untuk menarik beberapa ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Bahagian di Perak menyertai parti pmbangkang berkenaan.

Menurut beliau, difahamkan mereka menggunakan pelbagai cara menarik pemimpin Pemuda dengan cara menawarkan pelbagai bentuk imbuhan dan jawatan tertentu.

Macamlah AJK Pemuda UMNO tu ada nilai sangat… lagipun kalau PKR ada duit mana mungkin akan ada ADUN-ADUN dan MP yang boleh dibeli oleh UMNO..

Kali ini Exco Pemuda UMNO, Mohd Hishamudin Yahaya “Malaysia dikhuatiri akan terjerumus ke dalam suasana ketidakstabilan jika pakatan pembangkang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerintah negara ini kerana parti itu terbukti tidak menjaga hak Ketuanan Melayu dan institusi Raja Berperlembagaan.”


Tidak Stabil?? Nampak macam sudah ada perancangan untuk menjadikannya reality saja ni..


'Negara tidak stabil jika dipimpin pembangkang'

2010/12/02

BOTA: Malaysia dikhuatiri akan terjerumus ke dalam suasana ketidakstabilan jika pakatan pembangkang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerintah negara ini kerana parti itu terbukti tidak menjaga hak Ketuanan Melayu dan institusi Raja Berperlembagaan.

Exco Pemuda UMNO, Hisamudin Yahya, sehubungan itu, berkata pakatan pembangkang tidak wajar diberi sebarang mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Katanya, kelantangan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali, yang menolak konsep Ketuanan Melayu, menggambarkan pemimpin parti pembangkang itu terdesak untuk menarik kembali sokongan rakyat tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat Melayu. Beliau berkata, kenyataan terbabit bukan sesuatu yang menghairankan kerana PKR ketika ini berdepan pelbagai konflik kepercayaan dan sokongan apabila ramai ahlinya, termasuk pemimpin kanan bertindak keluar parti.

“Konsep ketuanan bukan bermaksud antara tuan dan hamba, sebaliknya ia menunjukkan siapa lebih berhak ke atas sesuatu perkara,” katanya pada majlis Pemuda UMNO Turun Padang Bersama Pemuda UMNO Bahagian Parit di sini, kelmarin.

Hisamudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Daftar Keahlian dan Pemilih Pemuda UMNO berkata, konsep Ketuanan Melayu merujuk kepada kuasa Raja-Raja Melayu yang memerintah negara ini sebelum wujudnya negara Malaysia moden.

Dalam konteks Ketuanan Melayu, katanya, ia bermakna hak keistimewaan perlu dikekalkan kerana negara ini asalnya milik orang Melayu.
Beliau berkata, hak itu bukan bermaksud kedudukan Melayu lebih tinggi daripada kaum lain, namun ia sebagai balasan pengorbanan mereka berdasarkan catatan sejarah.

“Orang Melayu sudi menerima kaum lain dan mereka berhak mengekalkan keistimewaan sebagai kaum asal negara ini.

“Keistimewaan ini beri peluang orang Melayu memperbaiki diri dalam sektor ekonomi yang dikuasai kaum lain,” katanya


Berita Harian

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Salam Bro.
    Setau teman, kalu PR yang memerintah next PRU, bermakner PR adalah kerajaan & vise versa, yer dok...

    ReplyDelete
  2. ingat umno n barisan je ke boleh memerintah......sekarang negara hancur disebabkan umno n barisan....menjaga kroni2 projek sane sini....rakyat ditindas....hak keistimewaan dirampas....yang sebetulnya umno n barisan sudah tidak diterima oleh rakyat sekarang...

    ReplyDelete
  3. Betul tu Bro Apam..

    Tahap pemikiran EXCO Pemuda UMNO setakat tu saja la..

    Yang depa tahu macam mana nak buat duit cara mudah dengan macam mana nak tambah bini..

    ReplyDelete
  4. Negara Muflis jika dipimpin oleh Barisan Najis - EXCO Pemuda Rakyat.

    ReplyDelete
  5. Slm tuan

    Orang melayu jadi bodoh pasal ada orang yang mcm tuan.

    Tuan bkn tuhan boleh tahu stabil x negara ni. Bodoh. Lain kali hidup cuba berhijrah

    ReplyDelete
  6. Nak beritau sikit pada exco pemuda umno yang bangang tu.....eloklah berhenti pi potong getah kalau setakat politik tahap itu.

    Kalau dah bangang jangan ajak orang lain jadi bangang!

    ReplyDelete
  7. yang tak stabil penganut dan pendokong umno.

    ReplyDelete
  8. Apalah sangat ada pada ketuanan melayu tu sedangkan:
    -Masih ramai melayu yg hidup merempat dan miskin.
    -Tanah melayu tergadai oleh tangan melayu sendiri yang mengayakan kroni dan cukong2.
    -Lebih ramai melayu terlibat dalam aktiviti tidak moral baik muda ataupun tua.
    -Apa yang melayu ada....???

    ReplyDelete
  9. Melayu seberang cakap,

    melayu yg mendukung ketuanan melayu hanya ada najis yg terkumpul bertong2 utk di export ke negara luar,contoh dah ada MB,N9,KM S`wak,dll habis hRTA melayu bertong2 diluar negara,org luar yg kaya,melayu dlm ketuanan melayu papakedana merempat d negeri sendiri....itulah KETUANAN MELAYU YG NAK DIPERTAHANKAN.....Kini rakyat melayu hampir 80%dah tak minat mengundi UMNO Ketuanan melayu.....meyusahkan saja

    ReplyDelete
  10. adoi ai!
    bw mamat ni pegi balik ms zaman mahader memerintah!!!! tunjuk kat dia ape yg blaku!!!! paling tak bole diterime!!! penarikan kuasa raja2 ....bukan raja gopal tau! RAJA² MELAYU....hoh! sape punye keje tu???!!! adoi ai...senget tul uncle nih!
    **1994, still at skola rendah*lol* =p

    ReplyDelete
  11. Lebih 50 thn Umno memerintah tp yg trkaya adalh saf pemimpin Umno yg d lantik oleh rakyat. Apa ke jadahny nk sokong penyangak mcm ni lagi. Ada pemimpin Umno yg tak kaya?? Tolong jelaskn skit..

    ReplyDelete
  12. Aku setuju dengan kenyataan Hisyamudin tu.. Kalau PR memerintah Malaysia pasti berlaku ketidakstabilan di mana2.. Tapi yang tak stabil tu poket org2 UMNO/BN sebab tak ada duit masuk dah.. Itulah mentaliti orang UMNO/BN semua nak kena suap..

    ReplyDelete
  13. sudah lah yop .aku kenai sangat kau yop
    kome berpolitik pun kerana wang. kome datang ke kolompo ni pun merempat. sudahlah tu hentikan berpolitik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post