Pembangkang Tak Layak Perintah Negara - Raja Petra

Susah macam ni.. perlu kita akui RPK memang mempunyai pengaruh yang kuat dialam cyber ini.. Apa yang tak kena dengan PKR agaknya, mungkin banyak yang dia tahu..

Tapi bagi aku, aku tetap berpegang kepada ayat yang pernah Raja Petra katakan sedikit masa dulu " Selagi saya masih menulis tentang Anwar dan PKR dan juga PR itu maknanya saya masih menyayangi mereka...."

RPK Serang PKR: Pembangkang Tak Layak Perintah Negara
Updated: Rabu Disember 15, 2010 MYT 12:08:34 AM

PETALING JAYA: Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang tidak sebulu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus `menyerang' parti pembangkang itu dengan menyatakannya tidak layak memerintah negara ini.

Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok oleh Umno atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah?," tulis Raja Petra dalam ruangannya, No Holds Barred, Isnin.

Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai 'kuda Trojan' serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak.


Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat.

"Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot.

"Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini," soalnya.

Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah.

"Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan.

"Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi," ujar Raja Petra.

Katanya, ramai kecewa dengan laporan WikiLeaks mengenai pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka berasa ia adalah tidak adil dan beretika bagi WikiLeaks untuk menerbitkan satu laporan berhubung dengan isu tersebut ketika prosiding mahkamah masih berlangsung.

"Sudah pasti, saya bersetuju, perbicaraan itu sedang berlangsung. Jadi kita tidak sepatutnya memberikan komen tentang sesuatu perbicaraan yang sedang berlangsung.

"Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini?

"Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw (secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar.

"Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar," tulisnya.

Raja Petra menambah, Malaysia Today bukan sahaja lantang bersuara dalam kes perbicaraan Anwar bahkan beberapa kes besar termasuk kepincangan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semasa ia masih dibicarakan di mahkamah.

Dia memberitahu, mereka yang suka mencari pasal perlu bersedia untuk menerima kritikan.


mStar

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Apa la RPK ni.. Biasalah.. Dah namapun manusia kan.. Suka dipuji dan tak suka dicaci.. Kalau org cerita keburukan kita takkan kita bertepuk tangan.. Mestilah kita lawan... Kalau org puji lawan kita tentulah kita tak suka.. Apa nak herannya.. Mmg la PR ni tak la hebat sgt.. Masih byk kelemahan.. Tapi itu tak bermakna BN tu bagus pulak..

    Aku rasa RPK ni dh boring agaknya duk UK lama2.. Tak pun duit sponsor dah nk abis dah.. Jadi sebelum balik tu kena la bodek UMNO/BN la.. Kalau tak kang kena tangkap ISA pla..

    ReplyDelete
  2. Betul AnakPolis apa kau cakap aku tengok RPK ni lama2 kalau macam ni lah sikap dia memang sah senang dibeli UMNO dan aku tak terkezut kalau dia jual roh dia (sell his soul) kepada UMNO yang bila2 pun sanggup terima dia kedalam kangkangan UMNO. A R Tompel pun kata Possible...Possible! Ni mesti dah tak dapat cukup duit sponsor hidup kat England, ye lah dia ni keturunan raja, mana biasa hidup sempit, dalam buangan pun hidup mesti gaya, mana tahan!

    ReplyDelete
  3. RPK merupakan seorang yang berfikiran berpanjangan. Apa yang kita tak nampak hari ini dah nampak oleh RPK. Kalau sedikit teguran kat PR pun dikatakan dibeli BN, macam ini amat susah lah negara Malaysial ini. Saya amat benci kepada Barisan Najis. Saya harap PR boleh menjadi kerajaan pada PR13 nanti. Saya sependapat dengan RPK bahawa PR perlu lebih perhatin. Tapi bagaimana pun saya tetap akan undi PR kerana BN adalah dari golongan penyamun, PR masih perlu asuhan. Saya tegur anak saya kerana saya sayangkannya. Kalau saya tak tegur maka saya sudah benci...begitu lah hang-hang semua kena faham-faham sikit...

    ReplyDelete
  4. Anon,

    Bukan aku tak fikir kebaikan RPK, tapi niat dia sudah macam seorang yang putus harapan dan kalau kita faham apa itu breakdown, tanda2 breakdown sudah nampak pada RPK yang menunjukkan ketidaktahanan mental ataupun sudah luntur semangat moral. Itu yang kita nampak pada mental belum lagi kita tahu apakah dia mengalami physical breakdown. Kalau dia tabah pada perjuangan rakyat, dia kena tahu apa yang dia fikir dan perlu cakap dan apa yang dia fikir tapi tak cakap. Lihatlah dia kata Pakatan tak suka ditegur sedangkan pada waktu yang sama dia juga tak suka ditegur oleh Pakatan! Kau juga fikir2kan lah yang Pakatan berjuang untuk rakyat sedangkan RPK berjuang untuk dirinya sendiri (pinjam kata2 si Betara Majapahit dari filem Puteri Gunung Ledang).

    ReplyDelete
  5. menesia kalau jadi lagu ni,kita nak hujah apaa pun,dia tak pakai dah.nak jadi kuasa ketiga tu,biaq pi kat dia.kalau dia jelas sokong umno,baru kita boleh tegur kutuk dia.

    ReplyDelete
  6. aku rasa fulus makin berkurangan ... kita pun kalau dah lemas akan capai apa saja untuk menyelamatkan diri ...

    ReplyDelete
  7. RPK..aku ingat dia ni dah sedaq kot, dia dah nampak sapa cakap boleh bikin dan sapa pula cakap tak serba bikin...hangpa ingat sapa tak boleh bikin..? yang selalu bikin kacau aje, hari ini kt parlimen puak2 ni buat kacau..macam budak2..

    ReplyDelete
  8. Memanglah pembangkang tak layak perintah negara. Yang layak KERAJAAN. Ada faham???

    ReplyDelete
  9. kalau UBN jadi pembangkang maka PR akan jadi KerajaaN ada FAHAM??? rpk DAH LEMASSSS SBB ITU CAPAI APA SJ JGN X CAPAI..HE2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post