PKR itu Parti Keluar Ramai-Ramai kata Najib

''Senarai panjang sangat. Izinkan saya minum air dahulu. Lantaran itu amat tepat jika PKR itu kita katakan sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai," kata Najib bila menyentuh isu para pemimpin PKR yang keluar parti.

Najib juga menggelarkan pembangkang sebagai pakatan nepotisme memandangkan kepimpinannya yang dibarisi suami, isteri, bapa dan anak-anak.

Nak kata tuduhan Najib tu salah.. yang jelas ianya betul, jadi terimalah dengan hati yang terbuka..

Dalam Konvensyen ini Najib juga mempertikaikan dakwaan DS Wan Azizah yang suaminya itu anugerah Tuhan dan kebijaksanaan PAS juga dipersoal beliau..


PM gelar pembangkang pakatan nepotisme

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggelarkan pembangkang sebagai pakatan nepotisme memandangkan kepimpinannya yang dibarisi suami, isteri, bapa dan anak-anak.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, perkara tersebut jelas apabila keputusan pemilihan sebuah parti pembangkang baru-baru ini menyaksikan ketua umum, presiden dan naib presidennya datang daripada sebuah keluarga.


Lebih menarik lagi menurut beliau, timbalan presidennya pula dikatakan ada hubungan istimewa dengan ketua umum parti berkenaan.

Katanya, begitu juga dengan satu lagi anggota pakatan pembangkang yang dilihat sebagai parti 'Anak Beranak Sendirian Berhad'.

''Dengan hegemoni dua dinasti, satu keluarga dengan kuasa dan satu lagi keluarga tanpa kuasa, semuanya ini telah ditentukan. Sebabnya dalam sistem parti ini setiausaha agung lebih berkuasa daripada pengerusi.

''Sungguh lucu rasanya apabila mereka pula yang berani menuduh kita sebagai pengamal nepotisme. Saya ingin bertanya siapa pengamal nepotisme yang sebenar di sini?" sindirnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA di sini hari ini.

Mengenai Pas, Najib di dalam ucapannya hairan dengan pendirian parti itu kerana sanggup menjalin kerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara walaupun mengaku menjadi pendukung Islam.

Oleh itu beliau berkata, lebih tepat lagi pakatan pembangkang terdiri daripada dua buah keluarga dengan satu lagi parti menjadi pak turut atau kuda tunggangan.

''Apa yang boleh dikatakan Pas sepatutnya bertindak lebih bijak daripada itu dan eloklah Pas terus berpegang teguh kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri dengan nada sinikal mempersoalkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah tuhan.

''Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap 'ke..he..ba..tan' suaminya itu. Namun rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadis mana pendapat itu dibuat.

''Berbekalkan justifikasi hukum atau istinbat mana sehingga pernyataan begini sanggup dikeluarkan. Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat, satu lagi ajaran songsang? Cukup-cukuplah sandiwara dan drama yang songsang-songsang itu," katanya disambut tepukan gemuruh serta sorakan perwakilan.

Isu pemimpin-pemimpin PKR keluar parti juga berjaya menarik perhatian perwakilan sekali gus menggamatkan dewan apabila Perdana Menteri menyebut jawatan mereka yang bertindak demikian.

''Ramai pimpinan utama mereka keluar parti antaranya timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda, ketua penerangan, pengerusi, ketua cabang termasuk Cabang Permatang Pauh, bekas timbalan ketua menteri, lima ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

''Senarai panjang sangat. Izinkan saya minum air dahulu. Lantaran itu amat tepat jika PKR itu kita katakan sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai," katanya.


Media UMNO

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Woi Najib,

    Tolonglah, pergilah cermin diri kau tu dulu jangan hanya pandai ngata orang Nepotisme ingat ahli2 UMNO tu bodoh ke? (memang bodoh pun). Bapak kau dulu PM, kau sekarang pun PM, keluarga kau tu bukan saja nepotisme malah complete dengan kolusi, tu adik kau tu kat CIMB dan sepupu kau si Hisapmudin tu ape ke jadahnya???

    ReplyDelete
  2. Saya setuju sgt dengan en fmzam. ni si najis ni nak porak-perandakan parti2 lain dan melalui situasi tersebut si najis mempergunakan dan membutakan rakyat utk mengemis undi utk pru13 yang akan dtg...tak lama lagi..so rakyat2 semua...pikir-pikirkanlah...

    ReplyDelete
  3. PKR...Parti Kuar Ramai ramai....

    kah kah kah kah ...

    kurang tepat tu jib oiiii....yg betulnya ialah...

    Pi Kuar Ramai ramai... demo isu
    air....
    tapi yg ko suruh balaci ko tu siram air gatal dengan asap pedih mata tu buat apa????

    takut ker???? Pasal Kuar Ramai ramai ?...

    kah kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Demokrasi palat ala Umno. Semua muka mak yeh d atas pentas dlm konvensyen BN tu dah kaya-raya hasil sapu khazanah rakyat. Muka mcm ni ke nk jadi pejuang rakyat?? Harap generasi otai kena buka minda. Jangan selalu d perbodohkn oleh BN. Cukuplh dah jadi bodoh tu. Jgn jadi dunggu plak lepas ni.

    ReplyDelete
  5. pi mampos dgn umno budak sentul...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post