PR Selangor ketar melihat Polulariti 1Malaysia - Muhyiddin

Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Ooooh.. patutlah dulu logo Petronas yang menyerupai lambang PAS diarahkan ditukar.. UMNO/BN dah takut melihat poluliriti PAS rupanya..


TPM: Pakatan Selangor gentar populariti 1 Malaysia

LAWAS, 23 Dis – Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri (gambar) berkata populariti 1 Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia.

“Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo 1 Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Lawas.


Muhyiddin berkata gagasan 1 Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata pengharaman penggunaan logo 1 Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional.

Muhyiddin berkata pembangkang akan terus cuba untuk memutarbelitkan fakta tentang 1 Malaysia untuk terus mengelirukan rakyat biarpun kerajaan telah memberikan penjelasan berkenaan dengan konsep itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pendedahan dua dokumen bagi membuktikan konsep 1 Malaysia tiada kaitan langsung dengan “One Israel” seperti didakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dokumen itu berupa surat penafian Apco Worldwide (APCO) mengenai pembabitannya dengan gagasan 1 Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen “One Israel” pada 1999, Robert M Shrum.

Salinan kedua-dua dokumen itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di lobi Parlimen semalam.


Bernama

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ketar tu ketag berahi ketar sedap.nampaknya kerjaan selangor semakin selesa membalas serangan 1malaysia

    ReplyDelete
  2. apa nak ditakutkan dgn 1 malaysia.....yg aku heran benda ini pun dibincangkan diperingkat esco , tak akan tak ada lain yg lebih penting untuk dibincangkan untuk kesejahteraan rakyat selangor......tak tahu keje..depa tahu bangkang je.....HANCURLAH PKR DI SELANGOR.... KAU TUNGGU JE LAH

    ReplyDelete
  3. goodlistener kerana kau baik pendengaran sebelah pihak itu bikin kau pekak badak,apa kah kau bodoh sangat tak baca betul2 kenyataan exco ronnie,itulah tafsiran mat sembab pun kau comform cerita itu betul,sah kau ni badlistener mcm mat tuyuk sembab yg byk kat ahli2 umnogokkkk...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post