PTPTN Melahirkan Generasi Berhutang

KUALA LUMPUR - Pimjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) dilihat lebih melahirkan generasi berhutang berbanding graduan berkaliber untuk menceburi sektor pekerjaan setelah tamat pengajian.

Ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf (gambar) berkata, kerajaan perlu memberi kemudahan yang bersifat berperikemanusiaan dan bukanya membebankan generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan.

Menurutnya, pinjaman PTPTN ini perlu ditukar keapada pemberian biasiswa yang dilihat lebih bersifat membantu mahasiswa dalam pengajian mereka.

“PTPTN melahirkan generasi berhutang, bukannya membantu graduan, hutang bukannya tidak boleh tetapi janganlah sehingga membebankan pelajar.


“Pinjaman ini hanya membebankan dari melahirkan pelajar yang lebih dinamik, oleh yang demikian yang cadangkan kepada kementerian pelajaran supaya PTPTN digantikan kepada biasiswa untuk kemudahan pelajar,” katanya dalam Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, pemberian biasiswa ini juga perlu diberikan kepada semua kaum bagi menunjukkan kemudahan yang diberikan kerajaan dirasai semua.


Sinar Harian

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kita sokong....kasihan...kasihan,itulah kerajaan umno kemudi orang ketuanan melayu lihat sepatutnya rakyat buka mata dan jangan undi umno pada pru13

    ReplyDelete
  2. PTPTN ini sememangnya beban besar bagi graduan2 memandangkan pemerintah membazirkan/melesapkan berbillion-billion RM. PKR sepatutnya menjadikan ini salah satu isu dalam kempen mereka. Garanti akan mendapat sokongan dan undi berjuta-juta rakyat muda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post