Ramalan PAS, BN akan rampas kuasa fitnah - Muhyiddin

IPOH, 14 Dis – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan beberapa pemimpin PAS yang meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merancang rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) menang pilihan raya umum ke-13 sebagai berniat jahat, fitnah dan pembohongan.

Beliau berkata kenyataan seperti itu berupa satu lagi contoh betapa PAS akan sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan fitnah bagi memburukkan kerajaan BN.

“Ini niat jahat, sangka buruk untuk takutkan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Kilang Panel Solar Twin Creeks Malaysia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Khantan di sini hari ini.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam membayangkan kemungkinan berlakunya rampasan kuasa itu, ekoran amaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat tidak memilih parti selain BN.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata keputusan pilihan raya umum lepas telah membuktikan BN menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat.

Beliau berkata BN kalah di beberapa negeri dan boleh menerimanya sebagai keputusan yang dibuat melalui proses demokrasi dan pilihan rakyat.

“Lihat apa yang berlaku selepas kita kalah (beberapa negeri) ... kita faham keputusan yang telah dibuat. Tidak timbul soal rampasan kuasa,” katanya.

Muhyiddin berkata perbuatan fitnah dan pembohongan dicegah oleh Islam tetapi kenyataan tidak masuk akal berkenaan dibuat oleh pemimpin parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau berkata pembangkang akan sentiasa berusaha mencari peluang memburukkan kerajaan dan menunjukkan kerajaan BN sebagai tidak baik tetapi yang penting adalah rakyat memahaminya.

“Rakyat harus tahu bahawa PAS akan sentiasa mencari peluang menimbulkan fitnah memburukkan kerajaan,” tegasnya.

Mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali bahawa PR akan memberi autonomi sepenuhnya kepada Sarawak jika diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13, Muhyiddin berkata ia hanya satu tipu helah pembangkang.

“Mereka akan membuat pelbagai tawaran ... ini tipu helah mereka. Akan guna apa cara untuk dapat kejayaan,” katanya.

Beliau berkata rakyat Sarawak tahu jasa dan sumbangan BN membangunkan negeri itu dan sejak sekian lama, hak-hak yang dinikmati adalah berdasarkan pada Perlembagaan dan undang-undang negeri dan persekutuan.

Bernama

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bukan PAS yang mencari peluang untuk fitnah memburukkan kerajaan BN tapi Najib tu yang ego sangat buat kenyataan yang membelakangi tuhan. PAS hanya memberi kenyataan balas atas kata2 sombong bongkak Najib dan itu bukan fitnah, itu fitrah balasan manusia kepada RIAK si bahlol Najib, belum lagi balasan tuhan pada si riak. Kalau Najib boleh kata "kalau BN tak menang tiada siapa pun boleh" jadi apa pasal pulak PAS tak boleh intepretasikan maksud Najib tu? Apa Najib ingat dia boleh lepas dengan cakap begitu? Kalau Najib berani cakap mesti berani tanggung akibatnya. Woi Muhyiddin bodoh punya orang Muar tak habis2 buat kenyataan bodoh.

    ReplyDelete
  2. Bukahkah rampasan kuasa di negeri perak sebagai buktinya. Begitu juga yg telah berlaku di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu pada suatu masa dahulu.

    Berjaga-jagalah.. bahawa UMNO akan melakukan rampasan kuasa sekerinya mereka kalah dalam pilihanraya. saya amat yakin kerana mereka mempunyai kepakaran dan cukup kelengkapan untuk melakukanya.

    Hanya cara untuk melemahkan mereka adalah dengan sokongan yang jitu dari rakyat dan penyokong PR sehingga mendapat kemenangan dengan mejoriti yang besar yang melebihi duapertiga dalam pilihanraya Dewan Negeri dan Parlimen.

    ReplyDelete
  3. Muhyidin memang la bodoh, x tahu ker....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post