SPRM nak dakwa Khir Toyo?.. err.. BERANI ka?

Awal pagi tadi ada seorang sahabat memberitahu yang SPRM akan mendakwa Khir Toyo hari ini.. bila aku dengar aku gelak saja la.. mana depa berani kata aku..

Pemimpin UMNO kan kebal.. lainlah kalau pemimpin UMNO itu telah dianggap sebagai sampah sarap yang perlu dibersihkan oleh Najib dan tidak membahayakan pentadbiran Najib baru ada tindakan yang diambil..

Tapi kalau didakwapun.. cuma sekadar melepaskan batuk ditangga atau untuk menunjukkan kepada kita SPRM tidak memilih Bilis atau Jerung...


SPRM dijangka dakwa Khir Toyo, ahli perniagaan isu ‘istana gaya Bali’

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo akan dikenakan tuduhan di Shah Alam hari ini berhubung isu pembelian dua lot tanah, dipercayai untuk tujuan pembinaan rumah banglo ketika menerajui kerajaan negeri.

Beliau dijangka akan tuduh membeli dua lot tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Turut akan didakwa ialah seorang ahli perniagaan yang bersubahat dengan beliau.


Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam.

Difahamkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri akan memfailkan tuduhan ke atas kedua-dua mereka.

Dua tahun lalu Dr Khir (gambar) didakwa oleh Pakatan Rakyat membina “istana” di Seksyen 7 Shah Alam bernilai RM23 juta.

Sebelum ini, ADUN Sekincan Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Difahamkan tanah itu bernilai RM6.5 juta.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

Pertengahan tahun lalu, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Khir, 45, dan isterinya Zahrah Kechik, 45, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas — yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni — didakwa Ng sebagai kawan Dr Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai “istana bergaya Bali”, Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

The Malaysian Insider difahamkan Shamsuddin juga akan dikenakan tuduhan hari ini.

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. sikit habok aku tak caya...

    kalau nak dakwa...ramai lagi ketua penganut umnok yg macam akhir toyol ni.......sejak 53 tahun lalu aku kira kira adalah dalam 12500 orang....

    takkan toyol ni nak dijadikan kambing hitam sekor sekornya...???mana lagi 12 499 kambing lagi?????

    aiiii...buat lawak pulak sprm ni..

    kah kah kah kah kah kah kah ....

    ReplyDelete
  2. Kambing hitam lah. Kita tengok siapa lagi. Ini macam dulu pak lah buat kononnya nak pilihanraya lah. Pak lah menang besar pada 2004 kerana telah tangkap beberapa orang. Sejarah berulang lagi....

    ReplyDelete
  3. RADIN PUYUH GUSTI TIONG,

    SPRM akan sedar hakikat utk menyukong Pakatan Rakyat....kerana SPRM selepas pru13 akan diterajui dibawah Pakatan Rakyat,seawalni SPRM sedar 2011 nanti Pakatan Rakyat tawan Putra Jaya,bau kekalahan Barisan Nasional telah dihidu seawal ini,so SPRM dah buat stretegi awal utk menyukong KERAJAAN BARU PR,semua menteri2 YB2 PEG2Kerajaan yg rasuah dan salah guna kuasa akan disumbat dlm penjara nanti,utk permulaan Radin khir toyol pembuka pintu penjara....syabas2 SPRM....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post